Minggu Orientasi Little Caliph Sg Jawi

Salam semua, untuk 2018, cik puteri pon dah nak masuk 5 tahun. Masa umur 4 tahun, saya masukkan cik puteri di Tadika Menara Gading, Sungai Bakap. Tadika ni pon bagus.. Islamic kindergarden. Kat sini cik puteri banyak belajar selawat, surah pendek, basic spelling.. Terima kasih cik sal, ustazah dan cikgu cikgu. Jasamu dikenang
.
Tapi untuk 2018 ni, saya decide untuk something yang fresh, pening jugak la mikir tadika mana.. Saya mencari tadika yg Islamic English, lengkap dgn iqra dan guna cara bacaan teknik fonik.
.
Ada 2 3 tadika jugak la dah pergi survey. Susah nak buat keputusan. Doa kat Allah “Ya Allah, aku beristikharah atas ilmu mu, engkau tahu apa yang terbaik untuk anakku, sedangkan ilmuku terlalu sedikit, berikanlah yg terbaik untuk anakku”
.
Hati ni berat dgn Little Caliph. Jadi saya ambil langkah untuk isi form dekat facebook Little Caliph Sg Jawi. Tak lama lepas tu, teacher LC Whatsapp saya menerangkan kaedah pembelajaran, kemudian saya bertanyakan tentang yuran LC. Alhamdulillah, respon sangat baik.
.
Selepas ditimbang tara, bincang dgn husband. Esoknya saya terus bawak cik puteri ke tadika Little Caliph.
.
Jika buat pembayaran penuh sebelum 1 Disember 2017,layak dapat percuma insentif Rm300 berupa Orientation Week. Rugilah kalau tak grab! Sesi orientasi ni untuk 1 minggu berharga RM100. Tapi kalau buat pembayaran penuh sebelum 1 Disember, dapat percuma untuk 3 sesi orientasi. Jadi saya pilih 3 sesi orientation
yuran little caliph 2019,yuran little caliph 2019
Saya ambil Pakej A untuk Cik Puteri. Yuran tu, pejam mata jela bayooor. Demi yg terbaik untuk anak. Untuk tahun pertama student attire adalah WAJIB
.

Bermulalah Minggu Orientasi Little Caliph

Disebabkan saya bayar yuran penuh sbelum bulan 12,jadi dapat;ah grab tawaran rientasi percuma selama 3 minggu tanpa sebarang cas.
Little Caliph  Orientation week start 1 December, untuk hari pertama boleh ditemani oleh ibu selama 1 jam. Ada aktiviti ibu dan anak. Serious sgt best!
.
orientasi little caliph
Saya pemalu .Haha
Tapi disebabkan cik puteri masih tak biasa dg tadika baru ni.. So, dia rasa terancam.. Haha! Takut ibu tinggalkan dia. Masa nak tinggal tu, meraung gakla dia.. Tp kejap je..
.
Esok harinya bila saya tanya “Kakak,esok nak p sekolah dak?” Terus dia jawab  “Nak “. Sepanjang sesi orientasi ni, Damia pernah tak hadir 1 kali je sebab ikut saya bawak Adam ke klinik. Alhamdulillah, sekarang hari hari dia nak ke tadika. Dia selalu cakap “teacher baik”.❤
.
Ini adalah antara artwork cik puteri  sepanjang sesi orientasi.
orientasi little caliph
orientasi little caliph
orientasi little caliph
.
And, guess what?? Yg paling saya teruja. Ada satu malam tu saya tengah lipat baju.. Cik puteri datang dan lipat baju baju dia.. Tapi kalian lipatan nampak kemas.. Saya puji “pandainya kakak lipat”… Rupanya masa kat tadika tadika tadi, teacher ajar lipat kain
.
Sabtu ni ada Taklimat Program dan Sesi Penyerahan Uniform Little Caliph. Insyaallah saya akan kongsikan lagi. Stay tuned❤
Minggu Orientasi Little Caliph Sg Jawi was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

READ :  TESTIMONI : BACAAN GULA TURUN DARI 22.3 HINGGA 7.7 SELEPAS 18 HARI DENGAN VIVIX!

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.