Pantang Larang dan Gejala untuk Pengidap G6PD

Untuk entri kali ni saya nak cerita pasal G6PD atau pun dikenali sebagai kekurangan G6PD. G6PD atau Glukosa-6-Fosfat Dehidrogenase adalah sejenis enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. 
.
Dua orang anak saudara saya menghidap penyakit kekurangan G6PD ni. Mula-mula dengar tentang penyakit ni terkejut jugaklah. Mana taknye … doktor kata kalau pesakit ni terdedah kepada ubat-ubatan tertentu dan makanan yang tertentu juga, sel darah merahnya akan pecah dan boleh menyebabkan kematian atau kecacatan.

Jadi, sangatlah perlu kita mengetahui info berkaitan G6PD ūüôā

Apa itu G6PD ?

Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di kalangan rakyat Malaysia merupakan satu penyakit bawaan genetik.

Ia boleh menyebabkan anemia (kekurangan darah) akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu.

Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD . Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.

Apakah Pantang larang bagi pesakit kekurangan enzim G6PD?

Sebaiknya ibu bapa kepada bayi G6PD mempunyai maklumat dan info yang lengkap untuk mengendalikan anak ini kerana pembawa G6PD tak boleh terdedah kepada ubat-ubatan tertentu dan makanan yang tertentu juga.Ia boleh  sel darah merahnya akan pecah dan boleh menyebabkan kematian atau kecacatan. Disini saya senaraikan beberapa pantang larang pemakanan , ubat ubatan dan persekitaran :

READ :  Benarkan Vitamin Shaklee Boleh Menggemukkan
 

Senarai yang Tak Boleh Diambil atau Pantang Larang G6PD

Pemakanan

  • kacang parang (fava beans)
  • makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue
  • makanan yang mengandungi sulfida kacang soya atau produk soya
  • Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang atau produk kacang
  • Asid askorbik tiruan yang biasanya terdapat dalam vitamin C
  • gula-gula dan makanan berperisa menthol
Selain menjaga pemakanan, ibu-ibu yang menyusukan bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan ubat-ubat berikut agar tidak termasuk di dalam susu ibu :
Ubat Tradisional atau Herba
  • Chuen Lin
  • San Chi
  • 13 herba
  • 12 herba
  • Jamu

.

Persekitaran

  • Naphtalene / Moth balls (Ubat Gegat) tidak boleh dipakaikan untuk pakaian anak yang mengalami G6PD dan ibunya
  • Ubat nyamuk dan racun semburan serangga haruslah dijauhi

.

Ubat untuk Merawat Malaria:

  • Choroquine
  • Hydroxycloroquine
  • Primarquine
  • Pamaquine
  • Quinine
  • Mepacrine (Quinacrine)

.

Ubat Penahan Sakit

  • Acetylsalicylic Acid (Aspirin)
  • Phenacetin (Acetophenetidin)
  • Aminopyrine (Amidopyrine)

.

Ubat Antibiotik

  • Chloramphenicol
  • Cotrimoxazole (Bactrim)
  • Furazolidine
  • Nalidixic Acid
  • Nitrofurantoin
  • Nitrofurazone
  • Para-Aminosalicy Acid
  • Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
  • Sulfapyridine
  • Sulfasalazine
READ :  Psoriasis Semakin Pulih Dengan Pengambilan Vitamin Shaklee

Untuk senarai pantang larang ini sebaiknya ibubapa bayi perlu lebih peka . Elakkan bayi daripada bahan bahan dan ubat ubatan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah.Apabila berjumpa dengan doktor, maklumkanlah pada pihak klinik atau hospital bahawa anda mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh menyebabkan anemia. Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil ubat-ubatan dengan sendirinya terutamanya antibiotic dan lain-lain ubat-ubatan tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Risikonya adalah bayi akan mendapat penyakit kuning yang serius, warna air kencing bayi akan bertukar kepada warna yang pekat dan bayi menjadi pucat.

Inilah antara serba sedikit perkongsian saya mengenai persediaan yang perlu untuk ibu berpantang dengan bayi G6PD. Saya harap anda dapat manfaatkan artikel ini. 

Vitamin Shaklee dan penghidap G6PD

Terdapat beberapa vitamin yang tidak disarankan kepada mereka yang menghidap G6PD atau menyusu bayi yang mempunyai G6PD Deficiency. Elakkan vitamin yang berasaskan herba seperti alfalfa dan berasaskan soya seperti ESP.
Ya, mungkin ada di antara anda yang minum ESP dan tiada masalah dengannya. Alhamdulillah :) Apa yang boleh dimakan bergantung kepada tahap G6PD Deficiency anda atau bayi. Rujuk doktor anda terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kekurangan G6PD yang dialami.
Untuk pengetahuan anda, lebih dari 400 jenis mutasi yang berlaku dalam kes G6PD Deficiency ni. Setiap satu jenis mempunyai tindak balas yang berbeza dengan makanan dan ubatan tertentu. Ada yang sensitif dan ada yang kurang. Apa yang saya sarankan hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga.
Bagi ibu yang menyusukan anak, saya cadangkan hanya ambil vitamin basic sahaja seperti vitalea, b complex, vitamin C dan ostematrix untuk membantu ibu kekal bertenaga dalam masa yang sama tidak mempengaruhi pengeluaran susu ibu.
————————————
Saya Nornadia Mansor ,  ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱¬†Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩¬†Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
‚ėϬ†Jadual pengambilan vitamin
‚ėĎ ¬†Tips ekslusif
‚ėϬ†Konsultasi percuma berterusan
Pantang Larang dan Gejala untuk Pengidap G6PD was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.