Tips Meningkatkan Kesuburan dan Peluang Hamil di Usia Lewat 35 Tahun

Ada ibu ibu yang berusaha menimang cahaya mata,tapi usia melebihi 35 tahun keatas atau mengandung pada lewat usia. Mustahil ke? Sebenarnya tak ada apa yang mustahil dalam hidup ini. Pernah dengar ada wanita yang usia 55 tahun pun masih hamil.
.
Untuk pengetahuan anda juga, ibu mertua Nadia pun hamil pada usia 45 tahun.Pada mulanya, kami sekeluarga pon terkejut, maklumlah suami saya pada masa tu pon dah 25.
.
Dan ibu mertua saya mengandung tanpa sebarang komplikasi, berat bayi 3.1 kg secara normal & yang paling saya kagum , melahirkan tanpa jahitan walaupun waktu tu dah mencecah usia 45 tahun
 .
Kerana kebiasaanya, kita selalu dimomokkan dengan risiko risiko jika mengandung lewat usia. Tapi, tak semua ibu mengandung lewat usia berisiko melahirkan bayi sindrom down atau komplikasi bersalin, cuma dari segi tenaga dan tahap kesihatan dah tak sama macam ibu muda
.
Percayalah, sesuatu yang terjadi pasti bersebab . Ibu mertua saya dan kami sekeluarga pon risau dengan mitos sebegitu, tapi ia hanya peringatan pada kita. Yang penting, bersangka baik dengan Allah. Insyaallah, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.
Mia bersama maksu nya 🙂

Risiko Mengandung Lewat Usia

Saya tak menafikan pada usia 35 tahun keatas kebanyakan tahap kesuburan wanita semakin menurun, dan memerlukan penjagaan kesihatan yang baik untuk meningkatkan kesuburan ketahap maksimum pada usia tersebut. .

Anda  juga yang harus menerima risiko  mengandung lewat usia,antaranya adalah;

  • Anda mungkin akan mengalami sukar hamil. Pada awal 30-an, telur anda mula menurun kadar kualitinya dan anda mungkin akan berovulasi lebih jarang daripada umur anda sebelum 30-an. ( tapi, tak mustahil ye! ramai je yang hamil melebihi usia 35 tahun)
  • Bayi Anda akan berisiko lebih tinggi mengalami kelainan kromosom, seperti Down syndrome.
  • Anda lebih mungkin mengalami keguguran -risiko keguguran meningkat 20% pada ibu berusia 30 tahun keatas, 50% pada ibu berusia 50 tahun keatas
  • Anda berada pada risiko lebih tinggi terkena Diabetes Gestational (GDM),risiko 4 kali ganda pada ibu mengandung yang berusia 40 tahun keatas
  • Tinggi potensi untuk hamil bayi kembar. Bila anda lebih berusia, perubahan hormon akan menyebabkan anda melepaskan lebih dari satu telur setiap kali anda berovulasi.
  • Berpotensi tinggi mendapat Darah Tinggi (hipertensi) ,pre -eclampsia 
  • Apabila tekanana darah sangat tinggi, risiko tinggi pada ibu dan terpaksa melahirkan bayi pramatang, 
  • Potensi untuk melahirkan bayi dengan kaedah Caesar (pembedahan) sangat tinggi
Bagaimanapun, ibu usia lewat mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan psikologi lebih daripada wanita yang lebih muda. Mereka selalunya mengikut gaya hidup yang lebih sihat, berpendidikan lebih tinggi dan kedudukan kewangan yang lebih baik.
 .
Wanita berusia selalunya lebih matang dalam menangani simptom-simptom kehamilan, berdikari dan yakin dengan apa yang mereka mahu serta bersedia dari segi mental untuk bergelar ibu.

Mengapa Usia dikaitkan dengan Tahap Kesuburan

Kesuburan wanita semakin menurun apabila umur berginjak pada usia 35 tahun keatas.

Tahap kesuburan wanita berkait rapat dengan kualiti telur yang dihasilkan. Semakin berusia, kadar kualiti telur atau ovum semakin menurun dan boleh menyebabkan punca sukar hamil.

Kebanyakan wanita boleh hamil secara semula jadi dan melahirkan bayi yang sihat jika mereka hamil pada usia 35 tahun.

READ :  Vitamin Untuk Lelaki Mengikut Peringkat Usia dan Masalah Yang Dialami

Selepas 35 tahun, peeratusan wanita yang mengalami ketidaksuburan, keguguran atau masalah dengan bayi meningkat.

