Tips Semulajadi Membetulkan Kedudukan Songsang Bayi Dalam Kandungan

Anda mesti berasa panik bila dikhabarkan oleh doktor atau jururawat semasa pemeriksaan perut ,memberitahu bayi anda dalam keadaan songsang.Saya juga pernah mengalami keadaan bayi sonsang pada minggu ke 32 bila jururawat memberitahu bayi saya dalam keadaan ‘breech’ atau kepala bayi diatas.

Sejujurnya, hati mana yang tak risau. Sebolehnya saya nak bersalin normal, tak nak susahkan mak semasa berpantang untuk jaga saya dan bayi .

Alhamdulillah, semasa 38 minggu kandungan saya dah kembali pada kedudukan normal dan saya berjaya bersalin dengan normal. Yeayyyy!

Saya juga tercari cari tips untuk membetulkan keadaan bayi supaya dapat dilahirkan normal. Ada juga sesetengah orang, sehingga nak bersalin pon bayi masih dalam keadaan songsang,tapi dengan kuasa Allah, bila nak masuk bilik bersalin, jururawat dapati bayi dalam keadaan normal.
 .
Dilaporkan bahawa kira-kira 20% ibu hamil akan mengalami keadaan di mana bayi di dalam kandungannya berada dalam kedudukan songsang. Tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan jika hal ini berlaku ketika anda berada di awal usia kehamilan.
 .

Kedudukan songsang akan berubah ketika kehamilan mencecah usia pertengahan. Proses perubahan kedudukan akan berlaku secara semulajadi pada minggu ke 28 hingga minggu ke 32 kehamilan. Doktor bagitahu, bayi nak main main dulu dalam perut ibu.Just enjoy the precious moment!

Dilaporkan juga bahawa kelahiran songsang masih boleh berlaku walaupun usia kandungan sudah cukup bulan. Ia berlaku dalam nisbah 1:25 (tak banyak). Namun, anda tidak perlu risau kerana bayi masih mampu berubah kedudukan normal pada saat akhir proses bersalin.
 

Tips Semulajadi Membetulkan Kedudukan Songsang Bayi Dalam Kandungan

Disini saya senaraikan beberapa tips yang anda boleh cuba lakukan di rumah bagi mengubah kedudukan bayi dalam kandungan secara SEMULAJADI agar kembali dalam posisi yang normal.
 
(AMARAN!! Jangan ubah kedudukan bayi secara paksa kerana ia boleh mengakibakan bayi terbelit tali pusat seperti urutan.)

1. Merangkak

Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar mahupun bahan bacaan yang lainnya.

READ :  10 Tips Penjagaan Rahim Dari Dr Hamid Arshat Yang Wanita Perlu Tahu
 .

2. Kaedah Panas – Sejuk

Letakkan pad ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.
 .

3. Pek Ai

Letakkan pek ais di atas perut. Namun, anda dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yang demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
 .

4. Berendam Di Dalam Kolam Renang

Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yang diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah.
 .

5. Menyanyi Dan Bercakap

Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.
 .

6. Senaman Tilt Position

Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir.
.
Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yang sepatutnya.
 .

7. Lampu Suluh

Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.
 .

8. Pujukan

Anda dinasihatkan supaya kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.
 .

9. Doa 

Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yang lain.
 .
 .
Setakat ini sahaja perkongsian saya, ibu ibu dinasihatkan jangan terlalu stress. Berfikiran positif, kerana Allah bersama dengan sangkaan hamba hambanya. Alhamdulillah, saya semasa minggu ke 36, bayi dah masuk lorong atau dalam keadaan normal 🙂
 .
♥ Jika anda inginkan info Set Berpantang Shaklee 
————————————
Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Tips Semulajadi Membetulkan Kedudukan Songsang Bayi Dalam Kandungan was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.