Tips Elakkan & Kawal Diabetes atau Cucuk Insulin Sendiri Semasa Hamil

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Apabila keputusan bacaan gula dalam darah tinggi dari paras normal selepas minum air gula atau MGTT, sehingga terpaksa cucuk insulin sendiri untuk turunkan gula pada paras yang dikehendaki pada waktu yang ditetapkan

Jika ibu salah seorang daripadanya, jangan risau dan panik. Ada ramai lagi yang seangkatan dengan ibu. Perkara ini memang biasa berlaku.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan si ibu dapat kencing manis semasa mengandung. Antaranya:
  • BMI 30 atau lebih
  • Sejarah kandungan lalu yang ada diabetes
  • Pernah melahirkan bayi yang besar, 4kg atau lebih
  • Sejarah keluarga

Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (minum air gula ) ketika mengandung yang dilakukan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.

Kenapa Pentingnya Prosedur MGTT & Insulin pada Ibu Mengandung?

(i) Macam mana boleh ‘check’ kencing manis dengan minum air gula?

Fungsi minum air gula ini adalah untuk memeriksa sama ada puan-puan ada kencing manis ataupun tak.

Kalau dibanding seseorang yang tidak mempunyai kencing manis dan seorang penghidap, reaksi kepada gula itu adalah berbeza.

Seorang yang tidak menghidap kencing manis, akan berjaya menurunkan tahap gulanya dalam masa 2 jam itu tatkala seorang penghidap, tahapnya akan kekal tinggi.

Kencing manis terjadi apabila badan kita tidak dapat memproses gula berlebihan dan disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi.

Dalam keadaan normal gula akan dicerna menjadi glukosa. Glukosa amat penting sebagai sumber tenaga untuk sel dalam badan.

Tetapi jika glukosa berlebihan, hati akan menukar glukosa menjadi sebatian glikogen untuk disimpan.

.
pengalaman kencing manis semasa mengandung,cara menurunkan gula dalam darah semasa mengandung,cucuk insulin semasa mengandung

(ii) Apakah insulin dan fungsinya?

Insulin ini merupakan hormon yang berfungsi menukarkan glukosa pada glikogen untuk disimpan dalam hati dan sel-sel otot apabila didapati glukosa berlebihan.

Insulin juga berfungsi membawa glukosa ke dalam sel badan untuk dimetabolismekan menjadi tenaga.

Dalam kencing manis, insulin menjadi kurang reaktif (insulin resistant) ataupun kurang dihasilkan. Jadi insulin tidak dapat mengawal paras atur gula dalam darah.

Maka apabila puan-puan minum air gula tu, sebenarnya nak ‘test’ insulin tu boleh berfungsi atau tidak. Jika insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah masih akan normal, sebaliknya jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan anda mungkin mempunyai kencing manis (diabetes) ketika hamil

Risiko dan Bahaya Kencing Manis atau GDM Semasa Hamil

Sebenarnya agak bahaya & berisiko pada ibu dan bayi kalau kita tak kawal kencing manis semasa mengandung. Kalau gula terlalu tinggi, nanti boleh menyebabkan:
  1. Terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar.
  2. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar,boleh menyebabkan risiko bayi tersangkut bahu semasa kelahiran. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.
  3. Ibu di minta bersalin awal daripada tarikh jangkaan ,biasanya akan di’induce’ pada 37 minggu kehamilan jika tiada tanda bersalin
  4. Ibu berisiko Pre-Eclampsia,apabila kencing manis tidak terkawal
  5. Banyak sangat air ketuban (polyhydramnions) sampai beri masalah kelahiran
  6. Risiko kerosakan saraf bayi
  7. Risiko kematian bayi dalam rahim secara mengejut
  8. Bayi akan menghasilkan lebihan hormon insulin, dan lahir dengan kadar gula yang sangat rendah (hipoglisemia pada bayi). Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
  9.  Bayi berisiko dapat kencing manis dan kegemukan bila dewasa
READ :  9 Cara Turunkan Bacaan Gula dalam Darah Bagi Pesakit Diabetes dengan Mudah
 

Prosedur Diagnosis Kencing Manis (GDM)Semasa Mengandung

Biasanya jururawat akan bagi tarikh pada si ibu bila akan dibuat MGTT (modified glucose tolerance test),  bahasa mudahnya “minum air gula”.
.
Ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari , semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali minum air kosong/air mineral sahaja sebelum temujanji di klinik.
.
Pagi keesokan harinya,kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu,kira-kira 2-3 ml . Kemudian anda akan diminta minum air glukosa yang disediakan – 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong untuk menghabiskan larutan gula yang disediakan.
.
Air gula yg diberikan oleh klinik kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam. Ada juga yg berperisa oren atau kola.
kenapa minum air gula masa mengandung,pengalaman minum air gula,persediaan sebelum minum air gula
kenapa minum air gula masa mengandung?
Dua jam kemudian, ujian darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.
.
Prosesnya mudah je. Tapi ramai ibu berasa takut dan fobia nak minum air gula yang manis melecaihh tu.

