Resepi Khas Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

Sukar nak jaga orang berpantang ni kan? Kerana mereka memerlukan penjagaan yang rapi dari segi makanan. Tersalah makan, buruk padanya. Ditambah pulak jika ibu yang berlahir secara pembedahan, jika tersalah makan takut luka jahitan berair , bentan, badan masuk angin dan lambat sembuh. 
 .
Resipi yang saya ingin kongsikan ini bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.
 .
Selamat mencuba !
 

 Resepi  Khas Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

#1 : Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
  • Lada hitam
 .
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
-Gaulkannya sebati

.

#2 :  Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan tenggiri kering
  • 2 biji lada besar
  • ½ biji bawang besar dihiris
 .
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas
 .

#3 :  Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Lada hitam
 .
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

.

#4 : Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:

  • Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
  • 1 labu bawang besar
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Sedikit air asam jawa & gula
 .
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
 .

#5 :  Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:

  • 100g ikan bilis putih
  • 3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 2cm halia dimayang
  • 6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
  • 6 biji cili padi diketuk
  • Minyak
 .
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan
 .

#6 : Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:

  • Sebiji bawang besar dimayang
  • Ikan bilis
  • Jeruk lobak
  • Sebiji telur
  • Cili mesin 1 sudu
 .
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.
 .

#7 : Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (lebihkan)
  • Ikan bilis putih
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam
READ :  Langkah Mengatasi Penyakit Kulit (Kurap,Ekzema,Bisul,Kurap,Panau)
 .
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
 .

#8 : Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:

  • 1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
  • 5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
  • 6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
  • 3 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm hirisan halia muda
  • ½ camca ketumbar
  • ½ camca jintan manis
  • ½ camca jintan putih
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

.

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.
 .

#9 : Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:

  • 600g hati lembu direbus dan dipotong
  • 4 sudu besar lada putih
  • 2 sudu besar serbuk rempah
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • ½ sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 labu bawang besar
  • Garam/ Ajinomoto secukup rasa
  • 1 batang daun bawang untuk hiasan

.

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang
 .

#10 : Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • 4cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
 .
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
 .

#11 : Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang

.

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
 .

#12 : Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:

  • Daging batang pinang dihiris nipis
  • Halia dimayang halus
  • Bawang Putih diketuk
  • Bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
  • Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
READ :  Atasi Masalah Rambut Berkelemumur dengan Berkesan
 .
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
 .

#13 : Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:

  • Daging hihiris halus
  • Lada hitam secukup rasa
  • Halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos Cili/Cili mesin
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Garam/serbuk perasa
 .
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
 .

#14 : Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 1 batang serai dititik
  • 1 sudu jintan manis
  • ½ sudu jintan putih
  • 1cm kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • Air asam jawa
  • ½ cawan air
 .
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut
 .

#15 : Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Daun salam dan daun kunyit

.

Bahan A:

  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Jintan Manis
  • Lada Hitam
  • Serai & Halia
  • Gula Melaka – dicincang halus
  • Lemon – diperah
  • Santan
  • Garam
  • Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
  • (Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
READ :  Sakit Selepas Mengambil Vitamin Shaklee?
 .
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
 .

#16 : Lengkuas Muda Masak Lada Merah

(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
 .
Bahan-bahan:

  • Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Lada merah
 .
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
 .

#17 : Turi Masak Asam Rebus

(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:

  • Daun Turi
  • Ikan BilisAsam Keping
  • Bawang merah
  • Kunyit Hidup
  • Ikan Bilis
  • Lada merah
 .
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.
.
.
Inilah 17 resipi yang anda boleh sajikan pada orang yang berpantang, dan sebaiknya jauhi benda benda sejuk kerana dikhuatiri boleh menyebabkan badan berasa tak selesa dan sakit urat dimasa hadapan
 
————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :
 
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
Resepi Khas Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.