Risiko Pembuangan Rahim Pada Wanita

Rahim adalah satu organ badan yang sangat penting kerana ia lambang kewanitaan dan satu tonggak bagi kesuburan bagi wanita.  Fungsi  rahim ialah untuk melindungi serta menaungi kehamilan untuk tujuan melahirkan zuriat.

Tanpa organ ini, wanita itu pincang atau tidak cukup sifat, dan ada di antara mereka menyangka, kuranglah salah satu organ pembiakan wanita

Sebenarnya, ada dikalangan wanita yang dilahirkan tanpa rahim. Ini adalah keadaan semulajadi yang disebabkan oleh sesuatu gejala yang timbul dalam proses pembentukan organ , seperti saluran faraj dan kilang ovari.Wanita ini masih mempunyai sifat fizikal, perwatakan dan lain-lain ciri kewanitaan, akan tetapi dia tidak didatangi haid, tidak berpeluang untuk hamil dan melahirkan .

Begitu juga keadaannya di kalangan wanita yang telah menjalani pembedahan untuk membuang rahim. Apa yang kurang pada dirinya ialah dia tidak didatangi haid setiap bulan sedangkan fungsi-fungsi lain adalah seperti biasa.

Pusingan haid bagi wanita adalah sangat penting untuk menunjukkan bahawa dia subur dan mempunyai perkakas peranakan yang normal.

 

Mengapa Rahim Perlu Dibuang?

Di Malaysia, kita masih lagi bersikap konservatif dan doktor tidak begitu bebas untuk melakukan pembedahan membuang rahim.
.
Membuang rahim oleh sebab perkara-perkara yang agak remeh boleh menimbulkan beberapa masalah emosi dan mental di kalangan wanita dan ia mungkin boleh menjejaskan hubungan kelamin.
.
Tetapi, pembedahan untuk membuang rahim tidak boleh dielakkan dalam keadaan-keadaan seperti yang berikut:
.
Bagi kanser pangkal rahim, bukan sahaja rahim dan pintu rahim yang akan dibuang tetapi juga melibatkan sebahagian atas saluran faraj, kelenjar-kelenjar di sekelilingnya, dan kilang telur juga dibuang. Ini adalah pembedahan radikal yang besar dan ia dilakukan untuk menyelamatkan wanita tersebut.
.
Jika wanita itu masih muda dan wanita itu menghidapi penyakit kanser ovari, mungkin hanya ovari yang terlibat sahaja yang dibuang, dan dia cuba mempertahankan rahim atau ovari yang lain, demi untuk kemungkinan wanita ini melahirkan zuriat di masa hadapan.
.
Pembedahan untuk membuang rahim memang tidak boleh dielakkan dalam penyakit kanser yang melibatkan peranakan &  bertujuan menyembuhkan penyakit tersebut dan untuk memberi peluang wanita itu hidup lebih lama lagi, walaupun adakalanya setelah dibedah wanita itu masih lagi menghidapi penyakit kanser.

.

2. Fibroid

Ketumbuhan fibroid yang menimbulkan masalah seperti pendarahan yang banyak dan berpanjangan memerlukan pembedahan dan kadangkala rahim perlu dibuang bersama dengan ketumbuhan tersebut. Itu pun jika wanita itu telah mempunyai anak dan tidak berhasrat untuk mempunyai anak lagi. Tetapi bagi wanita yang masih mudah dan masih inginkan zuriat, biasanya doktor hanya membuang ketumbuhan fibroid sahaja.
.
Banyak ketumbuhan fibroid tumbuh semula setelah dibedah jika rahimnya tidak dibuang pada ketika itu. Oleh itu, wanita berkenaan perlu berwaspada dan patut membuat pemeriksaan setiap tahun atau enam bulan sekali, sama ada ketumbuhan itu tumbuh semula atau tidak.
.
Jika ketumbuhan itu masih berulang semasa pembedahan yang pertama, pembedahan yang kedua perlulah dilakukan untuk membuang rahimnya.
 
Penyakit endometriosis adalah disebabkan oleh tumpuhan atau limpahan darah di luar rahim akibat tisu endometrium tumbuh di luar rahim seperti di kilang telur ovari, di belakang rahim, di hadapan rahim, saluran Falloppian dan di kawasan sekitar seperti pundi-pundi air kencing dan saluran kencing.
.
Masalah utama yang dialami oleh pesakit endometriosis ini ialah senggugut dan ketidaksuburan atau kemandulan, seterusnya menyebabkan masalah-masalah haid yang mungkin berlebihan atau berpanjangan dan teruk yang mungkin menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin.
.
Peranakan jatuh mungkin menyebabkan ketidakselesaan kerana setiap kali wanita berkenaan berdiri, meneran atau batuk, rahimnya terkeluar.
.
Tetapi, apa yang kadang-kadang menyulitkan wanita ialah apabila dia bersin, batuk, mengangkat benda-benda yang berat dan kadang-kadang ketika sujud dalam sembahyang dia terkencing.
.
Inilah yang menyulitkan mereka kerana ia akan membatalkan sembahyang, dan jika prolaps rahim menimbulkan masalah perkencingan dan lain-lain perkara perlulah dibedah.
.
Pembedahan ini biasanya dilakukan melalui saluran faraj dari bawah, tidak ada parut di perut dan biasanya rahim akan dibuang sama sekali.
.

