Topup Altel Secara Online Dengan Mudah

Salam semua,

 

Saya baru sahaja bertukar ke rangkaian telefon Altel baru baru ini. Apa yang menjadikan masalah utama pengguna Altel ni adalah topup atau tambah nilai hanya di tempat yang terhad. Untuk makluman anda, CIMBCLICK sudah tidak menawarkan perkhidmatan topup Altel lagi. Bagi yang berada diluar banda. Senarai tempat tempat beli topup Altel adalah 7e, Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, OnKing, Restoren Ali Maju.
Jenuh jugak mencari topup Altel sebab saya adalah WAHM (work at home mom) ,agak sukar bagi saya untuk keluar dengan anak kecil semata mata untuk mencari topup.
Jadi, saya terjumpa alternatif untuk topup Altel dengan Mudah.Ikuti langkah yang saya sediakan:

Asalkan anda mempunyai Online Banking, segalanya boleh.Tak terhad pada pengguna Cimb Clicks sahaja

1- Pergi ke https://www.cimbclicks.com.my/ dan klik Cicks Shoppe, atau terus ke link https://www.cimbclicks.com.my/clicks-shoppe.html

2- Lihat dibahagian Sidebar kiri , klik pada ” PREPAID RELOAD “
3- Pilih rangkaian telekomunikasi untuk tambah nilai terus ke nombor dan kemudian pilih jumlah tambah nilai yang anda kehendaki. Lihat contoh dibawah
4- Setelah melakukan langkah 3, masukkan no telefon ke ruangan yg disediakan. Kemudian , pilih cara pembayaran samada
  • Jika anda mempunyai akaun dgn cimbclick, Pilih ( Cimb Bank Customer’s)
  • Pengguna internet banking yg lain (other Bank’s  Customer’s)
Klik ”SUBMIT ”

5- Kemudian , sahkan butiran yang dipaparkan. Jika benar , klik  ” CONFIRM ”
6-  Pilih bank untuk membuat pembayaran , samada anda ingin membuat pembayaran pembelian tambah nilai melalui Bank Islam , CimbClicks , Maybank2u , Hong Leong, RhbNow atau e-PB (Public Bank). Kemudian , masukkan emel ( tak wajib pon 🙂 ). Dan klik ” AGREE AND CONTINUE” 
7- Anda akan di’ link’ kan terus ke bank yang anda pilih, LOGIN ke bank yang anda pilih dengan masukkan ID dan PASSWORD,  dan Masukkan TAC  
8- Setelah selesai, anda akan menerima SMS seperti dibawah . Ini bermakna, transaksi anda telah berjaya 🙂
9- Jika anda adalah pengguna Altel , tekan *102# kemudian pilih , 1.ACCOUNT MANAGEMENT  dan pilih RECHARGE . Masukkan no pin ( PIN#) yang saya highlight kan diatas 🙂
10. Berjaya !
Topup Altel Secara Online Dengan Mudah was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

READ :  Set Kurus untuk Ibu Menyusu : Susu bertambah, Berat Ibu berkurang !

You may also like

3 Ulasan

  1. internet memang laju..LTE 4G.tapi yg tak bestnya, bila dah habis quota..terus tak boleh pakai whatsapp, we chat..jadi macam hp takde credit..better celcom..

  2. tk info yg sgt berguna. selama ssh nak top up kalau berada d luar kawasan. nak kena cr 7e. Dgn info ni xperlu lg nak cr 7e.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.