10 Tips Atasi Sakit Gigi dan Gusi Semasa Hamil

Kebanyakan ibu mengandung , mengalami sedikit pendarahan pada gusi atau sakit gigi  .Sepanjang kehamilan, ibu mengandung perlu menitikberatkan lagi penjagaan gigi dan gusi kerana tubuh lebih sensitif dan tidak boleh mengambil sebarang jenis ubat tanpa preskripsi doktor.

Ibu mengandung boleh mendapatkan rawatan pergigian. Jangan sesekali fikir cabut gigi menyebabkan keguguran, jangan sesekali percaya ubat bius menyebabkan keguguran. Itu semua mitos belaka.

Sakit gigi janganlah diingat perkara biasa. Segera dapatkan rawatan. Jangan ditunggu-tunggu!

Punca Sakit Gigi dan Gusi semasa Hamil atau Mengandung

  • Perubahan hormon semasa mengandung boleh meningkatkan risiko terhadap penyakit gusi melalui pembiakan bakteria jika mulut tidak bersih.
  • Pertambahnya pengaliran darah dalam badan anda mengakibatkan gusi anda bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
  • Kekurangan kalsium dalam badan sebab bayi atau janin menyerap kalsium dari tubuh si ibu
  • Alahan semasa mengandung menyukarkan proses memberus gigi. Ini memberi risiko kepada penyakit pergigian terutama penyakit gusi dan gigi berlubang.
  • Perubahan tabiat pemakanan seperti mengidam makanan manis dan asam ketika mengandung juga meningkatkan risiko gigi berlubang.
  • Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak.
  • Kekurangan kalsium juga merupakan salah satu penyebab sakit gigi dan gigi rapuh..memandangkan ibu hamil perlu lebih kalsium utk menampung keperluan bayi dalam kandungan.

10 tips menjaga & mengatasi sakit gigi dan gusi ketika hamil

Pastikan anda menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi semasa hamil ini. Jika masalah  tidak pedulikan sakit gigi dan gusi, ia mungkin menyebabkan masalah yang lebih serius

Ikuti 10 tips menjaga & mengatasi sakit gigi dan gusi ketika hamil seperti dibawah :

1. JALANI PEMERIKSAAN

Perhatikan di dalam buku merah jambu muka surat dua, ada satu kotak di bahagian bawah untuk diisi oleh doktor gigi. Pastikan ruang ini diisi dengan mendapatkan pemeriksaan di klinik gigi selepas pemeriksaan rutin di klinik ibu dan anak.

READ :  Atasi Masalah Sakit Pinggang Semasa Mengandung

.

2. ASID DARIPADA MUNTAH BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN GIGI

Ada ibu-ibu yang hamil mengalami morning sickness berbulan-bulan lamanya. Asid daripada muntah boleh menyebabkan karies. Pastikan berkumur selepas setiap kali muntah sama ada dengan air atau ubat kumur.

.

3. DIET SEIMBANG PENTING UNTUK PEMBENTUKAN GIGI BAYI

Tahukah anda pembentukan gigi bayi bermula seawal kandungan berusia 3 bulan? Diet sihat mengandungi produk tenusu digalakkan untuk pertumbuhan gigi dan tulang bayi.

.

4. GUSI BERDARAH PERLU DIPERIKSA (GINGIVITIS)

Perubahan hormon ketika hamil menyumbang kepada masalah ini. Kerap kali gusi berdarah ketika memberus gigi. Dapatkan pemeriksaan berkenaan hal ini.

.

5. KURANGKAN MAKANAN MANIS

Apabila mengandung, ada sesetengah ibu yang mengidam makanan manis. Tidak salah, yang penting jangan terlalu kerap dan bersihkan gigi selepas memakan snek.

.

6. MENGIDAM MAKANAN MASAM

Kalau sudah mengidam nak buat macam mana. Tetapi pastikan cuci mulut anda selepas itu kerana asid dalam makanan masam seperti jeruk boleh menyebabkan karies.

.

7. RAWATAN GIGI KETIKA HAMIL ADALAH SELAMAT

Ada yang percaya bahawa wanita hamil tak boleh cabut gigi. Sebenarnya, rawatan gigi semasa hamil adalah selamat. Maklumkan pada doktor gigi anda tentang peringkat kehamilan. Doktor gigi akan rancang temujanji biasanya pada trimester kedua kehamilan.

.

