Tips Elakkan Susu Badan Merudum Di Bulan Puasa

Bulan puasa akan menjelang beberapa hari saja lagi. Bagi anda ibu-ibu yang masih menyusukan anak terutama yang masih bayi, sudah pasti keadaan ini akan sedikit merunsingkan anda dengan omongan orang luar yang mengatakan susu ibu berkurang semasa berpuasa!
.
Jadi, saya kongsikan dengan anda bagaimana atau tips menyusu badan pada anak ketika bulan ramadhan

.

Tips Elakkan Susu Badan Merudum Di Bulan Puasa

 [MIND SET]

Tips pada bulan puasa – sentiasa POSITIF bahawa susu ibu pasti ada dan CUKUP untuk si comel kita. Buang perasaan kita atau jangan set kan minda kita “Esok nak kena puasa dah, susahlah nak menyusu anak”..Ok..ni salah satu benda yang bermain di minda saya apabila tibanya bulan puasa ataupun bila nak berpuasa ganti.
 .
Kita fikirkan begitu kerana kita fikir apabila kita makan minum cukup, maka banyaklah susu kita. Sedangkan kita tidak sedar penghasilan susu juga bergantung kepada demand daripada anak kita.
 .
 Walaupun anda tidak makan, tidak semestinya susu ibu turut berkurang. Susu berkurang bukan disebabkan kita berpuasa, tapi ianya disebabkan oleh faktor lain iaitu kurangnya mengaplikasi konsep supply & demand serta pemikiran yang negatif terhadap susu berkurang semasa berpuasa.
 

[KEKERAPAN MENGEPAM]

Tambahkan kekerapan mengepam (dan konsisten dengan jadual ini) sebulan sebelum bulan Ramadhan. Ini untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu.
 

[JADUAL MENGEPAM]

Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan demand yang berterusan kepada payudara
 .
Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):
  • Sesi 1 – selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain.
  • Sesi 2 – Pam pada waktu tengahari, jam 12.
  • Sesi 3 – Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.
  • Sesi 4 – Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)
**Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Tapi harus diingat: Kurang demand, kuranglah supply ya!

[POWERPUMPING SEMINGGU SEKALI]

Buat powerpumping sekali seminggu untuk create demand kepada breast ibu (untuk hantar signal kepada badan hasilkan susu yang lebih banyak). Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Ibu pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu.
 

 [PENGAMBILAN AIR]

Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa sehingga ke waktu bersahur. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan ais ya!
 .
Keperluan air untuk ibu menyusu adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Untuk elakkan dehidrasi, minum air suam sebelum & selepas menyusu/mengepam. Dan milo/horlicks panas selepas sesi menyusu/mengepam waktu malam ya (untuk pulihkan tenaga yang hilang tadi).
 

 [JUADAH BERBUKA / PEMAKANAN]

Bulan Ramadhan, Banyak Bazar, Makanan sedap sedap enak enak, Wah rambang mata….
 .
Hati-hati dalam memilih juadah berbuka ya ibu. Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. Elakkan mengamalkan diet keras seperti menghentikan pengambilan karbohidrat dan protein pada bulan puasa kerana ianya nutrisi penting untuk menghasilkan susu ibu.
 .
Tambahkan dengan pengambilan buah-buahan pada waktu malam kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan mempunyai kandungan jus atau airnya.
 

[KURMA]

Kurma adalah buahan syurga yang amat ajaib untuk ibu mengandung dan menyusukan. Banyakkan memakan kurma selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.
Buat macam snack aje pun sedap. Breast cepat rasa penuh.
 .
Notakaki: Tips ini boleh diamalkan selain dari bulan puasa juga ya. Jom mula sekarang!

Vitamin Shaklee Yang Membantu Meningkatkan Susu Badan & Ibu Kekal Bertenaga

ESP (perisa natural vanilla) :

Membekalkan tenaga & memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Menyediakan tenaga yg berkekalan dan membantu menahan rasa lapar menerusi bekalan sumber tenaga yg konsisten.
 

MEALSHAKE (perisa french vanilla) :

‘Easy-On-the-Go Meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
 

PERFORMANCE DRINK (perisa natural orange):

 Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.

Testimoni Set Mighty 3 Gems :

#Testimoni ➀

 #Testimoni 

 

#Testimoni  ➂

Jadi ibu-ibu semua, jangan risau jika muncul bulan puasa atau ibu berpuasa ganti. Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Selagi ada usaha, di situ ada hasilnya walaupun tak seberapa. Teruskan penyusuan untuk anak anda walau susu merudum sekalipun.
———————————–
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
.
ATAUPUN
.
♥ Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang
berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
——————————–
 smile emo
Tips Elakkan Susu Badan Merudum Di Bulan Puasa was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

READ :  Testimoni Penyelesaian Untuk Masalah Keguguran Rambut

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.