Bacaan MGTT / MOGTT (Keputusan Selepas Minum Air Gula)

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :
.
Ujian yang dilakukan semasa MGTT Keputusan Normal
FBS (Fasting Blood Sugar) – Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik Normal : 3.0 mmol/L – 5.5 mmol/L
2 Jam selepas – Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula Normal : kurang daripada  7.8 mmol/L

Impaired (Borderline): 7.8 mmol/L – 11.0 mmol/L

Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi.
.
Maka bersedialah untuk ujian BSP untuk mengawal bacaan gula darah ibu. Ibu perlu datang ke klinik sebanyak 4 kali dalam satu hari sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali.
.
Jika ibu berjaya mengawal bacaan gula dalam darah pada keempat-empat sesi BSP itu, ibu mungkin diminta datang dalam masa dua minggu lagi. Jika tidak, memang tiap-tiap minggulah kena berulang ke klinik.

Adakah GDM akan sembuh selepas Kelahiran?

Bagi kebanyakan wanita, paras gula akan kembali normal selepas kelahiran. Enam minggu selepas kelahiran, anda perlu membuat ujian untuk memastikan paras gula adalah normal.

Ini juga membantu jika anda mempunyai risiko diabetes di masa hadapan.

Jika anda ingin mengandung lagi, ujian gula perlu dibuat 3 bulan sebelum mengandung untuk memastikan bacaan senantiasa normal.

Menurut kajian, anak yang mana ibunya mempunyai GDM akan berisiko tinggi dalam obesiti, glucose tolerance yang tidak normal dan diabetes.

Risiko obesiti dan diabetes jenis 2 juga tinggi bagi ibu dan anak, maka perlulah jaga kesihatan untuk mengurangkan risiko ini.

Tips Elakkan & Kawal Diabetes atau Cucuk Insulin Sendiri Semasa Hamil

Ambillah langkah sewajarnya dan usahakan yang terbaik dalam memastikan paras gula dalam darah kita sentiasa di paras terkawal demi untuk mengelakkan masalah kesihatan serius pada diri dan bayi kita.

#1. Kurangkan makan karbohidrat tinggi

Kurangkan pengambilan makanan seperti yang terdapat dalam gandum, nasi, roti, mi, dan pasta. Selain tu semua makanan manis yang mengandungi gula dan madu termasuk gula dalam buah-buahan.

.

#2. Makan makanan berindeks glisemik rendah

Indeks glisemik rendah bermaksud makanan tersebut apabila dimakan, ia akan melepaskan glukosanya secara perlahan-lahan dalam badan, bukan secara mendadak.

Antara makanan berindeks glisemik rendah ialah:

  • pasta dengan tepung gandum durum
  • buah seperti epal, oren, pear, pic
  • kekacang dan lentil
  • jagung
  • bubur

Makan makanan berglisemik rendah dapat membantu kawal aras gula dalam darah. Ibu masih boleh makan kentang, nasi, roti tetapi dalam kuantiti yang sedikit saja.

.

#3. Makan dalam waktu yang tetap

Setiap hari ibu mesti makan dalam waktu yang sama, contohnya kalau sarapan pukul 8 pagi, setiap hari mesti pukul 8 pagi. Ini supaya badan kita tak ‘pening’ dengan turun naik glukosa dan insulin pun di lepaskan secara tetap setiap hari.

.

#4. Jangan skip hidangan

Mesti ambil sarapan, makan tengah hari, makan malam juga jangan lupakan hidangan antara waktu makan (between meal).

Diantara waktu makan ,bolehlah makan snek yang berkhasiat seperti buah dan kekacang. Ini untuk mengekalkan aras gula dalam darah yang seimbang.

.

#5. Kurangkan lemak

Terutama lemak tepu. Lemak yang bagus ialah lemak poli tak tepu contohnya daripada minyak bunga matahari dan minyak zaitun. Kukus dan gril makanan lebih baik berbanding menggoreng.

.