5. Pendarahan Ketika Atau Selepas Bersalin

Pendarahan yang berlaku semasa atau selepas bersalin, mungkin akibat rahim tidak menguncup, rahim lemah ataupun uri melekat dan tidak boleh langsung dipisahkan, ataupun lain-lain punca seperti kecederaan akibat daripada pembedahan ataupun kelahiran secara forseps atau vakum.
.
Apabila pendarahan berlaku dengan begitu banyak, ia akan mengancam nyawa ibu tersebut dan doktor akan cuba berbagai-bagai cara untuk mengatasi pendarahan ini untuk menyelamatkan ibu dengan cara melakukan pembedahan kecil untuk membuang uri jika ia melekat. Ada wanita memerlukan darah sampai 40 hingga 50 botol demi untuk menyambung nyawanya.
 .
Akhirnya, rahim terpaksa dibuang untuk menghentikan pendarahan tersebut, jika ia berdarah seperti air paip dan darah yang dimasukkan melalui tranfusi tidak akan dapat menampung atau mengatasi tumpahan darah yang begitu banyak daripada saluran rahim.
 .

6. Pendarahan Yang Luar Biasa

Satu keadaan yang sering mengganggu wanita ialah pendarahan yang berpanjangan dan tidak tentu masa. Pendarahan luar biasa ini adalah disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak seimbang dan dalam istilah perubatan kita, ia dinamakan dysfunctional uterine bleeding.
.
Sebenarnya kes-kes seperti ini perlulah dirawat secara konservatif dulu, iaitu dengan ubat-ubatan ataupun dengan pembedahan kecil seperti D & C, dan juga lain-lain rawatan sokongan.
.
Satu lagi perkara yang boleh menyebabkan pendarahan luar biasa ini ialah wanita yang terlalu gemuk. Wanita ini memerlukan rawatan sokongan diet, bersenam untuk menguruskan badan mengikut apa yang sewajarnya bagi ukuran ketinggiannya.
.
Sebelum kita melakukan pembedahan untuk membuang rahim oleh sebab pendarahan yang luar biasa yang mungkin disebabkan ketidakseimbangan hormon.
 

Apakah Kesan Kesan Selepas Membuang Rahim?

Kebanyakan kesan pembuangan rahim adalah menghadapi simptom simptom seperti wanita menopaus. Antaranya adalah

  • masalah emosi
  • hormon tak seimbang
  • kulit kering
  • panas badan
  • hubungan intim suami isteri menurun
  • sukar mendapatkan zuriat

Apakah Membuang Rahim Adalah Keputusan yang Terbaik ?

Pembedahan rahim adalah satu pembedahan yang besar. Sebelum keputusan dibuat, wajarlah berunding secara bersama-sama antara suami isteri. Namun, dalam konteks masyarakat kita, khususnya masyarakat Islam, mungkin juga ada baiknya perbincangan dan nasihat perlu didapati daripada ibu-bapa wanita berkenaan.

READ :  10 Tips dan Cara Mengurangkan Morning Sickness

Bagaimanapun, rundingan daripada rakan-rakan tidak diperlukan kerana mungkin akan memberi pelbagai jenis pandangan yang mungkin bercanggah. Doktor adalah orang yang sebaiknya untuk mendapat nasihat dan pandangan. Nasihat dan pandangan dari seorang doktor mungkin tidak mencukupi.

READ :  10 Tips Penting untuk Mengekalkan Kesihatan Kulit Wajah

Jadi, elok juga mendapatkan pandangan yang kedua atau ketiga dari doktor lain sama ada pembedahan ini perlu dilakukan. Tetapi, dalam kes-kes yang begitu jelas sekali seperti ketumbuhan besar, kanser dan sebagainya, tidak ada pilihan yang lain dan tidak perlu mendapat pendangan doktor lain.

READ :  Kecutkan Bengkak Tiroid Tanpa Pembedahan

Sebaiknya , sebelum membuat keputusan membuang rahim .Eloklah kiranya anda ikthiar dengan cara alternatif yang boleh mengelakkan dari pembedahan rahim dibuang.

Apakah Vitamin Shaklee dapat Membantu ?

Testimoni 1 : Pembedahan Rahim Dibatalkan.

Puan Fazila dari Kota Kinabalu Sabah yang mengalami masalah kesuburan kerana cyst yg dah membesar 10cm dan tiada ovum yang dihasilkan. Fazila sangat kecewa dan terus google ‘vitamin tambah telur’ dan ter jumpa info
.
Beliau terus mengambil GLA setiap hari selama 2 bulan sebelum masuk pembedahan. Semasa pembedahan , hanya cyst yang tumbuh sahaja dibuang tanpa melibatkan rahim.
.
Kali terakhir saya jumpa fazila semasa saya ke sabah dia mengandung dah 8 bulan.  dan sekarang baby pun dah selamat dilahirkan dengan sihat. Bayangkan  pada satu ketika rahim hampir dibuang. alhamdulillah dengan izin Allah swt kini dan GLA sebagai asbab kini dah selamat pun mendapatkan anak.

Testimoni 2: Kesan Selepas Pembuangan Rahim Berjaya Diatasi

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, antara kesan wanita yang membuang rahim adalah gejala menopause yang ketara kerana kekurangan hormon kewanitaan dan rahim sudah tidak berfungsi mengeluarkan ovum.

Pesakit ini berusia 27 tahun,  terpaksa membuang rahim akibat kanser ovari. Selepas itu ,beliau menghadapi gelaja menopause sehingga menjadikan belaiu tak selesa dan kurang berkeyakinan. Beliau mencari alternatif dengan Vivix Shaklee dan Gla Complex.

Selepas itu, kesan dari pengambilan kedua vitamin itu, beliau kembali aktif seperti biasa dan tiada lagi gejala menopause seperti yang dirasakan sebelum ini.

———————————–
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
.
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
.
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.
ATAUPUN
♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Risiko Pembuangan Rahim Pada Wanita was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.