Rawat Penyakit Ekzema Pada Kulit dengan Berkesan dan Tanpa Steroid

Tak sanggup rasanya lihat baby sendiri gatal-gatal badan dan bintik ruam merah sebab ECZEMA, Ibu bapa mana sanggup lihat baby menderita di sebabkan eczema. Apabila ekzema menyerang, kesan ketara dapat dilihat.
  • Kulit baby akan menjadi merah, kering, melepuh, berair, berkeruping & berwarna perang.
  • Radang pada kulit dan kita yang lihat pun tau mereka gatal yang amat.
 .
Paling sedih bila lihat si anak menggaru sampai berdarah sebab tak tahan gatal. Kepedihan gatalnya hanya tuhan yang tahu bertapa pedih terutama apabila terkena peluh.Makin digaru, makin banyak pula yang merebak sehingga kadang kala menjadi kudis besar.

Ekzema atau alahan pada kulit juga sejenis penyakit autoimun yg menunjukkan simptom keradangan kulit seperti gatal-gatal, kulit kering, kulit bersisik, kemerahan, ruam, keluar cecair yg bersifat acrid (gatal, panas & menyakitkan)

.
Kebiasaannya si anak akan tetap ‘menggaru’ sampai beruam balik, bila panas, rasa gatal-gatal datang balik dan merebak semula dibahagian peha, tangan & badan. Akan lebih rasa pedih & terusan menangis
 .
Inilah yang berlaku pada si comel Ruhil , yang mengidap Eczema atau alahan pada kulit sejak dari bayi dan sekarang banyak perubahan positif yang dialami

Kisah Si Ruhil dan Masalah Ekzema Pada Kulit

eczema,kulit kering, kulit bersisik, masalah kulit,alahan pada kulit,ruam kulit,ruam panas,shaklee dan ekzema
” Assalamualaikum
Cuba tengok gambar kat bawah ni. Agak-agak apa perasaan mak ayah bila anak berkeadaan macam ni (Gambar Before)? Masa ni Ummi dia sorang je yang sanggup cium dia. Siap ada kuar air yang bau hanyir tu.
.

Punca Ekzema :

Al –kisahnya, Ruhil (Anak no.2 saya) terkena chicken pox mas umur 3 bulan. Lepas je sembuh dari chicken pox, antibodi dia down dan seluruh badan dia merah-merah. Paling ketara kat bahagian muka.
.

Usaha untuk merawat Ekzema :

Tiga kali kami ulang alik ke Klinik dan 3 kali jugak bertukar ubat. Tapi setiap kali tukar ubat tu keadaan tidak pernah bertambah baik. Kali ketiga kami mintak di refer ke pakar kulit, tapi doctor refuse, dia suruh jugak pakai ubat dari klinik dia. Masa ni hati dah rasa terbakar dah. Dia siap kutuk lagi doctor pakar. Adeh.Then, kami decide pergi je ke Ko. Skin Care.
.
Alhamdulillah lepas 3 hari makan ubat dari Ko. Skin Care dan pakai ubat sapu yang diaorang bagi, keadaan muka Ruhil bertambah baik. Tapi, memang jelas ketara kulit Ruhil menipis dan menegang.
.
Basically, ubat yang di bagi adalah sama je. Untuk makan (ubat anti radang), untu sapu, cream Aquous (macam tula namanya dah lupa). Tapi cara application salah. Sepatutnya bila merah2 dah menebal, cream aquos tu dah tak boleh sapu direct ke kulit. Kene buat macam sabun mandi.
.
Apa yang saya dapat dari Ko skin care?
1) Eczema adalah penyakit keturunan – Memang confirmla kan, Umminya ada resdung, abinya ada asma masa kecik dulu.
.
2) Jaga persekitaran – No Carpet kat rumah, no bantal bulu, no bantal kekabu. Baju pun kami cuci guna set get Clean Shaklee. 100%
.
3) Jaga pemakanan – Huhu, yang ni paling mencabar. Disebabkan si Ruhil ni 100% EBM, maka si Ummi terpaksa menjadi vegeteranian selama 3 bulan. EBM yang dalam stok? Pada awalnya, ingat nak buang, tapi sayang sangat-sangat. Hampir 100 botol tu. (3oz setiap botol). Last-last decide cuba bagi kat abang dia minum dulu. Alhamdulillah, abangnya minum je. Hihi. So bermulalah episod buat stok baru.
.
Selama 3 bulan jadi herbivor (Makan sayur je), kulit ruhil dah semakin baik. So, Ummi dah mula cuba-cuba jadi karnivor, Daging lulus. Ayam lulus. Ikan (hmmm ada yang lulus ada yang tak), telur lulus.
.
Seafood? Kirim salam, until we meet again lepas ruhil dah cerai susu. Bawah ni gambar masa umur dia 6-7 bulan (Gambar After). Berkat Ummi dia jaga makan. Hihihi.mulus je kulitnya.
.

