Senarai Kelengkapan Menyambut Bayi

Sewaktu menunggu kelahiran buah hati tercinta, anda memang seronok belanja untuk keperluannya. Banyak yang harus dibeli tapi janganlah sampai tersalah membeli. Ertinya tidak sesuai dengan keperluan si bayi, hinggakan banyak barang-barang kelengkapan itu yang tidak digunakan dan membazir: 
Senaraikan brang-brang keperluan bayi terlebih dahulu dengan tepat. Jangan membeli kerana pengaruh iklan atau promosi. Dalam memilih warna, jika anda belum mengetahui jantina si kecil, belilah kelengkapan bayi dengan warna-warna yang neutral. Biar lebih mudah dan tidak bosan, kebiasaannya, elengkapan bayi mempunyai beberapa tema, seperti seperti tema binatang, bunga atau watak-watak kartun. 

Jika kewangan menjadi alasan, tidak ada salahnya untuk anda meminjam kelengkapan-kelengkapan bayi seperti katil tidur dan kereta sorong dari pihak lain seperti abang atau saudara mara. Biasanya, kelengkapan-kelengkapan tersebut hanya digunakan sementara sahaj dan selalunya keadaannya masih baik. 

READ :  Ucapkan Selamat Tinggal Pada Jerawat dengan Set Kecantikan Shaklee
Perkara ini adalah normal bagi ibu-ibu untuk meminjamkan bahkanmemberikan peralatan bayi yang sudah tidak diperlukan lagi kepada orang atau saudara-mara terdekat. Jadi, anda tidak perlu malu untuk bertanya kepada orang tua, adik beradik, saudara mara mahupun rakan-rakan terdekat anda. 
Berikut adalah senarai kelengkapan bayi yang boleh anda cetak dan bawa sewaktu berbelanja kelak. Ia berguna agar anda tidak terlupa atau tercicir apabila tiba waktu melahirkan anak nanti.
Senarai Kelengkapan Menyambut Bayi
Waktunya hampir tiba. Perasaan anda ini pada waktu ini pastinya sedikit tegang dan bercampur bahagia kerana tidak lama lagi, anda akan melihat wajah si kecil anda. Walaupun doktor telah menentukan tarikh kelahiran, namun begitu, masih ada kemungkinan waktu kelahiran tersebut boleh berlaku lebih cepat. 
Jadi, adalah baik jika anda dapat menyiap sediakankan barang-barang yang ingin dibawa ke hospital pada hari kelahiran tersebut , 2 minggu lebih awal dari tarikh kelahiran yang dijangkakan. Pasikan tidak ada barang  yang ketinggalan, jika tidak, ia mungkin akan menimbulkan perasaan kelam-kabut. 
Mulakan dengan mencari beg yang cukup besar, kemudian, cetak halaman akhir ini (senarai yang perlu disediakan), kemudian, tanda 
barang-barang keperluan yang sudah dimasukkan ke dalam beg
Semoga laporan ringkas ini dapat memberikan serba sedikit informasi yang berguna kepada anda untuk menempuh saat-saat kelahiran bayi anda. 
Akhir kata, selamat melahirkan bayi dan selamat mendapat cahaya mata yang soleh & solehah. 
————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.

——————————
Senarai Kelengkapan Menyambut Bayi was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.