Tips Elakkan dan Hilang Masalah Jerawat untuk Si Pemicit Jerawat

Salam semua 🙂

Tak semua orang yang bertuah dikurniakan kulit yang bebas cela dan tiada sebarang jerawat dan diwajah. Kebanyakan kita ada masalah jerawat, walaupun jarang jarang tumbuh dijerawat.
Jerawat di sebabkan oleh kulit yg kotor – Salah!

Jerawat disebabkan oleh liang yg tersumbat. Kulit yg tidak bersih hanya memudaratkan lagi, bukan penyebab. Oleh itu, membersihkan wajah berulang kali & menyental kulit ketika membersihkan kulit TIDAK akan mengurangkan jerawat, malah memudaratkan lagi kerana akan menyebabkan radang serta trauma pada sel2 kulit & menghasilkan kulit yg lebih teruk selepas anda ‘membersihkannya’
Saya sendiri memahami perasaan anda yang sekarang mempunyai wajah yang dinaiki jerawat comel samada dimuka ataupun badan walaupun hanya sebiji. Masalah jerawat yang sekecil kecil itu boleh membawa kepada masalah emosi pada tuan punya badan, jerawat boleh menganggu emosi dengan perasaan tertekan , rasa tak selesa dan malu berhadapan dengan orang.
Anda ada pengalaman picit jerawat? Saya percaya, ramai antara kita pernah memicit jerawat dengan kuku didepan cermin ataupun tanpa cermin sampai senget senget muka, bibir..dan ada kalanya disebabkan sakitnya memicit jerawat sampai terkerut kerut pipi. Memicit jerawat dengan harapan jerawat tu akan hilang dengan cepat dan esoknya boleh tampil berseri seri bak bidadari.
Tapi, anda tersilap!
Akibat memicit jerawat 
Sebenarnya, akibat dari perbuatan memicit jerawat itu boleh menyebabkan 
  • Jangkitan kuman. Bila terjadinya jangkitan kuman disebabkan memicit jerawat menggunakan kuku ,jerawat yang dipicit itu tidak hilang dan tidak surut tetapi makin teruk dan beberapa jerawat dikawasan sekitar jerawat yang dipicit itu akan tumbuh
READ :  Legakan Sakit Lutut & Sendi Lega dengan Set Sendi Shaklee
  • Parut Jerawat. Kesan memicit jerawat boleh meninggalkan kesan parut pada wajah yang kekal

Tips Mengelakkan Jerawat Semakin Teruk dan Cepat Hilang


haa…selalunya orang bagi tips hilangkan jerawat je kan.Kalini saya nak kasi tips elakkan jerawat dari makin teruk.Yelakan, macamana jerawat dah hilang kalau takde langkah pencegahan
  • Pastikan tidur malam yg cukup (5-6jam) untuk memberi masa badan memulihkan kulit. Badan perlukan bahan& masa utk memulihkan. 
  • Makan Banyak Buah! Umum tahu kebaikan buah2an. Mereka kaya dgn Anti oksidan dan khasiat. Makan lebih buah2an yg mempunyai GI( Glycemic Index ) yg rendah ( GI <55 ). Buah GI rendah akan menstabilkan kandungan gula dlm darah.
  • Lembapkan kulit anda. Jika anda menggunakan produ2 untuk memulihkan/ mengawal jerawat, kebanyakannya akan mengeringkan kulit anda. Gunakan pelembap diwaktu siang dan malam. Sebaiknya yang berasaskan air .Waktu terbaik untuk aplikasikan moisturiser adalah semasa kulit masih lembab supayamoituriser akan mengunci kelembapan kulit dan mencegah kekeringan wajah
  • Elakkan dari terdedah pada matahari dari 10am- 5pm, waktu cahaya paling terik.
  • Gunakan krim pelindung matahari atau sun block- Nanti ada yg kata, kulit saya makin berminyak bila guna sunblock. Sekarang, tiada alasan lagi sebab ada sunblock powder- SPF 30 lagi… . Sapu sunblock at least 20 minit sebelum keluar rumah
  • Pakai Bedak Muka Berasaskan Mineral .Elak menggunakan bedak padat kerana span yang digunakan berkali-kali dan lembap di dalam bekas akan menggalakkan pembiakan bakteria, lebih baik gunakan bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing kerana anti-inflammatori, tidak menutupi pori dan teksturnya kering
  • Amalkan Pemakanan Sesuai. Individu mengalami masalah ini terutama jenis serius perlu mengurangkan pemakanan berminyak dan pedas
  • Minum Air Kosong . Amalkan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak setiap hari, sekurang-kurangnya tiga liter, bertujuan memastikan keadaan dalaman badan sentiasa bersih dan kurang toksik.
Vitamin Shaklee untuk Atasi Masalah Jerawat

