Adakah Menyusukan Anak Ketika Hamil Selamat ?

Ramai ibu ibu yang tertanya tanya , adakah selamat menyusukan anda semasa mengandung? Saya sendiri mengalami situasi ini, saya mengandung anak kedua semasa anak pertama saya berusia setahun 3 bulan dan masih menyusu badan.Dan saya masih meneruskan penyusuan sehinggalah sekarang. 

Tapi macamana pulak dengan mitos yang mengatakan tak selamat untuk susukan anak semasa mengandung? Dan ada pulak nasihat dari orang tua supaya hentikan penyusuan semasa mengandung, katanya tak boleh minum susu si adik. Alahaiiii…..

Si ibu mungkin tertanya-tanya apa yang boleh dilakukan jika anda hamil lagi? 

Anda perlu tahu, walaupun penyusuan dijadikan sebagai pencegah kehamilan, ianya boleh berlaku jika:

  • bayi anda berumur 6 bulan ke bawah
  • belum kedatangan haid semula dan
  • anda menyusu si manja atas permintaan, enam hingga sepuluh kali sehari.

Keberkesanan ini dalam pencegahan kehamilan dianggarkan 98-99%. Jika anda belum bersedia untuk menimang cahaya mata lagi, anda dinasihatkan untuk menggunakan pencegahan kehamilan alternatif yang lain, memandangkan agak susah untuk mematuhi jadual penyusuan.
Penyusuan dianggap selamat untuk wanita mengandung. Bagaimanapun, jika anda mempunyai sejarah kelahiran tidak cukup bulan, keguguran, mengalami kesakitan uterus atau pendarahan semasa kehamilan sekarang, pakar penjagaan kesihatan anda mungkin menasihatkan anda supaya menceraikan susu.



Masalah umum yang sering dihadapi oleh ibu yang menyusukan anak semasa mengandung

1- Puting tegang dan payu dara sakit 

Hampir 75% ibu mengalami kesakitan atau ketidakselesaan pada puting mereka disebabkan perubahan hormon, yang boleh menjadikannya tidak selesa untuk menyusukan si manja. 

Anda boleh cuba menyesuaikan kedudukan badan anda dengan berbaring semasa menyusukan bayi, atau mengalih perhatian anda daripada kesakitan dengan menonton TV atau mendengar muzik.



2- Kurang bekalan susu 

Anda mungkin mendapati pengeluaran susu anda berkurang apabila kandungan anda semakin membesar. Ini boleh menyebabkan si manja anda cerai susu secara semulajadi. 

READ :  Cepat Letih dan Kelesuan Semasa Hamil

Sebaiknya, cuba menyusu untuk seberapa lama yang boleh kerana ia membekalkan nutrisi yang baik serta faedah immunologi kepada si manja anda. Kekerapan penyusuan dan pengosongan susu daripada payu dara merendahkan peluang anda untuk mendapat radang payu dara, iaitu mastitis.



3-Ibu letih 

Jika anda bimbang penyusuan boleh menambah keletihan, kebimbangan anda adalah tidak berasas, kerana penyusuan tidak menyebabkan keletihan dari segi fizikal. Malah, ia merupakan peluang yang baik untuk anda berehat.



4-Pengecutan uterus

Penyusuan boleh meransangkan sedikit pengecutan uterus (rahim), tetapi ini tidak berbahaya kepada bayi dalam kandungan jika anda tidak mengalami komplikasi kehamilan. 

Pengecutan ini berlaku disebabkan oleh hormon oksitosin yang dikeluarkan semasa menyusukan si manja, tetapi selalunya jumlah keluaran tidak cukup untuk menyebabkan pembukaan servik (pangkal rahim) sebelum masanya. Jadi, dalam kebanyakan kes, ia tidak akan menyebabkan keguguran atau kelahiran tidak cukup bulan.




