Vitamin Shaklee untuk Masalah Senggugut yang Teruk ?

Sakit bila nak datang haid?.
.
Argghhh..memang  sakit pun, saya sendiri mengalami masalah senggugut yang teruk sehingga meronta ronta , berpusing pusing di katil. Insan yang dipanggil wanita ini melalui berbagai fasa dalam hidup mereka samada dari fasa baligh, reproduktif seterusnya menopos.
.
Yang pastinya ia tidak lepas dari pembabitan kedatangan haid bulan-bulan.
.
‘Datang bulan’, ‘datang kotor’ , ‘mens’ atau haid semuanya sama.Tak semua wanita yang mengalami masalah senggugut .Pengaliran haid setiap insan wanita itu berlainan dengan yang lain. Dari segi jumlah hari aliran juga kitaran haid
.

Apa itu senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea (Satu keadaan di
mana seorang wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit
akibat serangan haid) – merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period.

Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali anda period. Untuk esetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala Yang lain lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Jenis Senggugut 

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut
primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

Untuk lebih jelas, saya akan terangkan :

1- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau ‘primary dysmenorrhea’ adalah disebabkan oleh penghasilan hormon ‘prostaglandin’ oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya.
.
Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini
menunjukkan anda adalah subur..
.
Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. ‘Prostaglandin’ yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid.
.
Kebiasaannya senggugut primer ini berlaku dengan tanda tanda seperti berikut
  • rasa lenguh dan sakit di bahagian ari ari, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
  •  tegang pada payu dara
  •  pening kepala ,
  •  rasa ‘pitam’
  •  perut kembung
  •  mual(50%) dan muntah(25%).
  •  sembelit atau ceret-beret (35%)
  •  tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
.
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari.  Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang

2- SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik.Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.
.
Di antara penyakit termasuk organik :
  • Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
  • Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
  • Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin
Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.
.
Senggugut teruk kalau kena, bukan takat nak patah pinggang tapi serupa sakit macam nak beranak wo. Ini tips kalau nak lawan sakit senggugut tanpa sebarang pain-killer; selamat, semulajadi & sihat!
.

Senggugut Teruk Sangat Berbahaya !

SENGGUGUT ,JANGAN PANDANG RINGAN !
Yess! Senggugut sangat bahaya sebenarnya. Dalam hal-hal macam ni kita memang kena titikberatkan. Kena ambil tahu. Jangan bila masuk alam perkahwinan baru nak mencari info.
.
Setiap wanita pasti akan ada senggugut cuma yang membezakan setiap wanita itu adalah kekerapan sakit antara skala 1-10 dan kesan senggugut. Kebiasaan ayat ‘ alaa,muda lagi. Senggugut memang macam ni,esok lusa baiklah’ .
.
Tapi sebenarnya kekerapan anda kena sakit yang tak dapat dibendung adalah pentanda kepada masalah lain.Ini bukan niat menakutkan atau lariskan produk. Tapi disini saya nak share info yg patut wanita tahu. Rujuk gambar :
.
๑ Pesakit ini telah lebih 3 tahun kahwin tapi tidak pernah hamil. Setiap bulan akan mengalami senggugut teruk. Gambar dari teropong laparoscopy, rahim di depan,usus di belakang dan kelihatan ovari berwarna putih dan di dalamnya ada endometriotic cyst. Pada dinding rahim pula ada tumbuhan fibroid. Warna coklat kehitaman itu adalah darah kotor yang terkandung dalam endometriotic cyst dalam ovari (warna putih).
๑  Kandungan endometriotic cyst -darah kotor- ia juga digelar dengan nama ‘chocolate cyst’
Penyakit endometriosis merosakkan organ-organ peranakan. Dalam gambar sebelumnua, pesakit mengalami ovari rosak yang menyebabkan kadangkala saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini menyukarkan proses pencantuman benih lelaki&telur perempuan
๑ Kos pembedahan buang cyst ini bukan murah. So better late than never. Jaga kesihatan dari sekarang. Cegah sebelum parah. And sesiapa yang teruk sangat baik cepat-cepat jumpa pakar sakit puan

.

Vitamin Shaklee Yang Membantu Melegakan Senggugut

Fungsi Set Senggugut Shaklee

Shaklee GLA Complex 

  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis
READ :  Mata Bertahi, Berpasir dan Sensitif Petanda Awal Masalah Mata Kering

.

Shaklee Ostematrix

  • Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.
.

Shaklee B-complex

  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.Juga berfungsi meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan

————————————

 

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.
————————————
Vitamin Shaklee untuk Masalah Senggugut yang Teruk ? was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.