Tak siapa pun sangka sebenarnya vitamin dan supplement memainkan peranan penting dalam menghilangkan jerawat. Sebenarnya bukanlah vitamin tu directly hilangkan jerawat tu pun. Sebenarnya kalau dalam diet seharian kita, segala nutrisi tu cukup sangat dan serba lengkap, insyaAllah badan pun sihat, maka tidaklah jerawat tu nak keluar. Tapi disebabkan kita sendiri pon tak tahu berapa banyak nutrien sebenar yang badan kita serap, maka tak salah kita amalkan vitamin dan supplement as topup nutrien.
jerawat,hilangkan parut jerawat , elakkan jerawat ,picit jerawat
Berikut adalah Vitamin-vitamin yang berperanan penting dalam mengekalkan kulit yang sihat.
READ :  Banyakkan Susu Badan Dengan Teknik Power Pumping

 Menyokong membantu pemulihan luka, pembentukan collagen dan membantu menghilangkan parut jerawat. Untuk merawat dan menghilangkan jerawat, sekurang-kurangnya 1000mg Vitamin C diperlukan setiap hari. Vitamin C adalah vitamin larut air yang amat penting untuk pembentukan collagen, iaitu protein yang amat penting di dalam tubuh badan kita. Collagen memberikan struktur yang kuat kepada kulit. Vitamin C juga merupakan antioksidan bersama-sama bekerjasama dengan Vitamin E untuk melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. Bioflavonoids pula amat penting supaya Vitamin C dapat diserap dengan optimum ke dalam kulit.

READ :  Cara Beli Produk Shaklee ,Walaupon Berada Di Luar Negara

Vitamin B sangat-sangatlah bagus untuk mengurangkan stress. Stress pulak memang pun merupakan salah satu asbab musabab kenapa jerawat muncul. . Vitamin B juga sangat membantu dalam circulation darah, mengurangkan kadar kolestrol, dan mambantu dalam metabolisme protein, lemak dan gula. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa sekiranya kita kekurangan Vitamin B5 dan Vitamin B6 ni, semakin banyaklah jerawat yang naik. Malah, Vitamin B5 ni membantu mengurangkan kebengkakan akibat masalah jerawat.

Zinc adalah mineral, bukannya vitamin. Tetapi zinc juga amat penting dalam menghilangkan jerawat. Ini kerana zinc membantu memulihkan luka dengan cepat dan juga mengurangkan kesan-kesan luka akibat jerawat. Kekurangan zinc juga merupaan penyebab jerawat muncul. Dosage zinc harian yang dicadangkan adalah antara 25-30mg sehari untuk menghalang jerawat.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya.
————————————
Saya adalah pengedar Shaklee ,
Nornadia Mansor 
ID Shaklee : 866457 

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :
SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
jadual pengambilan vitamin
tips ekslusif
konsultasi percuma berterusan
layak dijemput ke ekslusif group di FB.
———————————————
Tips Elakkan dan Hilang Masalah Jerawat untuk Si Pemicit Jerawat was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.