Tips Panduan Menyembuhkan Anxiety Disorder Oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad

cara menyembuhkan anxiety disorders,Tips Panduan Menyembuhkan Anxiety Disorder

Artikel dipetik dari : Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsikan info mengenai Tips Panduan Menyembuhkan Anxiety Disorder

Saya pernah melihat bagaimana seseorang sedang dilanda serangan Anxiety Disorder .

Sebagai orang yang pernah tidak merasainya, tentu kita tidak faham. Bila melihat mereka mengalami rasa sesak nafas, sakit dada, dan tidak tentu arah. Pada masa itu mereka hanya fikir mahu pergi hospital, kerana rasa ajal sudah dekat.

Pada zahirnya mereka seperti orang sihat, tetapi hakikatnya segala-galanya sedang rancak bermain di minda.

READ :  59 Perkara Mengenai Anxiety Disorder ,Yang Perlu Anda Tahu

Selalunya serangan ini berulang. Mereka yang sedang mengalami masalah ini, selalunya pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.

Sebagai doktor, kita berikan respon kecemasan. Mereka kata sukar bernafas dan perlukan bekalan oksigen. Saya selalu melayan saja kerana mahu mereka berasa selamat dengan adanya bekalan oksigen. Tetapi selalunya tak lama. Mereka merasakan bekalan oksigen tidak bermanfaat untuk mereka. Masih lagi mengalami sukar nafas.

Sebagai doktor, saya membuat pemeriksaan asas. Antaranya memeriksa bacaan tekanan darah, bacaan nadi, pemeriksaan pernafasan paru-paru. Semuanya normal.

Bagi doktor yang tidak berpengalaman, mereka tidak akan faham. Kerana ia tidak dikesan dengan pemeriksaan fizikal. Ia semua bermain di minda pesakit.

Anxiety akan membuat seseorang berasa cemas tanpa sebab , sukar bernafas, jantung berdegup dengan cepat, tidak boleh tidur , terlalu memikirkan banyak perkara dalam satu masa, dan yang paling ditakuti ialah selalu memikirkan tentang kematian tanpa sebarang sebab yang logik.

Selalunya ada faktor yang meransang serangan anxiety ini. Oleh kerana punca anxiety bermula di minda, selalunya faktor mental seperti stress, keletihan memikirkan masalah, rasa keseorangan dan tiada sokongan dari keluarga yang menjadi punca pada permulaan serangan anxiety.

Malangnya kebanyakan mereka tidak sedar mereka mengalami tekanan. Kalau ditanya pun mereka kata tidak mengalami masalah tekanan emosi.

Hendak pulih memang kena ambil masa sebab tiada ubat yang benar-benar merawat masalah. Ubat penenang dari hospital akan membantu rasa tenang untuk sementara, tetapi ia tidak boleh diambil secara berterusan kerana bimbang akan sentiasa bergantung dengan ubat.

Tips Panduan Menyembuhkan Anxiety Disorder Oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad

Dapatkan panduan dan sokongan dari mereka yang mahir. Tidak semestinya doktor kerana ada doktor yang tidak terlatih menhendalikan masalah sebegini. Boleh dapatkan panduan dari kaunsellor kaunseling atau psikologi.

Tanpa panduan yang betul, pesakit akan selalu berada dalam ketakutan. Takut untuk tidur, takut keluar rumah. Sentiasa cemas tak menentu, hilang selera makan dan sentiasa kelihatan letih dan lesu.

Selalu memikirkan perkara yang tidak logik. Contohnya “kalau aku buat begini, mungkin aku akan mati” Padahal ia tidak begitu. Ini menyebabkan hidup menjadi sentiasa risau dan murung. Kadang kala mereka menjadi negatif terhadap banyak perkara yang biasa kerana terlalu bimbang.

Saya cuba berikan beberapa panduan.

1. Cuba dekatkan diri dengan Allah. Jaga solat, buat amalan sunat seperti berzikir, baca Quran, solat sunat. Latih kebergantungan kita pada Allah. Jangan mengharap pada makhluk. Jika perasaan itu datang, katakan “Ya Allah permudahkan urusan aku”.

2. Jauhkan diri dari orang negatif. Tiga tanda orang negatif ialah suka merungut, suka mengumpat dan suka memandang rendah atau mencari salah orang lain. Jika dia tahap mencaci, mengutuk atau menyumpah tandanya orang itu sudah wajib ditinggalkan segera.

