Risiko Kuman GBS : Waspada Keputihan Semasa Hamil!

GBS ni bukan Geng Bas Sekolah ye  Ianya Group B streptococcus (GBS).Tapi jangan pandang remeh pada masalah keputihan semasa hamil kerana anda mempunyai risiko terkena jangkitan kuman GBS, sesetengahnya boleh akibatkan risiko jangkitan kuman pada bayi!

Ibu mengandung yang pembawa kuman GBS tak macam ibu hamil lain. Setiap kali mengandung kena inform nurse, kena dapat rawatan khas.

Tetapi, berdasarkan beberapa blog yang saya baca, salah satu tanda yang perlu anda AMBIL SERIUS, adalah jika anda mengalami heavy discharge(keputihan) semasa hamil dan kegatalan pada Miss V.
… Harini, saya nak kongsikan beberapa info mengenai GBS semasa mengandung 🙂

Apa itu GBS?

GBS adalah Streptokokus Kumpulan B juga dikenali dengan strep B merupakan salah satu bakteria yang hidup dalam badan manusia.

Kuman GBS ini biasanya hidup di kawasan seperti usus, Miss V atau rektum. Kuman ini tidak boleh dipindahkan melalui hubungan seks dan ianya bukan penyakit kelamin.

Dianggarkan, 1/3 daripada kita “membawa” bakteria GBS ini di dalam usus badan tanpa kita sedari.

Menurut Dr. Suhaimi, GBS ni adalah jangkitan bakteria atau kuman yang boleh didapati pada 20% wanita dewasa yang sihat di kawasan Miss V (vagina) dan/atau rektum(dubur) mereka.

Tapi, untuk mengesahkannya, ibu hamil tersebut perlulah menjalani swab test yang saya sebutkan tadi.

Walau bagaimanapun, (dalam kes-kes yang jarang berlaku), GBS boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian di kalangan bayi yang baru lahir.
.
Wanita yang telah dijangkiti kuman GBS ini boleh memindahkannya kepada bayi semasa proses kelahiran.

Diagnosis jangkitan kuman GBS semasa hamil?

Biasanya jika si ibu semasa mengandung mengalami keputihan yang teruk perlu adukan kepada doktor masalahnya. Untuk mengesahkan sama ada ibu hamil adalah pembawa kuman GBS atau GBS positive carrier ke tak.
.
Ibu perlulah menjalani ujian atau screening ‘swab test’ di mana sampel kultur akan diambil dari kawasan Miss V dan rektum untuk mengesahkan kehadiran spesis kuman ini.
Ini kerana pembawa kuman GBS ini tidak mengalami apa-apa tanda atau simptom untuk kita mengesannya dengan lebih awal.
 

Bagaimana jika saya disahkan positif GBS semasa hamil?

Jika semasa hamil anda disahkan GBS positif, ini bermaksud bahawa andalah seorang pembawa.

Jadi, anda perlulah mengetahui dan memahami segala risiko yang MUNGKIN bakal anda dan bayi alami dan juga rawatan yang bakal diberikan.

pengalaman gbs positif,cara merawat kuman gbs,tanda gbs semasa mengandung,,pembawa kuman gbs
 

Risiko GBS Semasa Hamil Berbahaya Pada Ibu Mengandung dan Bayi

Kuman GBS tidak membawa kesan apa-apa kepada kita kerana kita mempunyai sitem imun yang kuat. Namun tidak bagi golongan immunocompromised – pesakit AIDS, atau pesakit under chemotherapy, atau kekurangan zat, geng2 GBS positif ni boleh menyebabkan jangkitan yang serius di dalam darah.
Begitulah juga bayi yang baru lahir, tiada sebarang antibodi, tidak mampu mempertahankan diri jika terdedah kepada kuman GBS ini.
 .

Kesan GBS pada ibu

Risiko GBS pada ibu adalah ;

  • kelahiran pra matang
  • Keguguran
  • Bayi meninggal dalam perut
  • Air ketuban pecah awal
READ :  Kitaran Haid Tak Teratur, Mungkin Ini Sebabnya

.

Kesan GBS pada bayi

Kebanyakkan bayi yang kena GBS semasa lahir dan mereka selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah.
.
Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal.
.
GBS boleh menyebabkan jangkitan yang teruk pada bayi yang baru lahir, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai ‘jangkitan permulaan awal’).
kesan gbs pada bayi,jangkitan kuman dalam darah bayi baru lahir,tanda bayi gbs
Kesan gbs pada bayi
 Biasanya boleh menyerang bayi yang dilahirkan secara normal oleh ibu,  dan tidak kepada bayi yang dilahirkan secara Csarean (C-section).
  • mengalami jangkitan kuman teruk ( sepsis )
  • jangkitan pada peparu ( pneumonia )
  • jangkitan pada lapisan otak ( meningitis )

Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi, dengan rawatan segera dan optimum, banyak bayi akan sembuh sepenuhnya.

Perlu diingatkan, dalam bayi yang terkena jangkitan GBS ini, 1 dalam 19 ( 5.2 %) akan meninggal dan dalam yang terselamat tu, 1 dalam 14 ( 7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang.

