Teknik Kurangkan Sakit Kontraksi Ketika Bersalin Tanpa Ubat

Setelah 9 bulan mengandung , penhujungnya adalah waktu bersalin . Saat saat yang dinantikan oleh seorang ibu untuk melihat bayi di kandungkan ke dunia. Proses melahirkan bermula dengan kontraksi.Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa.
 .
Sakit kontraksi adalah petanda bahawa proses kelahiran sudah bermula. Jadi, sebaiknya anda mengumpul tenaga untuk proses kelahiran bayi supaya tak habis tenaga semasa nak meneran bayi nanti.
 .
Tak semua ibu yang mengalami sakit kontraksi akan melahirkan bayi secara normal. Ada setengah kes , ibu terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan walaupun mengalami sakit kontraksi untuk mengelakkan kemudaratan kepada bayi dan ibu.
.
Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh anda gunakan. Terdapat teknik kurangkan sakit ketika bersalin iaitu tanpa bantuan ubat & mengunakan ubat. Disini say kongsikan beberapa tips yang membantu mengurangkan sakit kontraksi yang ada saya praktiskan semasa melahirkan anak puteri sulung kami.
 .
Insyallah membantu!
 

Teknik Kurangkan Sakit Kontraksi Ketika Bersalin Tanpa Ubat

#1 : Teknik Pernafasan Yang Betul

  • Saya praktiskan cara penafasan yang betul dengan  menarik nafas dalam-dalam membantu saya mengurangkan sakit kontraksi, kemudian hembuskan nafas secara perlahan lahan
  • Pengecutan sangat sengit dan bernafas melalui kesakitan amat berguna untuk saya.
  • Saya  terpaksa mengambil semua tenaga dan kembali fokus, terutamanya semasa kontraksi yang agak sukar. Jika saya  hilang tumpuan kepada pernafasan saya, saya merasakan hilang kawalan badan  dan sakit itu akan mengambil alih.
 .

#2 : Urutan

  • Jangan memandang rendah kuasa urutan yang baik dengan mengunakan losyen aromaterapi  – sama ada belakang badan atau kaki anda!
  • Saya mohon bantuan suami menggunakan pad panas, untuk meredakan sakit pinggang semasa kontraksi berlansung
  • Sekurangnya urutan membantu anda meredakan rasa sakit kontraksi 🙂
  • Hormon oksitosin adalah hormon kehamilan yang berperanan besar dalam penguncupan . Hormon ini juga muncul ketika suami mengurut anda atau ketika anda merasa selesa dan selamat pada suatu keadaan.
 .

#3 : Visualisasi

  • Berfikiran positif atau bahasa mudah ” fikir yang baik baik saja ” membantu minda anda lebih fokus untuk melahirkan bayi berbanding rasa sakit kontraksi yang anda rasakan.
  • ” You are what you think “, atau ingatlah bahawa Allah bersama dengan sangkaan hamba hambanya. Bersangka baiklah , setiap sakit yang kita rasai dalam proses melahirkan ,akan digugurkan segala dosa dan ibarat berjihad di medan perang.
  • Setelah 9 bulan mengandung, bebagai dugaan semasa hamil ..inilah waktunya untuk anda menatap wajah simanja yang anda kandungkan .Bayangkan yang indah indah 🙂
READ :  Tips dan Petua Pengendalian dan Penjagaan Anak Ekzema
  • Ketakutan yang berlebihan boleh melambatkan prestasi hormon oksitosin . Anda perlu lakukan adalah membuat lingkungan di sekitar anda terasa lebih selesa Misalnya dengan memikirkan hal-hal yang menyenangkan.
  • Zikir penenang diri. Jadi sentiasa basahkan lidah dengan zikir mengingati Allah. Sentiasa fikir positif bahawa setiap kontraksi bermakna kelahiran semakin hampir dan dapat jumpa dengan baby secepat yang mungkin. Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kali kontraksi.
 .