#6. Kosongkan perut 2-3 jam sebelum melakukan ujian BSP

Sebenarnya kita mampu kawal nafsu makan kita. Doktor pun warning, kalau kencing manis tinggi, awak kena cucuk insulin sendiri.

Sebelum buat ujian tu janganlah makan makanan berpotensi menaikkan aras gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 jam.

Minum banyak air kosong, atau jika lapar boleh bancuh ESP (ESP indeks glisemik rendah)

.

#7. Jangan minum minuman manis

Contohnya air berkarbonat, teh ais, nescafe ais, milo dan sebagainya. Air gas tu memang penyumbang tertinggi gula. Jadi ibu-ibu, cubalah usaha kawal kencing manis tu. Jangan makan sebarangan. Elakkan makanan manis

Vitamin Shaklee Untuk Masalah Kencing Manis atau Diabetes Gestasi Semasa Hamil

GDM tak boleh dibiarkan sahaja tau. Kalau tidak, ia merisikokan nyawa ibu & baby yg dalam kandungan. So, nak tak nak memang perlu usaha untuk atasi kesan GDM.

Jadi ,pengambilan Vitamin Shaklee untuk Ibu  kencing manis ketika hamil

shaklee kencing manis ketika hamil,shaklee untuk ibu gdm,cara mengawal gula dalam darah semasa hamil
Cara mengawal gula dalam darah semasa hamil degngan Vitamin Shaklee

▨ Energizing Soy Protein (850gm ) – 2 bulan penggunaan

  • mengandungi serbuk protein lengkap dengan asid amino yang diperlukan tubuh tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.
  • rendah indeks glisemik
  • membantu mengawal kadar gula dalam darah
  • memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan memberi tenaga
  • mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan sekaligus mengelak risiko diabetis

.

▨ B Complex (120 biji ) – 4 bulan penggunaan

B Complex membantu mengawal metabolisme serta menstabilkan bacaan paras gula dalam darah selain membekalkan asid folik untuk pertumbuhan otak & saraf bayi di dalam kandungan.

.

▨ Vitalea (120 biji ) – 4 bulan penggunaan

Mengandungi zinc untuk membantu pankreas menghasilkan hormon insulin yang bertugas mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Testimoni Khas Dari Ibu GDM yang Mengamalkan Vitamin Shaklee

# Testimoni 1 : Mempunyai masalah GDM Semasa mengandung, tetapi masa kandungan keempat, doktor puji bacaan darah ,bayi normal dan ketuban normal dengan mengamalkan Set Kehamilan Shaklee dan ESP

set kencing manis ibu mengandung shaklee,pengalaman gdm semasa mengandung,bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung

.

# Testimoni 2: Saya amalkan Vitamin Shaklee Semasa Mengandung Untuk Ibu GDM (kencing manis semasa hamil . Alhamdulillah result BSP cantik je walaupun 2 jam sebelum tu saya mkn tak hingat! Nasi mmg saya tak pantang tap iminuman/makanan manis memang saya pantang selagi boleh

cara mengawal gula dalam darah semasa hamil,pengalaman kencing manis semasa mengandung,shaklee kencing manis ketika hamil

Hamil anak ke3 perasaan risau timbul mengenai masalah GDM yg dialami ketika anak ke2 5thn lepas. Memang check up kali 2 dah pun disahkan GDM..

Jadinya bermula rutin BSP 4x sehari utk 2minggu sekali.

Apa lagi memang konsisten la dengan set hamil shaklee. Alhamdulillah..resut BSP mmg cun jer sepanjang hamil yg ni kalau nak dibandingkan dengan anak kedua dulu siap ada pen merah lagi kau..hihi

.

# Testimoni 3: GDM dikesan pada minggu ke 18 selepas ujian MGTT (modified glucose tolerance test). Bacaan gula memang kerap turun dan naik. Selepas konsisten set kehamilan Shaklee, baby lahir dengan berat yang normal, tidak banyak lemak yang menggelebeh sewaktu hamil dan nafsu makan adalah terkawal

cara mengawal gula dalam darah semasa hamil,pengalaman kencing manis semasa mengandung,shaklee kencing manis ketika hamil
.

Testimoni 4 : Doktor O+G kata ‘cemerlang’.Keputusan selepas minum air gula normal.Beza sangat pregnant kali ni bila amalkan VITAMIN IBU HAMIL shaklee ni. Beza dari segala segi.

pengalaman kencing manis semasa mengandung,petua turunkan kencing manis semasa mengandung,petua hilangkan kencing manis ketika hamil

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Tips Elakkan & Kawal Diabetes atau Cucuk Insulin Sendiri Semasa Hamil was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.