Kesan Penggunaan Shaklee :

Panjangnya sejarah cerita eczema Ruhil ni kan?. Hihi, terima kasih kerana masih sudi membaca. Ok sekarang masuk bab macam mana kisah cinta Ruhil dan Omega Guard bermula.
.
Bila umur Ruhil dah masuk setahun, saya mula bagi dia makan Omega Guard sebiji sehari. Bila dah umurnya 2 tahun setengah, dah di upkan dos jadi 2 biji sehari. Kadang-kadang mungkin lebih kalau tak sempat sorok, sebab dia dah pandai bukak botol sendiri. Sekarang ni tempat paling Selamat untuk Omega Guard ni adalah dalam freezer atas sekali.
.
Boleh tengok ada merah2 kat muka dia. Tapi merah camni tak perlu makan ubat and sapu apa2 creame. Nanti merah-merah tuh hilang sendiri.
.
Kandungan EPA dalam Omega Guard membantu mengurangkan simptom inflamasi pada kulit Ruhil. Yes, perlukan masa dan harus konsisten untuk hasil yang positif. Apapun saya bersyukur pada Allah, sebab Ruhil dapat jugak menikmati rasa seafood yang ohsem tu. Hihi.
.
Sekian.

Kenapa anda perlu merawat EKZEMA dengan kadar segera?

Ekzema adalah 1 penyakit yang akan berulang-ulang jika tidak di rawat terus. Kebarangkalian ia datang semula tu ada dan biasanya jika dah tahap teruk ia akan mengakibatkan gatal-gatal yang teruk pada penghidap.
.

Omega Guard Bantu Kurangkan Eczema Dengan Empat Cara

 

Hasil kajian menunjukkan masalah eczema tidak akan hilang tetapi kita boleh mengurangkan kejadian eczema pada tubuh bayi antaranya dengan mengamalkan minyak Omega Guard Shaklee. 
 .
Omega Guard kaya dengan DHA dan EPA iaitu asid lemak omega 3 yang dihasilkan daripada ikan laut dalam. Kelebihan Omega Guard ialah dapat membantu mengurangkan keradangan kulit dan eczema dengan cara:
  1. Menguatkan membran sel – mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan
  2. Melembabkan sel-sel kulit – mengelakkan kulit kering dan mengurangkan eczema
  3. Menjadikan kulit lebih berisi dan lembut.
  4. Sangat membantu bagi orang yang mempunyai masalah eczema yang kronik
READ :  Jenis Jenis Tibi Dan Penawarnya ,Berserta Testimoni

.

Untuk Kanak-kanak 2 tahun ke bawah hanya sebiji Omega Guard Shaklee diperlukan untuk menyelesaikan masalah eczema mereka.  Dapatkan konsultasi esklusif sukatan Omega Guard bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas dari saya.
 .
 .

Krim Herbal Blend , Bebas Steroid

Terdapat pelbagai jenis krim eczema dijual dipasaran. Tetapi awas, pastikan anda baca label bahan-bahan yang terkandung dalam krim eczema  kerana kebanyakkannya turut ditambah unsur steroid.

.

Walau bagaimanapun penggunaan krim eczema sahaja tidak mencukupi kerana hanya menyembuhkan bahagian luaran kulit sahaja dan bersifat sementara.
.
Kebiasaannya, akan bertukar-tukar jenis eczema krim apabila krim tersebut tidak lagi memulihkan kegatalan pada tubuh. Akibat bertukar-tukar krim eczema  akan membuatkan kulit menjadi kering dan lebih sensitif.
 
————————————
Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Rawat Penyakit Ekzema Pada Kulit dengan Berkesan dan Tanpa Steroid was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.