Rahsia Cepat Hamil dengan Doa & Sedekah

“Jika belum adanya keturunan yang membuatmu gelisah di penghujung malam ini, mintalah Allah ta’ala dengan doa Nabi Zakaria.”
.
Satu kalimat yang membuat saya termenung. Sebuah waktu yang tidak boleh disetarakan dengan waktu
sepi yang dimiliki oleh Nabi Zakaria dalam sebuah penantian yang panjang. Maka hanya doa yang dipanjatkan :
“Tuhanku, jangan biarkan aku sendiri. Dan Engkaulah sebaik-baik Waris  – (QS. 21: 89)”
.

Istighfar dan Sedekah. Perbanyaklah. Setiap saat, teruskan berdoa dan meminta. Misalnya saat mahu berhubungan intim, saat kamu berdiri di dalam kereta, saat kamu bekerja.’

Hanya itu yang bisa saya sampaikan seperti apa yang diriwayatkan oleh Abu Hanifah dalam Musnadnya, dari Jabir bin Abdullah ra, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad saw sambil berkata:

“Wahai Rasulullah! Aku tidak dikurniakan seorang anak pun dan aku tidak memiliki anak.”

Maka Rasulullah saw bersabda:

“Lakukanlah banyak beristighfar dan banyak bersedekah, kerana engkau akan diberi rezeki anak kerana sebab keduanya.” Lalu laki-laki ini memperbanyak sedekah dan istighfar.

READ :  Tingkatkan Selera Makan dan Berat Badan Anak dengan Mealshake

Jabir berkata, “Maka orang ini dikurniakan sembilan anak lelaki.”

Apalagi sudah jelas dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12 , disebutkan tentang janji Allah kepada orang yang meminta ampunan kepadaNya, maka Ia akan memberikan banyak rupa kebaikan dan salah
satunya adalah memperbanyak harta dan anak. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.

.

.
Istighfar itu tanda kepasrahan dari hamba yang sedar kalau dirinya lemah, membawa kedamaian, menjadikan lapang atas setiap kesedihan, jalan keluar atas setiap kesempitan, dan membuka datangnya rezeki dari arah yang tiada terduga.
 .
Sedekah diselangi dengan istighfar. Sedekah itu pembuktian adanya iman di dada, ia menghapus kesalahan, menjauhkan dari kematian yang buruk, menghindarkan dari musibah, ia mengubati orang-orang yang sakit.
 .
Sungguh besar KUASA SEDEKAH itu. Lakukanlah secara istiqamah SETIAP HARI tanpa putus dan berniatlah … “ Ya Allah, semoga sedekah yang ikhlas ini akan kau pulangkan semula kepadaku dengan rezeki Anak”
 .
Rasulullah bersabda : “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (HR. Baihaqi)
 .
“Ujian yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, anak, dan jiran tetangganya bleh dihapukans dengan puasa, solat, sedekah dan amar makruf nahi munkar.” (HR. Bukhari dan Muslim)
 

Wanita Mandul Itu Boleh Hamil

Ada seorang wanita yang mendapat dugaan dengan kemandulan, beliau tak dikurniakan anak. Para doktor telah berputus asa dari kemungkinan ia boleh hamil, dan bahawa penyakit itu memang tidak ada penawar.
.
Maka, Allah Ta’ala memberikan taufik kepadanya agar ia bersedekah kepada seorang wanita fakir. Sesudah ia bersedekah kepada wanita itu, ia meminta kepadanya agar mendoakan dirinya dikurniakan anak soleh. Setelah berlalu tiga bulan, wanita itu pun mengandung dua anak kembar !!
 .
Pengharapan besar, doa yang terucap sepenuh keyakinan, sedekah yang seikhlas-ikhlasnya, permintaan ampunan tertuturkan dengan sebenar-benarnya permintaan, dari hati yang dilembutkan oleh madrasah ramadhan, pada waktu yang mustajab, variabel mana lagi yang akan membuat Allah tidak mewujudkan semua keesaannya?
 .
Inilah ikhtiar
 .
Semoga manfaat
.
“Ya Allah, berikanlah kemudahan saudari-saudariku atas harapannya untuk memiliki anak, menggendong bayi yang sihat, keturunan yang membanggakan mereka, membahagiakan dia dan keluarganya.”
————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
.
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
 .

☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan

READ :  Jenis Ubat-ubatan Yang Menjejaskan Penyerapan Kalsium,Risiko Tinggi Tulang Reput atau Osteoporosis
Rahsia Cepat Hamil dengan Doa & Sedekah was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.