#4 : Berendam dalam Tab Mandi

  • Membenamkan diri anda dalam air yang hangat semasa kontraksi terbukti cukup berkesan untuk mengurangkan rasa sakit akibat kontraksi.
  • Ketika anda duduk dengan rileks dalam tab mandi, otot-otot tubuh anda akan mengendur kerana hangatnya air.
  • Jika tiada tab mandi, anda boleh cuba untuk menyirami badan dari  perut dengan air hangat dengan lembut menggunakan paip. Tekanan lembutnya akan memberikan kesan nyaman dan mengurangkan rasa sakit di bahagian punggung bawah.
 .

#5 : Rehatkan Diri

  • Melakukan kegiatan yang tidak melawan graviti bumi akan membantu mengurangkan rasa sakit anda
  • Anda boleh duduk dengan santai menyandarkan diri pada dinding atau pada suami.
  • Anda perlu rehatkan diri untuk menyimpan tenaga semasa proses meneran bayi nanti.
READ :  Punca Set Penyusuan Shaklee Menjadi Pilihan Ibu
 .

#6 : Gunakan Beg Panas

  • Bila datang kontraksi, keadaan otot akan sedikit tegang. Untuk kurangkan rasa tegang otot, boleh gunakan konsep kehangatan. Caranya mudah aje, isikan beg getah dengan air panas dan letakkan di sekitar pinggang dan peha di mana kita rasa kontraksi yang kuat.
  • Kalau takde beg air panas, boleh gunakan botol tahan panas. Isikan botol dengan air panas, balut dengan tuala kecil sebelum guna.
.
Semoga 6 cara ni boleh membantu bakal-bakal ibu yang nak melahirkan nanti termasuk lah saya sendiri untuk kurangkan kesakitan sewaktu tempoh kontraksi.
.
Meh enjoykan diri tengok proses kelahiran dalam video ni.

.

Jarak waktu untuk bersalin adalah berbeza pada setiap individu. Ada setengah ibu yang mudah bersalin, ada sesetengah ibu yang menghadapi situasi yang mencabar untuk melahirkan bayi. Walau sesusah manapun cara kita bersalin, tapi percayalah..sebaik saja tengok wajah bayi..Segala sakit itu hilang! Subhanallah 😄

.

Alhamdulillah, saya menempuh sakit bersalin selama 7 jam dengan bermulanya turun lendir hinggalah lahirnya bayi bagi anak pertama, mannakala untuk anak kedua…hanya 1 jam 30minit je  😄

Dan bermulalah fasa berpantang bagi ibu selepas bersalin.  Untuk memulihkan dalaman selepas bersalin, tenaga untuk berpantang dan menjaga bayi, mengecutkan rahim dengan cepat .Anda memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk kembali sihat dan bertenaga.

Bagaimana Ingin Kekal Bertenaga Semasa Meneran Bayi?

Semasa dalam tempoh sakit kontraksi, saya mengamalkan Energizing Soy Protein (ESP Shaklee) dan Performance Drink untuk kekal bertenaga untuk push bayi semasa proses melahirkan.

READ :  7 Tips Pujuk Anak Makan Ubat dengan Senang dan Tanpa Paksaan

.

Ada sesetengah kes, disebabkan sakit kontraksi yang agak lama ..ibu ibu kehabisan tenaga dan tak berdaya untuk menolak bayi keluar dari rahim. Dan akhirnya bayi terpaksa dikeluarkan melalui cara forceps (vacuum) atau czer (pembedahan) untuk mengelakkan bayi lemas di dalam rahim ibu

Kedua-duanya membantu membekalkan tenaga untuk badan kita dan tidak memberi kesan buruk pada ibu mahupun bayi. Kerana ia adalah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita.

Selain dari itu Performance Drink adalah membantu mengelakkan dehidrasi pada ibu.

Tahukah anda? 

Dehidrasi atau tidak minum air yang mencukupi boleh menyebabkan masalah dalam proses kelahiran iaitu rahim anda tidak mengecut dengan cepat

Kalau isteri tengah sakit melawan kontraksi, suami boleh tolong bancuhkan Performance Drink (PD) dan ESP , untuk legakan kontraksi yea tetapi untuk bagi bertenaga hingga selamat meneran bersalin.

————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.
ATAUPUN♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Teknik Kurangkan Sakit Kontraksi Ketika Bersalin Tanpa Ubat was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.