Virus Zika : 8 Fakta Yang Perlu Diketahui Ibu Mengandung

Virus Zika telah ditemui di Malaysia. Semua panik dan jadi tak keruan secara khusus ibu-ibu mengandung. Ketakutan yang amat sangat bukan kepada diri sendiri, tetapi risaukan kandungan di dalam perut.
 .

Virus Zika ini, tidak  vaksin untuk merawatnya. Perubatan moden masih bertungkus lumus mencari solusi untuk melindungi penduduk dunia.

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau ‘mikrosefali’ sekiranya dijangkiti

Fakta Mengenai Virus Zika

Fakta 1 : Zika bukan hanya pada ibu hamil

Tiada bukti yang menunjukkan Virus Zika lebih cenderung berjangkit pada ibu yang mengandung
.
Berdasarkan keratan akhbar Kosmo! 11 September

 

Kes pertama yang dikesan di Malaysia, adalah dari golongan dewasa. Sebenarnya,virus Zika boleh berjangkit pada sesiapa sahaj termasuk lelaki. Cuma ibu hamil lebih berisiko kerana ada nyawa lain yang kita bawa sekali.
 .
.

Fakta 2 : Simptomnya, hanya demam biasa 

Jangkitan zika ini, biasa sahaja. Mild viral infection. Simptom nya hanyalah menyerupai demam virus yang biasa. Malahan, demam nya pun tidak terlalu tinggi suhunya. Diikuti dengan ruam-ruam dan mata kemerahan. Sekadar itu sahaja.
 .
Kerana itulah, statistik menunjukkan 80% kes Zika adalah asymptomatik. Bermaksud tiada tanda, dan kalau ada pun, terlalu “subtle” sehingga penghidapnya tidak sedar dan perasan pun. Orang yang dijangkiti Zika, tidak sedar bahawa dia dijangkiti Zika. Dia mungkin beranggapan ianya hanyalah demam biasa.
 .
.

Fakta 3 : Risiko Virus Zika

Virus ini memberi kesan seumur hidup kerencatan otak dan saraf kepada bayi yang dikandung
 .
Penyakit Zika, dikaitkan dengan microcephaly. Kita dapati apabila seseorang ibu mengandung atau didapati mengandung dalam keadaan dijangkiti virus Zika, virus tersebut akan menyerang janin didalam kandungan.
Virus Zika boleh menyebabkan peningkatan dari segi jumlah bayi yang dilahirkan menghidapi microcephaly(saiz otak lagi kecik dari sepatutnya,sawan, dwarfism (kerdil), kegagalan untuk bertutur atau melakukan aktiviti-aktiviti seperti memegang, berjalan dan sebagainya
 .

Tahap bahaya virus Zika untuk ibu mengandung ada 2 fasa :

 Fasa 1
Jika terkena pada ibu-ibu yang berada di trimester 1 &,2, pertumbuhan baby boleh terbantut. Kepala kecik dan otak terbantut
 .
Fasa 2
Jika terkena pada ibu-ibu yang berada di trimester 3, boleh menyebabkan baby meninggal dalam kandungan.
.
Sebab itu orang dok kata, ibu hamil lebih berisiko kerana ada nyawa lain yang kita bawa sekali.
 .
.

Fakta 4 : Hanya 1-13% bayi yang dijangkiti Zika

Jika ibu hamil didapati positif ujian virus Zika,ia tak semestinya bermaknya bahawa janin dalam kandungan juga akan berjangkit dan memudaratkan
.
Ada kajian menunjukkan, hanya dalam kadar 1%-13% sahaja ibu yang terkena virus Zika menular pada bayi dalam kandungan
 .
 .

Fakta 5 : Bagaimana Virus Zika Menular 

Virus Zika biasanya tersebar melalui gihitan nyamuk dan hubungan seks bebas
 .
Sebaik-baik nasihat yang mampu diberikan adalah elakkan punca dan sebab dari digigit nyamuk aedes dan pantau simptom Zika pada tubuh seumpama ruam, sakit sendi, mata merah dan lain-lain. Mengelak diri dari digigit nyamuk umpama cuba mengelak dari terkena matahari. Ianya mungkin tetapi terlalu sukar rasanya buat semua. Tapi apapun kita tidak ada pilihan.
 .
Halang gigitan nyamuk aedes dan amalkan pemakanan yang menguatkan immune tubuh si ibu dan bayi dalam kandungan.
 .
 .

Fakta 6 : Imbasan ultrasound boleh mengesan samada kepala bayi berkembang secara normal atau tidak

Komplikasi microcephaly ini mungkin boleh dikesan ketika kandungan, namun boleh juga hanya dikesan apabila setelah bayi dilahirkan. Ibu-ibu yang dijangkiti Zika, tidak mengetahui bahawa diri mereka dijangkiti Zika.
 .
Sedar-sedar bila anak dilahirkan, mempunyai masalah microcephaly, yang bila kita lakukan test screening barulah dikesan rupanya dijangkiti Zika ketika dalam kandungan.
 .
 .