8. RASA NAK TERMUNTAH SEMASA MEMBERUS GIGI (GAG REFLEX)

Ada sesetengah ibu hamil tidak boleh memberus gigi kerana mempunyai gag reflex (rasa nak muntah apabila masukkan sesuatu ke dalam mulut); padahal sebelum mengandung tidak ada pula masalah ini.

Apa yang perlu ibu-ibu lakukan adalah menukar berus gigi kepada saiz yang lebih kecil, berus gigi perlahan-lahan dan ambil sedikit masa. Atau anda boleh tukar ubat gigi kepada jenama lain sekiranya perasa pada ubat gigi yang menyebabkan gag refleks.

READ :  Testimoni dari Brunei : Pengalaman Pn Tini yg sedang hamil anak ketiga,makan suplemen Shaklee..dari ragu2 akhirnya jatuh cinta.

.

9. PENGAMBILAN UBAT TAHAN SAKIT

Seeloknya, ubat tahan sakit gigi perlu konsultasi dengan doktor gigi untuk menilainya. Jadi, jangan ambil sebarangan ya! makan ubat ketika hamil

.

10. JANGAN PERCAYA MITOS

Elakkan mempercayai mitos seperti ini:

  • Hamil menyebabkan gigi akan bergoyang dan perlu dicabut – TIDAK BENAR
  • Gigi ibu-ibu yang hamil rosak kerana kalsium daripada gigi si ibu diberikan kepada bayi untuk pertumbuhan gigi si bayi – TIDAK BENAR

Risiko dan Bahaya Sakit Gigi Semasa Hamil Pada Kandungan

Perubahan dan peningkatan hormon semasa mengandung menyebabkan tindakbalas tubuh dan plak, terjadinya lapisan plak pada gigi.

Jadi, amat mudah ibu mengandung mendapat sakit gigi jika kebersihan gigi dan gusi tidak dijaga dengan betul.

Menyebabkan sistem imun badan si ibu semakin lemah,apatah lagi jika mengalami sakit gigi diikuti batuk atau demam. Juga boleh menyebabkan bakteria yang menyerang gigi merebak pada janin anda

Ibu yang mengalami sakit gigi ,jika tak dirawat dengan betul mempunyai risiko

  • keguguran
  • kelahiran pra matang
  • bayi mati dalam perut
  • bayi yang lahir mempunyai masalah kurang berat badan

Jadi, jangan pandang remeh dengan masalah sakit gigi dan gusi semasa hamil

Vitamin Shaklee Untuk Melegakan Sakit Gigi & Gusi?

shaklee untuk ibu hamil sakit gigi

(1) Ostematrix Shaklee
Ya! Ostematrix (mengandungi Kalsium-Magnesium dengan vitamin D) Shaklee sangat-sangat membantu kita mengatasi masalah sakit gigi.
Kekurangan kalsium boleh meningkatkan risiko penyakit gigi dan gusi.Kan banyak sangat baby tarik kalsium, tu yang mak sampai sakit gigi 😊
ostematrix shaklee untuk ibu mengandung

 .

(2) Sustained Released Vita C  Shaklee

Sustained Release Vita C Plus memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.
 .
Vitamin C juga diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi.
.
Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C yang mencukupi dapat membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan

Testimoni Shaklee Cara Hilangkan Sakit Gigi dan Gusi Untuk Ibu Mengandung Dengan Cepat

Testimoni 1 : Selepas mengamalkan Vitamin Shaklee, tiada lagi masalah kekejangan kaki , sakit gigi dan gusi semasa mengandung dan sembelit

ubat tahan sakit gigi untuk ibu mengandung, shaklee untuk ibu hamil sakit gigi,cara hilangkan sakit gigi dengan cepat
.

Testimoni 2: Sepanjang mengandung ,ada masalah sakit gigi tapi tak boleh cabut. Masa anak kedua, sentiasa amalkan Ostematrix, dan masalah sakit gigi yang rosak takde lansung

ubat tahan sakit gigi untuk ibu mengandung, shaklee untuk ibu hamil sakit gigi,cara hilangkan sakit gigi dengan cepat
.

Testimoni 3: Sejak makan Ostematrix Shaklee , sakit gigi dan kejang kaki memang terus takde

ubat tahan sakit gigi untuk ibu mengandung, shaklee untuk ibu hamil sakit gigi,cara hilangkan sakit gigi dengan cepat
.

Testimoni 4 :

ubat tahan sakit gigi untuk ibu mengandung, shaklee untuk ibu hamil sakit gigi,cara hilangkan sakit gigi dengan cepat

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
10 Tips Atasi Sakit Gigi dan Gusi Semasa Hamil was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

1 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.