Tanda Tanda Awal Kehamilan

Salam semua,

Saya kongsikan bersama anda 10 tanda kehamilan. Semestinya perasaan gementar setiap kali buat ujian kehamilan & mungkinkah yang anda rasai ini petanda anda hamil .

.
Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai tanda tanda kehamilan masing masing dan sudah tentunya berbeza bagi setiap individu.
.
Pengalaman saya mengandungkan 2 orang anak , setiap kehamilan tanda tanda hamilnya berbeza beza. Anak kedua saya, Adam, saya tak mengalami sebarang simptom kecuali haid lewat datang & UPT positif .hihihi
.
Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim.
.
Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.
.
Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

Tanda Tanda Awal Kehamilan & Anda Sedang Hamil

Ini adalah tanda yang kerap dialami oleh wanita pada awal usia kandungan. Setiap orang mempunyai tanda yang berbeza beza. Antara simptom kehamilan adalah :

#1 :  Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

.

#2 : Perubahan pada warna di sekeliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

.

#3 : Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

READ :  ANDA PENGHIDAP PCOS? - PELUANG UNTUK HAMIL MASIH CERAH!

.

#4 : Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

.

#5 : Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

.

#6 : Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

.

#7 : Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

.

#8 : Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

.

#9 :Naiknya suhu basal tubuh 

Jika berlaku kehamilan atau ovulasi, maka suhu basal tubuh ibu akan meningkat. Keadaan ini akan berlangsung selama terjadinya kehamilan. Keadaan ini tidak akan turun ke keadaan sebelum berlakunya ovulasi.

READ :  Cara Terbaik Turunkan Protein Dalam Air Kencing atau Proteinuria

.

#10 : Sensitif pada bau 

Anda tak tahan pada segala macam bau, terutama aroma makanan tertentu. Saking tak tahannya, bau tertentu boleh membuat anda mual dan muntah!

.

#11 : Gejala PMS 

Anda merasakan gejala PMS yang sama seperti yang anda rasakan setiap bulan. Perut kembung, sakit pinggang, sakit pada payudara, bahkan nafsu makan yang meningkat. Tapi,kenapa belum haid juga, ya?

.

#12 : Haid Tak datang

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..

.

#13 : Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan…

…TAHNIAH! ANDA BAKAL IBU 🙂

.

#14 : Janin yang berkembang di dalam rahim anda

Pemeriksaan ultrasound menunjukkan titik kecil yang bergerak-gerak di dalam kantung kehamilan? Selamat! Jaga perkembangan si kecil sehingga tiba masa bersalin ya, Ma!

Point di atas merupakan gejala awal kehamilan yang umum dan biasa berlaku pada wanita . Namun, tentu tidak semua wanita akan mengalami hal tersebut. Utuk memastikannya, periksakan segera ke doktor

Berdasarkan pengalaman saya, tanda hamil yang saya alami adalah kerap membuang air kecil, sakit di bahagian buah dada , bila buat ujian kehamilan.Alhamdulillah POSITIF ! Teruja sangat. Detik indah buat saya dan suami

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil @ Set Kehamilan Shaklee

.

Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini. Disebabkan:

✯ lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil

✯ tahan berbulan-bulan (2-4 bulan penggunaan)

READ :  Kenapa Asid Folik Penting Bagi Ibu dan Bayi dalam Kandungan?

✯ boleh dimakan bersama ahli keluarga

✯ harga yang sangat berbaloi

✯ semulajadi (bukan sintetik)

✯ tidak memberi sebarang kesan sampingan

✯ bonus kesihatan dan kecantikan extra

✯ terbukti selamat dan berkesan

.

Fungsi Vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee

  • Memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
  • Pengambilan vitalea shaklee secara konsisten membantu menstabilkan bacaan HB darah ibu yang hamil.
  • Penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala
  • Mengelakkan kecacatan pada baik seperti sarcal dimple, spina bifida
  • Lengkap dengan Asid folik
  • Menstabilkan hormon dan emosi si ibu
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi,
  • Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi
  • Meningkatkan penyerapan zat besi dengan lebih baik
  • Pembinaan sel darah merah serta tulang bayi
  • Mengelakkan sembelit
  • Atasi masalah gusi & gigi berdarah
  • Atasi masalah sakit belakang & kekejangan kaki
.
[E] Omega Guard 

  • Membantu pembentukan sel otak bayi dalam rahim

Testimoni Pengguna 

#Testimoni 1

#Testimoni 2

#Testimoni 3

#Testimoni 4

# Testimoni 5

————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
.
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
.

📞 SMS | WhatsApp : 013-4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan
Tanda Tanda Awal Kehamilan was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.