Fakta 7 : Virus Zika boleh dikesan melalui susu badan

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO / The World Health Organization) menggalakkan ibu rumah tangga yang berada wanita di negara-negara terdampak virus Zika supaya menyusukan bayi mereka. WHO menegaskan bahawa tidak ada bukti penyakit tersebut boleh merebak kepada bayi melalui proses menyusui.
 .
Faedah penyusuan untuk bayi dan ibu lebih besar daripada setiap potensi risiko penularan virus Zika melalui air susu ibu
 .
 .

Fakta 8 : Jika anda sedang berusaha mendapatkan zuriat, ikuti langkah ini:

  • Wanita yang mengalami simptom Zika dinasihatkan menunggu dalam masa 8 minggu (tempoh pulih) sebelum mencuba untuk hamil
READ :  Protein Membantu Menurunkan Berat Badan dan Rasa Kenyang Lebih Lama

 

  • Lelaki yang mengalami Zika dinasihatkan  untuk menunggu sekurangnya 6 minggu sebelum mencuba untuk mendapatkan zuriat

Ketahui Apa yang Nyamuk Aedes Suka

  • Orang yang berdarah jenis O
  • Tempat & pakaian gelap
  • Kaki yang kotor dan berbau
  • Orang yang gemar makan garam
  • Minum minuman keras
  • Orang yang berpeluh

Langkah Pencegahan Dari Virus Zika

  • Buang air yang bertakung di dalam tayar tayar buruk,alas pasu bunga, botol dan bekas yang boleh menakung air
  • Tutup semua bekas tadahan air. Sekiranya terpaksa menadah air ,masukkan ubat pembunuh jentik jentik
  • Pastikan sampah sarap dibuang di dalam plastik sampah yang bertutup rapat
  • Pakai baju dan seluar panjang
  • Gunakan repellent atau semburan aerosol untuk menghalau nyamuk. Lihat pada bahan aktif DEET. PACARIDIN. IR3535
  • Gunakan skrin yang telah dirawat racun seranggan nyamuk  untuk menutu tingkap dan pintu
  • Tidur di dalam kelambu

Vitamin Shaklee untuk Mengelakkan Virus Zika

Langkah awal ada mengambil supplimen yang membantu anda untuk melawan virus dan kuman tersebut.
.
“Zika ni sama la macam denggi, tak ada ubat atau vaksin, jadi bergantung pada sistem imun kita untuk lawan jika dijangkiti.”
 .

#1 : Tingkatkan Imun Badan dengan Nutriferon

Sebab tu saya wajibkan semua orang dalam rumah ambil Nutriferon tiap hari. Nak bagi anak-anak makan pun senang je.
Nutriferon tak adalah kajian mengatakan dia boleh melindungi daripada virus denggi atau zika, tapi ada 6 sebab kenapa mesti pilih Nutriferon untuk perisai tubuh:
1. Terbukti daripada kajian ke atas manusia – campuran fitonutrien yang berkesan & selamat memberi sokongan imun yang tepat pada peringkat sel.
2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi. Interferon adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun tubuh & paling mahal.
Interferon dihasilkan secara semulajadi dalam badan. Sekarang ada ubat interferon digunakan untuk merawat Hepatis B, AIDS dan kanser.
3. Dicipta oleh penemu interferon – Dr Yasuhiko Kojima yang menemui interferon pada tahun 1954.
4. Rumusan berpaten yang ekslusif. Sebelum dipasarkan Nutriferon telah melalui set2 ujian yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan & prestasi.
5. Dikaji selama 40 tahun. Menggunakan berjuta2 sebatian sebelum Dr Kojima menemui ekstrak 4 tumbuhan yang boleh meningkatkan interferon secara semulajadi.
6. Sejak Nutriferon dibangunkan, beberapa kajian klinikal ke atas manusia telah mendokumenkan keberkesanan suplemen ini. Dimuatkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Complementary Medicine – mengetengahkan pelbagai faedah Nutriferon.
 .

# 2 : Elakkan Gigitan Nyamuk dengan Herbal Blend Cream 

Cara terbaik utk hindari Zika adalah dgn mengelakkan gigitan nyamuk. Guna la mosquito repellent krim #herbalblend shaklee.
Sapulah ke seluruh kulit. In sha Allah nyamuk tak gigit. Lotion anti-nyamuk yang sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Baby newborn sehingga warga emas boleh guna lotion ni.
Tiada kandungan paraben di dalamnya.
 
————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAUPUN
.
♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Virus Zika : 8 Fakta Yang Perlu Diketahui Ibu Mengandung was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.