Pendarahan Ketika Hamil,Walau Sedikit Tetap Serius

risiko pendarahan semasa hamil,
Pendarahan semasa hamil yang terjadi pada ibu mengandung samada sedikit atau banyak, tetap mempunyai risiko tersendiri.
.
Hati mana yang tak risau,bila berlakunya pendarahan semasa hamil .Takut terjadinya perkara yang tak diingini .

Apakah Risiko atau Bahaya Pendarahan Semasa Hamil Pada Bayi?

Pendarahan semasa  kehamilan kemungkinan menunjukkan atau petanda ada sesuatu yang tidak kena pada kandungan anda, selain menimbulkan risiko terhadap kehamilan

Kemungkinan besar bayi anda dalam keadaan selamat kerana pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat meneruskan kehamilan dengan sihat.

Cuba berfikir dengan positif. Spotting atau pendarahan ringan biasanya hanyalah satu misteri yang tidak membahayakan yang boleh anda lupakan sahaja.

tanda keguguran,pendarahan semasa hamil,pendarahan semasa mengandung,keluar lendir coklat ketika hamil
tanda keguguran dan pendarahan semasa mengandung

Suka untuk saya ingatkan sekali lagi:

Pendarahan awal kehamilan

Pendarahan ringan atau ‘Spotting’ yang NORMAL biasanya terjadi pada 6 hingga 12 hari selepas persenyawaan berlaku.

Pendarahan ringan (spotting) tidak dianggap sebagai satu masalah besar.

Tetapi pendarahan ringan (spotting) atau sebarang pendarahan yang baru saja bermula, lebih-lebih lagi jika ia diiringi dengan sakit perut atau kekejangan dan disertakan aliran darah semakin banyak , memerlukan perhatian serta-merta, sebab ini mungkin merupakan petanda:

  • keguguran
  • kehamilan ektopik (di mana embrio tertanam dalam tiub fallopio bukannya rahim).

Selain itu, darah yang keluar mungkin disebabkan oleh jangkitan pada vagina atau serviks atau polips pertumbuhan tidak berbahaya).  Ketiga-tiga keadaan ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan selepas persetubuhan.

Ada kalanya darah turut keluar selepas ibu hamil melakukan hubungan kelamin kerana ketika mengandung, serviks menjadi lembut dan sensitif.

Jika hal ini berlaku pada anda, elakkan melakukan hubungan kelamin buat sementara waktu iaitu sehingga pendarahan berhenti.

.

Pendarahan semasa Trimester Kedua dan Ketiga

Jika berlaku pada trimester kedua dan ketiga mungkin menunjukkan petanda kurang baik,mungkin masalah yang dihadapi adalah serius .
.
Masalah yang mungkin anda hadapi adalah disebabkan Plasenta Praevia, Accidental Haemorrhage ataupun Incidental Bleeding.
.

Akhir Kehamilan

Jika tompokan darah atau pendarahan berlaku pada lewat 37 minggu kandungan, mungkin ia adalah petanda yang anda hampir bersalin.
.
Tapi jika pendarahan berlaku pada bawah minggu ke 37, disarankan anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin kerana mungkin anda akan melahirkan bayi pramatang

Pengalaman Saya : Pendarahan Semasa Kehamilan

Pendarahan di awal kehamilan ada yang cakap bahaya, ada yang cakap tak..mesti dah keliru nak cari mana jawapan yang betul. Nadia sendiri punya pengalaman pendarahan semasa hamil ini.
Kandungan Pertama 
Pertama, semalam saya hamil yang pertama . Seawal 5 minggu kehamilan, masa tu baru balik bulan madu (berjalan sakan) . Malam sebelum tu dah rasa macam senggugut tapi ingatkan biasa. Tapi, bangun pagi tu ada darah coklat pada panties. Lama kelamaan darah yang keluar semakin merah . Akhirnya , Nadia didapati keguguran.
Menurut doktor yang merawat jika tanda pendarahan + disusuli rasa kejang seperti senggugut ia mungkin disebabkan Threaten Miscarriage (ancaman keguguran)
Kandungan Kedua

Pada awal kehamilan Nadia keluar spotting coklat tanpa rasa cramp atau senggugut selama lebih dari seminggu. Bukan sekali ye, tapi dua kali. Sampai ada ketikanya saya ingatkan dah gugur, sebab lama sangat pendarahan berlaku. Sehinggalah kandungan hampir 3 bulan.

pendarahan semasa hamil,pendarahan semasa mengandung, bunting pelanduk
Alhamdulillah, bila pergi scan untuk sahkan. Dengan Kuasa ALLAH, Nadia tengok baby seronok dok tendang ,menari nari & kandungan saya sihat 🙂 Tapi , sepanjang spotting yg keluar tu hanya bewarna coklat kehitaman ye , bukan merah darah.
.
Apapun , bila berlakunya pendarahan semasa hamil. Ibu ibu tolonglah jangan berteka teki dengan diri sendiri, cepat cepat jumpa doktor. Takut ada yang lebih serius !

