Tips Meredakan Masalah Vena Varikos atau Urat Bersimpul

menghilangkan urat timbulmenghilangkan urat timbul,urat timbul,cara menghilangkan urat di kaki,rawat urat bersimpul,urat kaki berpintal,
Masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos , satu manifestasi penyakit pembuluh darah vena yang kronik. Boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama di betis dan buku lali.
.
Memang kasihan melihat mereka yang  mempunyai masalah urat kaki bersimpul kerana ia bukan saja membuatkan kaki nampak ‘mengerikan’, ada juga individu berkenaan berasa sakit apabila berjalan atau berdiri lama.
Ibu saya sendiri mempunyai masalah vena varikos atau urat bersimpul ini, maklumlah ibu saya dulu seorang pekerja kilang yang perlu berdiri semasa tugas. Alhamdulillah, sekarang takde lagi masalah urat bersimpul ini dengan izin Allah.
.

Bagaimana Vena Varikos atau Urat Berpintal Berlaku?

Menurut Pakar Bedah Am dan Vaskular, Dr. Tan Kong Hean , urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar.

Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

menghilangkan urat timbulmenghilangkan urat timbul,urat timbul,cara menghilangkan urat di kaki,rawat urat bersimpul,urat kaki berpintal,
Masalah Urat Bersimpul atau “Vein Varicose”
Pada keadaan normal, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.

Urat simpul ini banyak berlaku kepada wanita tetapi lelaki pun tidak terkecuali juga.

Faktor Penyebab dan Punca Urat Bersimpul

  • Keturunan : Keadaan semulajadi di mana terdapat kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena.
  • Umur : Mengikut kajian, vena varikos kerap berlaku di kalangan umur 40 hingga 49 tahun. Ini mungkin disebabkan kerosakan pada injap dan dinding vena yang berpunca dari pelbagai sebab dalam kehidupan harian.
  • Berdiri terlalu lama : Ini berlaku di kalangan mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti tentera dan polis, pekerja kilang, jururawat dan sebagainya.
  • Gemuk berlebihan : Perut yang buncit menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung.
  • Kehamilan : Vena varikos atau urat bersimpul semasa mengandung adalah disebabkan daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung, atau kesan daripada hormon estrogen dan progesteron yang melemahkan dinding vena.
  • Trauma kecederaan melibatkan vena, terutamanya di kaki.
  • Darah beku dalam vena: Ini kerap berlaku di kalangan mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.
  • Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan naiknya tekanan dalam vena. Ini termasuklah penyakit hati seperti cirrhosis, lemah jantung, air dalam perut (ascitis).
READ :  Keliru Antara Obimin Atau Vitalea Shaklee?

punca urat bersimpul,cara merawat vena varikos,ubat vena varikos,,punca urat timbul di betis

Tanda dan simptom urat bersimpul

Kebanyakan pengidap vena varikos tidak merasa sebarang masalah walaupun pada kaki mereka terdapat vena varikos.Sebahagian mereka yang mengidap vena varikos (urat bersimpul) mempunyai simptom atau tanda tanda seperti berikut:

  1.  Bengkak kaki
  2.  Kaki terasa berat, tidak selesa, berdenyut dan hangat.
  3.  Kerap terkena kejang otot.
  4.  Rasa gatal di sekitar vena yang terlibat.
  5.  Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.
  6.  Kudis di buku lali yang sukar baik.

Komplikasi dan Kesan Vena Varikos atau Urat Bersimpul

Penyakit vena varikos biasanya tidak banyak mendatangkan mudarat sekiranya ia tidak diabaikan. Apabila diabaikan, tekanan darah dalam vena akan bertambah tinggi sehingga menyebabkan darah mendadak di kaki dan aliran darah menjadi lambat.
.
Keadaan ini akan mengakibatkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan. Darah yang mendak ini mengandungi aras karbon dioksida dan produk racun yang tinggi dari metabolisma tisu di samping aras oksigen yang rendah.
 .
Untuk jangka pendek ia menyebabkan pesakit kerap merasa kekejangan otot dan gatal pada kulit.Akibat aliran darah yang amat perlahan di bahagian kaki, banyak sel darah yang akan pecah menyebabkan zat besi (ferum) meresap ke tisu mengakibatkan warna kulit bertukar lebih gelap atau kehitaman.
.
Apabila resapan ini bertambah teruk, darah tidak dapat mengalir ke bahagian kulit menyebabkan terjadinya kudis atau ulser yang kronik.

Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan, keletihan, keresahan, berdenyut, kebas-kebas, atau berat di kaki. Kemunculan urat membonjol juga menjadi perhatian untuk ramai orang.

vena varikos, urat bersimpul,simpul biawak,kejang kaki,tarik mengkarung

Tips Mengurangkan Masalah Vena Varikos (Urat Bersimpul)

Antara tips atau cara untuk menghilangkan dan merawat masalah urat bersimpul atau vena varikos adalah ;

  1. Memakai stokin. Kini terdapat pelbagai stokin untuk merawat vena varikos. Stokin boleh memberi tekanan kompresi antara 18-50 milimeter Merkuri (mmHg). Kompresi ini boleh membantu mengimbangi tekanan dan isi padu darah dalam vena.
  2. Membuat senaman, terutamanya berjalan jaki.
  3. Mengurangkan berat badan bagi mereka dengan berat badan berlebihan.
  4. Elakkan berdiri atau duduk yang terlalu lama.
  5. Apabila berehat, pesakit digalakkan meninggikan aras kaki lebih tinggi dari aras jantung untuk melancarkan aliran darah kembali ke jantung.

Vitamin Shaklee yang Membantu Vena Varikos atau Urat Bersimpul

  • Membantu merawat vena varikos.
  • Vitamin B di perkaya dengan vitamin B9 atau asid folik, Vitamin B12 atau cobalamin dan vitamin B6 atau Pyrodixine dimana sangat perlu buat mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah urat atau saraf.
  • Penting untuk membaiki peraliran darah dalam vena dan arteri.
READ :  10 Tips Atasi Sakit Gigi dan Gusi Semasa Hamil
.

Vitamin C

  • Membantu pembentukan kolagen, pembentukan kulit dan juga elastin yang mana membantu kulit untuk meregang.
  • Pengambilan vitamin yang kurang boleh menyebabkan berlakunya atehrosclerosis, iaitu pemendapan plak dalam salur darah dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya strok dan sakit jantung.
.

Vitamin E

  • Membantu untuk mengelakkan berlakunya urat simpul dengan mengalakkan pengaliran darah yang lancar melalui vena dan arteri.
  • Membantu mengelakkan platelet daripada melekat dan seterusnya terjadi salur darah tersumbat.

Testimoni Pengguna Untuk Masalah Urat Bersimpul

# Testimoni 1 : Ayah mempunyai masalah urat bersimpul yang teruk dan menyakitkan. Berikan ayahnya Vitamin C Shaklee sebagai ikhtiar penawar0

cara atasi urat simpul,ubat untuk urat bersimpul,atasi masalah urat timbul,shaklee untuk urat timbul

# Testimoni 2 : Ibunya mengalami urat bersimpul dan timbul berwarna biru-hitam. Setelah mengamalkan VIVIX selama 60 hari , kesannya sangat mengagumkan!

cara atasi urat simpul,ubat untuk urat bersimpul,atasi masalah urat timbul,shaklee untuk urat timbul

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Tips Meredakan Masalah Vena Varikos atau Urat Bersimpul was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.