 

Pemantauan Selepas Bayi Dilahirkan

Jika bayi anda berisiko untuk  mendapat jangkitan GBS, sebaik sahaja dilahirkan: –
  • Bayi akan terus diperiksa oleh pakar pediatrik atau ditempatkan di NICU untuk pemantauan.
  • Jika ibu dan bayi sihat dan ibu telah mendapat IV antibiotik secara penuh, bayi juga mungkin akan diberikan antibiotik. Bergantung padaa kesihatan bayi, rawatan antibiotik selama 5 hari. Antibiotik yang diterima ialah C-Pen (Penisilin) dan Genta (Gentamicin).
  • Jika ibu dan bayi sihat tetapi ibu tidak sempat atau tidak mengambil antibiotik, bayi biasanya akan diberikan antibiotik sehingga dipastikan beliau telah benar-benar selamat.
  • Jika bayi atau ibu menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, antibiotik juga akan diberikan dengan segera.
 .
Tidak dinafikan pemberian antibiotik boleh mendatangkan kesan sampingan kepada bayi. Oleh yang demikian, berbincanglah dengan Doktor bagi  membolehkan anda menimbangkan rawatan yang terbaik untuk bayi anda.
Kebiasaannya pakar kanak-kanak akan memilih rawatan yang mengutamakan keselamatan  dan melindungi bayi berbanding risiko kesan sampingan yang lebih kecil.
 

Bersalin secara Ceaser atau Pembedahan ?

Bayi yang lahir melalui kaedah ceaser (pembedahan) adalah kurang berisiko untuk menerima jangkitan GBS kerana kelahiran ini tidak melalui bahagian peranakan ibu.
.
Walaubagaimanapun bayi masih boleh dijangkiti sekiranya air ketuban telah pecah terlebih dahulu atau sekiranya proses untuk bersalin telah pun bermula.
 .
Oleh yang demikian bersalin secara pembedahan bukanlah jaminan  bahawa bayi tidak akan terkena jangkitan GBS.
.
Kebiasaannya, Gynae  tidak mengggalakkan kaedah kelahiran secara pembedahan sekiranya ibu boleh bersalin nomal kerana ianya boleh mendatangkan risiko lain kecuali jika ibu memang perlu dibedah di atas sebab-sebab yang tertentu.
 

Bagaimana mengurangkan risiko jangkitan GBS kepada bayi?

  • Jika sample air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus dimulakan rawatan antibiotic. Jangan berlengah ! Rawatan antibiotic juga perlu ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah.
  • Kalau sample dari vagina yang menunjukkan ada GBS – rawatan antibiotic ini perlu ketika dalam proses bersalin sahaja – diberikan melalui salur darah
  • Jika ada bayi yand terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas-lepas, kena berikan antibiotik ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur dara
  • Jika air mentuban pecah sebelum 37 minggu, dan ibu ada GBS, kehamilan perlu di induce – bayi perlu dilahirkan tanpa berlengah untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman GBS. Jangan lupa antibiotic juga turut diberikan melalui salur darah.
  • Walaupun seseorang wanita tu takda GBS, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman ketika nak bersalin, ibu akan diberikan antibiotic juga melalui salur darah yang merawat banyak bacteria termasuk kuman GBS.
  • Jika proses bersalin sudah bermula selepas 37 minggu ( kelahiran pramatang ) doctor akan menasihatkan ibu menerima antibiotic dalam salur darah walaupun takda GBS.
READ :  BERSALIN NORMAL ATAU C-SECT, BUKAN HANYA KERANA SAIZ BAYI

gbs semasa mengandung ,risiko gbs pada bayi ,bahaya gbs pada bayi

 

Tanda Tanda Bayi Dijangkiti Kuman GBS

Bayi yang terkena jangitan kuman GBS akan menunjukkan

  • Nafas berbunyi, susah untuk bernafas
  • Selalu mengantuk dan tiada respon
  • Otot-otonya lembik
  • Tidak minum susu dengan baik, atau kurang susu
  • Demam atau mempunyai suhu rendah
  • Perubahan pada warna kulit ( blotchy skin )
  • Nadi bayi menjadi laju atau terlampau perlahan
  • Tekanan darah menjadi rendah – boleh dikenalpasti di hospital
  • Paras gula darah bayi rendah – bole dikenalpasti di hospital
READ :  7 Cara Mengatasi Keputihan Semasa Hamil

Jika ada tanda-tanda ini, hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor. Jika lewat boleh menyebabkan kesan yang serious sehinggan boleh membawa maut.

 

Rawatan alternatif untuk Atasi GBS semasa mengandung

Sebaik-baiknya, ibu yang mengandung akan memulakan rawatan pada kira-kira 32 minggu, selepas pengesahan kehadiran GBS.

Rawatan ini akan menguatkan sistem imun dan membantu untuk memulihkan flora faraj sihat, membolehkan tubuh untuk membetulkan penumbuhan yg terlalu cepat bakteria. Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu:
cara menghilangkan kuman gbs,cara merawat kuman gbs,keputihan gbs,tanda gbs semasa mengandung
Produk shaklee untuk keputihan semasa hamil,melawan kuman GBS
1000mg sehari dengan bioflavinoids – untuk menyokong sistem imun dan menguatkan pundi amnion untuk mengelakkan pecah awal yang boleh meningkatkan kemungkinan jangkitan GBS.
 .
Garlic Complex iaitu ekstrak bawang putih , adalah antibiotik semula jadi dan telah ditunjukkan dalam vitro (dalam makmal hidangan petri) untuk membunuh bakteria dan juga yis. Dalam beberapa kajian penting yang dilakukan di China
 

 Testimoni Pengguna

# Testimoni 1 : Setelah amalkan 3 minggu vitamin shaklee, gatal gatal dah banyak berkurang. Dapat melawan kuman GBS semasa mengandung

# Testimoni 2: Vitamin Shaklee selamat ibu mengandung dan meningkatkan imun badan.

 
————————————
Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
.
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :
 
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
Risiko Kuman GBS : Waspada Keputihan Semasa Hamil! was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.