Tanda Tanda Ovulasi pada Wanita

Assalamualaikum . Ramai kalangan kita yang mahukan zuriat tetapi tak tahu atau kurang mahir tentang ‘ovulasi’ atau waktu subur sendiri.. Waktu subur penting kerana pada masa Waktu subur penting kerana pada masa itu telur di ovum telah keluar dari kilangnya untuk disenyawakan.
.
Jadi apakah tanda-tanda kesuburan dan bagaimana ingin mengetahui waktu subur wanita?
 

Apa itu Ovulasi ?

Ovulasi dikaitkan dengan tahap kesuburan wanita. Adalah agak janggal jika wanita tidak tahu atau peduli akan apa itu ovulasi dan bagaimana proses ia terjadi.
Secara definisi, ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda.

Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio.

Tiada ketepatan ovari mana yang akan melepaskan telur. Ovulasi tidak semestinya berlaku secara bergilir-gilir antara ovari bagi setiap kitaran.

tanda ovulasi,kesan waktu subur, waktu ovulasi,pengertian ovulasi,tanda ovulasi berlaku,ovulasi adalah,ciri sedang ovulasi,Tanda Tanda Masa Subur
Apabila seorang wanita sedang berovulasi, terdapat beberapa tanda-tanda fizikal yang disebabkan oleh perubahan hormon. Jika anda memberi perhatian kepada tubuh anda, anda boleh mengetahui waktu mana yang paling subur dan hampir dengan ovulasi.
 

Fakta utama Mengenai Ovulasi

  • Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari.
  • Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setiap kali ovulasi.
  • Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.
  • Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.
  • Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovulasi.
  • Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.
  • Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku.
  • Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
  • Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
  • Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid.

Tanda-tanda ovulasi 

1. Lendir Servik Seakan-akan putih telur (Servikal Mukus)

Tubuh seseorang wanita yang sedang bersedia untuk berovulasi akan menghasilkan lendir serviks yang ideal untuk mengangkut sperma. Sebelum ovulasi, lendir ini melekit dan tebal. Lendir pada fasa ini tidak sesuai dengan sperma kerana sperma akan terlekat dalam lendir ini dan tidak boleh sampai ke telur.
.
Lendir dari faraj atau dikenali sebagai servikal mukus yang bersifat nipis, elastik, dan seakan-akan putih telur adalah ideal kerana ia membantu sperma berenang hingga ke telur.
tanda ovulasi,kesan waktu subur, waktu ovulasi,pengertian ovulasi,tanda ovulasi berlaku,ovulasi adalah,ciri sedang ovulasi,Tanda Tanda Masa Subur,Tanda Tanda Anda Wanita Yang Sedang Subur
.

2. Rasa ‘basah’

Apabila ovulasi semakin hampir, lendir servik bukan sahaja nipis dan elastik, ia juga bertambah banyak. Seseorang wanita yang subur akan terasa ‘basah’ sepanjang hari.
 .

3. Rasa sengal / nyeri pada payudara

Selepas ovulasi, tahap progesterone akan meningkat. (jika anda mencatat carta kesuburan, anda boleh lihat suhu badan meningkat sedikit selepas ovulasi). Mungkin disebabkan peningkatan prostegerone inilah yang menyebabkan rasa sengal pada payudara sewaktu ovulasi. Sesetengah wanita akan perasan rasa sengal ini lebih kurang dengan tanda-tanda PMS.
 .

4. Posisi serviks yang tinggi, lembut dan terbuka

Posisi servik juga boleh menunjukkan sama ada anda sedang subur atau tidak. Selepas haid, serviks lebih rendah, keras dan tertutup. Apabila semakin hampir ovulasi, posisi serviks akan bergerak lebih tinggi dan terasa lebih lembut.
posisi servik semasa subur, rahim
Untuk memeriksa keadaan serviks, pastikan tangan dicuci bersih, kemudian duduk dalam keadaan mencangkung. Masukkan jari kedalam faraj dan cari ketulan. Serviks lebih senang dicari selepas haid kerana posisinya yang lebih rendah.
 .

5. Peningkatan libido

Kajian mendapati kebanyakan wanita lebih mudah berahi sewaktu ovulasi. (apabila hormon luteal meningkat)
 .

6. Tompokan darah

Tiba-tiba ada tompokan darah walaupun sudah habis haid? Ada sesetengah yang menganggap bahawa darah ini ialah lebihan dari darah haid sebelumnya, tetapi jika ia berlaku sewaktu anda ovulasi, kemungkinan besar ini ialah ‘ovulation spotting’. Tompokan ini kadangkala terjadi apabila telur pecah melalui folikel semasa ovulasi. Ia juga boleh berlaku sejurus sebelum atau selepas ovulasi akibat perubahan hormon.
 .

7. Senak atau sakit di sebelah bahagian perut

Kira-kira 20% wanita rasa sakit ketika ovulasi. Sakit ini dikenali sebagai ‘mittelschmerz’, berlaku akibat telur yang pecah tembus melalui folikel semasa ovulasi. Rasa senak juga boleh berlaku ketika tiub falipio mengembang dan mengecut untuk menolak telur turun ke rahim. Selalunya sakit ini hanya boleh dirasakan pada sebelah bahagian sahaja.
.
Keadaan ini boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas ovulasi. Anda mungkin tidak boleh menentukan dengan tepat ovulasi berdasarkan rasa sakit sahaja, tetapi ia boleh menandakan bahawa ovulasi semakin hampir.
 .

8. Kembung Perut

Terasa baju tiba-tiba ketat? atau rasa kembung dan berangin semacam? Ia mungkin disebabkan ovulasi. Perubahan hormon semasa ovulasi mungkin penyebab kembung ini.
 .

9. Loya dan pening lalat

Ramai wanita terasa loya dan pening sejurus sebelum haid bermula. Kadang kala disalah erti sebagai ‘morning sickness’. Ini disebabkan hormon yang sama yang menyebabkan ‘morning sickness’ semasa kehamilan dan simptom PMS lain.

10. Sakit kepala atau migrain

Seramai 20% wanita mengalami migrain semasa haid. Jika anda sering sakit kepala atau migrain semasa haid, kemungkinan besar anda akan rasa sakit kepala sewaktu ovulasi. Saintis mempercayai bahawa hormon yang menyebabkan sakit kepala di kalangan wanita-wanita ini.
 .
Diharapkan maklumat ini membantu sahabat-sahabat mengetahui waktu subur masing-masing. Kini, terdapat juga ovulasi strips yang boleh digunakan untuk mengenalpasti waktu berlakunya ovulasi.

Adakan semua wanita mengalami ovulasi?

Kebiasaanya ovulasi berlaku beberapa hari selepas haid, atau dikenali sebagai proses pengeluaran telur ovum,dan telur atau ovum yang matang semasa ovulasi berpeluang tinggi untuk hamil.

READ :  Tips Penjagaan "Bebird" Selepas Berkhatan dari Doktor Rahim

Jika anda mempunyai masalah haid tak teratur, agak sukar untuk mengenalpasti waktu subur dan tarikh ovulasi. 

.

Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah haid tak teratur, hormon tak seimbang atau stabil , ovum / telur tak matang , sangatlah digalakkan pengambilan GLA COMPLEX yang sangat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita.

READ :  8 Tips Menangani Masalah Anak Tantrum atau Mengamuk
 
————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Tanda Tanda Ovulasi pada Wanita was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

2 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.