Tips Elakkan Jaundis Pada Bayi Tanpa Perlu Ditahan Di Wad

Salam ibu ibu ,
 .
Kebiasaanya selepas melahirkan anak, si ibu lebih risaukan keadaan anak ada kemungkinan besar akan menghidapi penyakit jaundis atau demam kuning.
 .
Menurut pengalaman saya sendiri dengan Damia (anak sulung), selepas 3 hari melahirkan anak sulung saya Damia, baru mempunyai tanda tanda demam kuning . Alhamdulillah, selepas seminggu kuningnya terus hilang.
Berlainan bg anak kedua saya , Adam, disahkan prolonged jaundice (jaundis berpanjangan). Antara penyebabnya adalah Adam mempunyai masalah G6PD. Jadi, penghidap G6PD cenderung mengalami masalah jaundis yg berpanjangan .
.
Kalau dalam masa 15 hari, bacaan bilirubin tidak ditahap normal. Bayi terpaksa diambil sample darah 3 botol melalui tangan dan sample air kencing untuk ujian makmal bagi mengetahui kemungkinan dia mempunyai sebarang masalah berkaitan hati, air kencing dan tiroid.
.
Syukur , ujian makmal mendapati Adam bebas dari ketiga masalah itu. Semua tips moden, tradisional saya dah cuba untuk turunkan bacaan bilirubin, tapi …kesannya tak sama setiap orang . Sehinggalah saya  mencuba ini…..(kena baca sampai HABIHHH!)

Tips nak tengok kuning tinggi ke tak, tengok je kat mata putih baby, kalau kuning kat situ, maksudnya tinggi lah tu

Apa pun, sebagai seorang ibu kita harus mempunyai ilmu untuk menyembuhkan demam kuning dengan sebaiknya. Jom saya kongsikan info dan cara mengatasi masalah demam kuning
.
Saya faham , anda sebagai ibu stress bila anak masih kena demam kuning walupon dah lebih dari 15 hari. Tapi , bertindaklah dengan bijak. Jangan lah perjudikan kesihatan anak kita. Macam macam petua pelik pelik akan keluar,suruh sumbat kat anak kita itu ini. Tapi , be rational .ok?
 

Apa itu Jaundis atau Demam Kuning ?

Jaundis adalah istilah kepada demam kuning. Jaundis sebenarnya tidak berbahaya kecuali bacaannya terlalu tinggi sehingga perlu mendapatkan rawatan pertukaran darah .
 .
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan.
.
Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Bagaimana Jaundis atau Demam Kuning Boleh Berlaku ?

Semasa bayi dalam kandungan , proses pembuangan bilirubin ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila bayi dilahirkan, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri sebelum dikeluarkan melalui najis

READ :  Tips Pemilihan dan Kelebihan Vitamin E

.

Hati bayi yang belum matang (biasanya bayi yang lahir tak cukup bulan) mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. Inilah punca mengapa bayi yang lahir pra-matang kebanyakkannya mengalami masalah jaundis yang tinggi

.

Ketahui Tahap & Kawasan yang Terkena Jaundis : 

tahap jaundis dalam badan, kawasan yang terkena jaundis
Bacaan Bilirubin dan Bahagian Yang Terkana Jaundis

Punca Bayi Mudah Terkena Jaundis
Apabila :

  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan,
  • Berat yang kurang
  • Berbezaan darah ibu
    dan bayi berisiko
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap
    jaundis berpanjangan
  • Mempunyai darah jenis O
  • Bayi yang menghidapi G6PD (sel darah merah mudah pecah)

Jaundis yang
berpanjangan (Prolonged jaundice)

Apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang.
.
Ianya disebabkan oleh:
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
  • Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
  • Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan
    darah tali pusat.
Inilah yang terjadi pada Adam iaitu anak kedua saya, jika jaundis masih ada dalam tempoh tersebut. Bayi perlu diambil sample darah di tangan  dan air kencing bagi tujuan mengenalpasti punca seperti diatas.
 

BAGAIMANA ALFALFA MEMBANTU?

Alfalfa bagus untuk kesihatan hati. Ia menguatkan hati ibu dan bayi. Jika si ibu amalkan alfalfaa di hujung kehamilan, insya-Allah ia bantu kuatkan hati bayi, bayi sendiri tu dapat proses sendiri billirubin dia

READ :  Kebaikan dan Tips Minum Air Masak 8 Gelas Sehari

 

Untuk ibu yang tak ambil Alfalfa semasa hamil, dan bayi mengalami demam kuning atau jaundis , ibu tersebut disarankan mengambil Alfalfa & menyusukan anak . Khasiat Alfalfa yang disalurkan melalui susu ibu akan membantu kuatkan hati baby tadi, dan seterusnya hati yang kuat dapat musnahkan billirubin yang banyak.

.

ALFALFA SEMASA HAMIL

Untuk ibu yang pernah ada sejarah anak pertama dan kedua kuning tinggi, saya suka nak cadangkan ambil lah Alfalfa di hujung kehamilan. Bukan sepanjang kehamilan tau. Cukup lah bulan ke-8 ke atas.

Ada kenalan saya buat camtu. Kisahnya, sebelum dia berkenalan dengan Shaklee, masa anak pertama dan anak kedua lahir, bacaan jaundice sangat tinggi sampai terpaksa warded.

READ :  Pengalaman Bersalin , Tiga Kali di Induce

Tapi Alhamdulillah selepas berkenalan dengan Shaklee dan amalkan Alfalfa masa hujung pregnancy anak ketiga, Alhamdulillah yang anak ketiga ni tak kuning

Yang bestnya, Alfalfa juga membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu. Jadi, bayi anda lebih cepat

 

DAN HASILNYA?

Alhamdulillah dapat lah result macam 2 orang kisah kawan saya dalam pantang bersama anak jaundice tadi.

 

# Testimoni 1

# Testimoni 2

 

Sorang anak jaundice terus turun kuning lepas 3 hari makan Alfalfa. Sorang lagi anak prolonged jaundice, dan Alhamdulillah lepas ibu ambil Alfalfa, jaundice anak turun

Ibu- ibu yang anak ada jaundice belum turun atau susah nak turun, jom lah dapatkan Alfalfa.

————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
 
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.

 
————————————

 
Tips Elakkan Jaundis Pada Bayi Tanpa Perlu Ditahan Di Wad was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.