3. Cari kawan-kawan yang positif. Tiga tanda seseorang itu positif ialah menghormati atau menghargsi kita, selalu bercerita yang baik pasal orang lain dan selalu ingatkan kita agar minta pertolongan Allah.

4. Tingkatkan motivasi diri. Dapatkan dan baca buku motivasi, menonton cerita-cerita yang memberi semangat dan sertailah perkumpulan (usrah) tazkirah yang menghidupkan jiwa agama.

5. Mindset. Selalulah berharap pada Allah. Beritahu, “Allah sentiasa bersama orang yang solat dan bersabar. Allah bersama aku. Segala kesusahan ini hanya ujian untuk menguji ketaatan aku”

6. Cari kawan yang boleh buat aktiviti yang menyeronokan bersama. Lakukan senaman ringan seperti berjalan di taman, berjogging atau bermain badminton. Jika tiada kawan, ajak suami, anak-anak, adik beradik bagi mengelakkan berfikir terlalu banyak dan menjadi cemas .

7. Jangan tidur berseorangan. Sentiasa tidur berteman supaya boleh membantu jika berlaku serangan anxiety seperti tidak boleh tidur, rasa cemas, sakit uluhati, sakit dada atau sesak nafas .

8. Jaga pemakanan kita. Elakkan minuman yang manis dan bergula. Banyak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil protein dari sumber daging putih seperti ikan dan telur. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dan avokado. Minum air kosong secukupnya.

Kesimpulannya saya percaya mereka yang ada masalah ini dapat diubati secara perlahan-lahan. Sokongan keluarga dan teman-teman sangat penting. Letakkan kebergantungan kita pada Allah.

Semoga bermanfaat

Bagaimana Produk Shaklee dapat Membantu Masalah Anxiety Disorder

3 langkah mengawal anxiety disorder dari terus membelenggu diri anda dengan Set Anxiety Disorder Shaklee! Produk yang berkesan untuk mengurangkan simptom keresahan & tekanan ni adalah:

vitamin untuk anxiety disorder,cara mengatasi anxiety disorder,ubat untuk penyakit anxiety disorder,shaklee untuk anxiety disorder,set anxiety disorder Shaklee
Set Vitamin Untuk Penyakit Anxiety Disorder Shaklee
.

Fungsi Vitamin yang Membantu Masalah Anxiety Disorder atau Kemurungan

  • Vitamin B1 berkesan mengawal gula dalam darah kerana lebihan gula memberi impak yang besar pada anxiety
  • Vitamin B3 terbabit dalam proses enzim badan kita dan memainkan peranan penting dalam sintesis serotonin yang akan mengurangkan anxiety
  • Vitamin B5 adalah sangat penting untuk adrenal kita lantas membantu mengurangkan stress
  • Vitamin B12 adalah sangat-sangat penting untuk atasi kemurungan (depression). Oleh kerana ada kaitan antara anxiety & depression, maka scara tak langsung ia juga membantu mengurangkan anxiety.

➡ OSTEMATRIX ( Kalsium & Magnesium)

  • Mengambil Ostematrix (kalsium & magnesium) sebelum tidur akan memudahkan kita tidur nyenyak!
  • Magnesium adalah mineral yang berupaya memberi ketenangan pada sistem saraf kita lantas menghalang keresahan, ketakutan (fear), restlessness & irritability
  • Jika magnesium bergabung dengan vitamin B6 ia akan meringankan simptom pra-haid.

 ➡ OMEGA GUARD (Omega-3 fatty acid)

  • Omega-3 dari ikan dikenali sebagai lemak yang berupaya mengurangkan kemurungan (depression), keresahan (anxiety) & kemarahan (anger).
  • Omega-3 diperlukan kerana kandungan DHAnya adalah makanan utama otak kita supaya kekal sihat & dapat berfungsi dengan baik.

Nah, itulah 3 produk yang amat-amat penting buat saya supaya saya tidak lagi alami anxiety. Serik la! Pulak tu setiap produk ada fungsi lain juga. Berbaloi untuk kesihatan saya secara keseluruhan.

————————————
Saya Nornadia Mansor ,  ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Tips Panduan Menyembuhkan Anxiety Disorder Oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.