Menjelang usia 40 taun, hanya dua dalam lima daripada mereka yang merancang untuk menimang cahaya mata berjaya mendapatnya.

Inilah sebabnya mengapa, daripada perspektif biologi semata-mata, waktu terbaik untuk cuba mula membina keluarga ialah sebelum anda berusia 35 tahun

 

Tips Meningkatkan Kesuburan Di Lewat Usia 35 Tahun

Tips meningkatkan kesuburan bagi anda yang merancang untuk mengandung atau hamil di lewat usia 35 tahun keatas. Antaranya adalah ;

(1) Makan Diet yang Seimbang

Mengamalkan makanan yang kaya asid folik , kalsium , zat besi , dan protein . Tambahan diet anda dengan mengambil vitamin pranatal sebelum anda hamil dan dengan terus digunakan selama kehamilan anda .
.

(2) Menjaga Berat Badan Sihat

Pastikan anda berada dalam keadaan fizikal yang baik sebelum anda cuba untuk hamil . Wanita yang mengalami obesiti ( indeks massa tubuh 30 atau lebih tinggi ) mungkin mempunyai masa yang lebih sukar untuk hamil .
.
Wanita yang lebih tua dan mengalami obesiti lebih terdedah dengan diabetes gestational.
.

(3) Elakkan Terdedah Bahan Berbahaya

Tidak digalakkan  minum alkohol , minum ubat tertentu , pengambilan dadah , dan merokok.
.

(4)  Jauhi Stress

Menjauhi stress , dan mengamalkan gaya hidup yang sihat akan meningkatkan peluang anda mempunyai kehamilan yang sihat dan mengurangkan risiko hamil di usia tua .
.

(5) Elakkan Produk Yang Mengandungi Banyak bahan kimia

Gunakan dan tukarlah kepada kosmetik yang bersifat semulajadi dan bebas bahan kimia. Bahan kimia menagnggu hormon kesuburan iaitu xenoestrogen yang biasanya terdapat dalam produk syampu dan sabun mandian.
 

Bagaimana Vitamin Shaklee  Membantu Meningkatkan Kesuburan Wanita

Selain memperbaiki diet, badan anda juga memerlukan pengambilan makanan  tambahan atau vitamin untuk meningkatkan kesuburan wanita  dengan Set Kesuburan Wanita Shaklee

READ :  Tiub Fallopio Tersumbat : Masihkah Ada Peluang Untuk Hamil?

Matlamatnya, supaya proses pembentukan sel-sel dan tisu janin dipenuhi. Berikut adalah beberapa suplemen yang diperlukan oleh calon ibu untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita:

vitamin kesuburan untuk wanita,set kesuburan wanita shaklee , tingkatkan kesuburan isteri
Tingkatkan kesuburan isteri dengan Set Kesuburan Wanita Shaklee
Untuk anda yang masih lagi berusaha , jangan putus asa. Teruskan usaha anda. Cadangan vitamin bagi anda yang ingin meningkatkan kesuburan

.
Energizing Soy Protein
 (ESP)

ESP mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.
  • Membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.
  • Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang
  • Menyokong kesihatan prostat (lelaki)
  • Memberikan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan
  • Meningkatkan tahap kesihatan berada pada tahap optimum

.

Gla Complex

Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”.
 .
Cecair serviks  sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio
 .
Selain daripada itu, Gla Complex juga membantu
  • menghasilkan telur atau ovum yang matang
  • menstabilkan hormon kewanitaan
  • mencegah daripada menopause sebelum usia
  • menstabilkan kitaran haid wanita
.

B Complex 

Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

notakaki : segalanya tidak mustahil. Teruskan berdoa. Harapan sentiasa anda untuk anda

Kisah ibu mertua saya tadi sebagai satu semangat untuk anda,jangan takut untuk hamil dilewat usia 35 tahun.
.
Alhamdulillah ,sepanjang kehamilan ibu mertua saya yang berusia 45 tahun , tidak mengalami sebarang komplikasi seperti morning sickness, darah tinggi.
 .
Semuanya baik baik belaka dan melahirkan secara normal. Ibu mertua saya adalah salah seorang ibu yang hanya MENYUSUKAN BADAN ,takda campur susu formula pon sehingga hari ini. Di usia 46 tahun.
 

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Tips Meningkatkan Kesuburan dan Peluang Hamil di Usia Lewat 35 Tahun was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.