5- Perubahan rasa susu 

Hormon kehamilan menyebabkan pengurangan jumlah laktosa dalam susu yang dikeluarkan, manakala kandungan natrium meningkat; ini menjadikan rasa susu anda lebih masin, Si manja yang menyusu mungkin tidak suka rasa susu anda dan si manja anda akan bercerai susu secara semulajadi, tetapi ada kanak kanak kecil tidak menghiraukan perubahan rasa ini




6- Cerai susu 

Si manja anda mungkin berhenti menyusu sebelum adiknya lahir oleh sebab-sebab di atas, atau disebabkan oleh perut anda semakin membesar dan pangkuan anda yang semakin sempit menjadikan kedudukannya semasa menyusu menjadi kurang selesa.

Tips Kesihatan  Untuk Si Ibu yang Hamil dan Menyusukan  

  • Jika wanita hamil memerlukan tambahan sebanyak 200-400 kalori sehari, sudah pastilah ibu yang hamil dan menyusukan anak lebih memerlukan tambahan sebanyak 600-800 kalori sehari. Ini bermakna si ibu seharusnya lebih menitik beratkan gizi pemakanan seimbang dalam diet sehariannya dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan.
  • Pastikan kalian mendapatkan rehat secukupnya terutama bagi ibu yang bekerjaya. Jika perlu, minta lah bantuan ahli keluarga terdekat untuk membantu kerja2 rumah bagi meringankan bebanan kalian.
  • Si ibu hendaklah mengambil pemakanan yang kaya dengan zat besi, folic asid, kalsium serta vitamin d bagi menyeimbangkan pembesaran bayi di dalam rahim dan dalam masa yang sama bagi menggalakkan penghasilan susu. Jika perlu, si ibu boleh mengambil supplemen untuk menampung kekurangan ini.
  • Bagi ibu yang menghadapi nipple yang pecah (kerana nipple akan menjadi sensitif semasa hamil), pastikan kalian bersedia secara mental dan fizikal. Jika perlu, carilah losyen atau krim yang selamat untuk di sapu pada nipple yang pecah tersebut. Atau cuba tukar posisi anak ketika menyusu, pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 bagi mengurangkan rasa sakit tadi.
  • Bersedia untuk penyusutan susu dan ada sesetengahnya susu yang di hasilkan akan menjadi sedikit masin (kerana wujudnya placenta). Ianya adalah sesuatu yang lumrah berlaku dan sekiranya bayi anda masih terlalu kecil, pastikan kalian sentiasa memantau berat badannya supaya dia mendapat zat makanan yang secukupnya.

Vitamin Cadangan Untuk Ibu Hamil dan Menyusukan Bayi

Ceria, aktif, sihat & gembira sepanjang hamil, pastikan anda lengkap dgn nutrisi utk tubuh badan bagi menampung keperluan anda ketika hamil.

Keistimewaan Set Kehamilan Shaklee 

Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini kerana:

Lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
 Tahan berbulan-bulan (4-6 bulan penggunaan)
 Boleh dimakan bersama ahli keluarga
 Harga yang sangat berbaloi
 Semulajadi (bukan sintetik)
 Tidak memberi sebarang kesan sampingan
 Bonus kesihatan dan kecantikan extra
 Terbukti selamat dan berkesan

Kebaikan Vitamin Untuk Ibu Mengandung

1. Multivitamin (Vita-lea Iron Formula
mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula..Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.
Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
3. Vitamin C (Sustained Realese Vita-C
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Disamping, meningkatkan daya imunisasi si ibu dari jangkitan, mengelakkan masalah gusi berdarah sepanjang kehamilan
4. Omega -3 (Omega Guard) ~ Untuk Trimester 2 & 3
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak & membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.
5. Kalsium (Ostematrik
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Testimoni Pelanggan Set kehamilan Shaklee

# Testimoni 1


# Testimoni 2


————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.


————————————
Adakah Menyusukan Anak Ketika Hamil Selamat ? was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.