10 Tips Penting untuk Mengekalkan Kesihatan Kulit Wajah

“Eh, flawless nya muka dia…”bisik dalam hati.

Meskipun anda boleh menggunakan pelbagai krim dan losyen untuk mengekalkan seri wajah anda,
namun itu hanyalah bersifat sementara. Malahan tiada jaminan, yang barangan penjagaan kulit
tersebut dapat meresap masuk ke dalam lapisan kulit dan memberikan kesan seperti yang
dijanjikan.

Di sini kami berikan 10 petua penting yang boleh anda amalkan untuk kulit yang kekal sihat dan berseri.

Tips 10 Penting untuk Mengekalkan Kesihatan Kulit

1. Apa yang Anda Makan itu Penting

Makanlah lah buah dan sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida seperti beta karotena dan Vitamin C, E dan A yang boleh menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas.

Apabila anda tidak boleh atau tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada makanan, anda boleh mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan nutrien tersebut.

Anda boleh dapatkan kulit yang cantik dan sihat dengan SET KECANTIKAN SHAKLEE, yang terbukti berkesan.

.

2. Berikan Saya H2O!

Mungkin ianya benar, apabila dikatakan pengambilan air yang dapat memberikan kulit yang lebih sihat, memandangkan 64% kulit terdiri daripada air. Dengan pengambilan air yang cukup, kulit akan jadi lebih gebu, kedutan menjadi kurang jelas dan liang pori lebih kecil.

Tambahan lagi, pelbagai struktur kulit memerlukan air untuk berfungsi secara efektif termasuklah kolagen untuk kulit yang berseri, sihat dan lembap. Jangan malas minum air masak ye!

READ :  Sakit Slip Disc Yang Dialami 5 Tahun Lalu Semakin Pulih

.

3. Bagaimana Posisi Tidur Anda?

Bagaimana cara anda tidur sebenarnya memberi kesan kepada kulit. Tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih oleh bantal, boleh menyebabkan kedutan serta kedutan di permukaan dahi atau pipi.

Namun, tidur dengan posisi mendatar atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera boleh mengurangkan kedutan tersebut.

.

4. Adakah Sinaran Matahari Baik untuk Kulit Saya?

Sedikit pancaran sinaran matahari penting untuk penghasilan vitamin D tetapi pendedahan yang terlalu tinggi akan merosakkan elastin kulit menjadikan kulit lebih kendur, regang serta lebih mudah terluka. Jika anda perlu keluar, gunakan krim perlindungan matahari.

Peningkatan pengambilan karatenoid juga boleh melindungi kulit anda daripada dirosakkan oleh sinaran matahari!

.

5. Melembap, Melembap dan Melembap!

Tingkatkan penggunaan pelembap dan ianya perlu digunakan selepas membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembap, ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit.

.

6. Tidur Nyenyak (Sleping Beauty)

Semasa anda tidur dengan nyenyak, paras hormon pertumbuhan akan meningkat untuk memperbaiki sel-sel yang rosak manakala lebihan air di dalam tubuh diproses untuk disingkarkan dari tubuh. Tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti menghasilkan sel yang tidak berkualiti dan menyebabkan berlakunya lebam di bawah mata, kulit kering dan garis-garis halus terbentuk.

READ :  Bahaya Kekurangan Kalsium Semasa Hamil & Menyusu !

.

7. Singkirkan Stress

Tekanan atau Stress menyebabkan tubuh bertindak balas dan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan reaktif. Jadikan senaman sebagai amalan harian untuk mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan cara semula jadi tubuh untuk menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit.

Bukan itu sahaja, senaman secara teratur dapat mengekalkan peredaran darah yang sihat, memberikan anda kulit yang berseri dengan pipi yang kemerah-merahan tanpa perlu sebarang solekan.

.

8. Hindari Sentuhan Tangan!

Tangan sentiasa membawa berbilion-bilion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Anda digalakkan membasuh tangan sebelum menggunakan barang penjagaan kulit. Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian kulit yang lain diseluruh tubuh apabila anda menggosok mata, mengusap dagu atau di saat anda menekup pipi.

.

9. Melampaui Usia Sebenar

Urutan merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang menyingkirkan toksin di dalam tubuh. Tambahan lagi, teknik urutan yang teratur merangsang fibroblas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan untuk meningkatkan seri wajah dan dan memperbaiki keanjalan kulit.

.

10. Senaman Muka

Wajah anda mengandungi lebih daripada 50 jenis otot berlainan dan ia memerlukan senaman sama seperti bahagian tubuh yang lain. Ini adalah cara bagaimana untuk mendapatkan kulit lebih tegang, anjal dan gebu.

READ :  Nutrisi dan Vitamin Untuk Ibu Hamil Pada Trimester 1

  1. Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
  2. Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
  3. Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
  4. Buka mata dan mulut sebesar yang anda mampu. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang
  5. Ulanginya 3 kali setiap hari.
————————————
Saya Nornadia Mansor ,  ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
10 Tips Penting untuk Mengekalkan Kesihatan Kulit Wajah was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.