Apa yang Perlu anda Lakukan?

1. Berjumpa  Doktor dengan Segera

Sebaiknya berjumpalah dengan doktor anda , walaupun mungin ia tidak membahaya atau sekiranya pendarahan itu akhirnya berhenti sendiri tapi pendarahan diawal kehamilan perlu diambil serius kerana boleh membaw kesan yang saya nyatakan diatas tadi.

Doktor anda mungkin memeriksa bahagian dalam faraj, atau dia mungkin menasihatkan anda supaya membuat imbasan ultrasound. Imbasan boleh mengetepikan kehamilan di luar rahim dan memeriksa keadaan bayi.

READ :  Rawat Sembelit Semasa Hamil dengan Ostematrix Shaklee

Doktor anda mungkin mahu membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencing anda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resus anda juga mungkin akan dijalankan.

READ :  Fibroid Semasa Mengandung : Bersaiz 10cm, Berjaya Mengecut Dan Bersalin Normal

2. Pengambilan Vitamin Prenatal (Semasa Hamil)

Vitamin prenatal sedikit sebanyak membantu badan kita membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan secara baik. Kesihatan yang optimum sangat perlu dititikberatkan sepanjang kehamilan kerana badan kita terpaksa menjaga dan membekalkan lebih nutrisi yang diperlukan untuk si ibu dan bayi didalam kandungan.

.

3. Kurangkan aktiviti harian – Bed Rest

Anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti harian yang akan memberi tekanan kepada badan anda. Aktiviti lasak boleh meningkatkan risiko keguguran.

Nasihatkan ibu hamil yang mempunyai masalah pendarahan disebabkan rahim lemah untuk mengambil bed-rest.Bed-rest bermakna hanya berehat di atas katil tanpa melakukan sebarang aktiviti walaupun menyapu atau mengangkat buku yang berat.

Anda perlukan rehat itu untuk menyelamatkan kandungan daripada keguguran. Jangan tidak tahu yang ada ibu hamil perlu dimasukkan ke hospital seawal kandungan 7 bulan untuk pemeriksaan rapi bagi menjaga kandungan.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Kebaikan & keistimewaan Set Ibu Mengandung Shaklee memang banyak.. Ibu yang sedang meniti trimister pertama (1-3bulan) kehamilan sewajarnya kene segera manfaatkan keperluan vitamin untuk tubuh dan bekalan nutrien untuk pertumbuhan janin yang sihat

Paling penting, set ini dibuat dari bahan semulajadi, tiada pengawet dan 100% menepati keperluan ibu hamil.  Tak perlu risau kandungan bahan kimia berbahaya..ia direka 100% semulajadi yang dibuktikan secara klinikal.

set kehamilan shaklee trimester pertama,vitamin ibu mengandung,suplemen untuk ibu hamil malaysia,supplement ibu mengandung
Vitamin ibu mengandung , Set kehamilan Shaklee

1)Vita-Lea (Multivitamin dilengkapi zat besi)

Vitalea di dalamnya kaya dengan iron (zat besi). Menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

Pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.Disini saya kongsikan dengan anda perkongsian saya sebelum ini mengenai bahayanya pengabaian zat besi semasa hamil 

READ :  Petua Bersalin Normal dengan Mudah Tanpa Pembedahan
.

2) B Compleks (Dilengkapi dengan Asid Folik)

  • B Complex Shaklee lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B, ia adalah ciri ciri vitamin b complex yang baik demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri.
  • Ianya penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.

.

3) Vitamin C 

  • Vitamin C sangat penting untuk imunisasi dan penjagaan kulit.
  • Perubahan  hormon ketika mengandung mungkin ada ibu-ibu mengandung mengalami kulit berjerawat, kulit kusam dan sebagainya.
  • Membantu meningkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
.
4) OsteMatrix 
  • Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ketika mengandung, kalsium diserap oleh baby kerana itulah badan sering saring, gigi rosak dan lain-lain lagi.
  • Berfungsi Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot
  • Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Walaupun tidak terdapat fakta mengenai supplement dapat mengatasi masalah pendarahan atau threatened miscarriage,  namun semua itu adalah usaha untuk memberikan tubuh yang lebih sihat bagi ibu yang ingin mengandung serta meningkatkan imunisasi badan

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Pendarahan Ketika Hamil,Walau Sedikit Tetap Serius was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.