Kehamilan Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)

Wanita yang sedang hamil, tapi apabila doktor mengesahkan kehamilan luar rahim ( ectopic pregnancy ), kehamilan jenis ini takkan berjaya sampai ke hujung dan melahirkan seorang bayi. Wanita perlu terima hakikat ini, bukannya berharap sesuatu keajaiban yang mana kehamilannya akan berjaya seperti orang lain.

Ramai yang tidak tahu tentang betapa bahayanya mengandung luar rahim ini. Jika anda tidak mendapatkan perhatian dan rawatan segera, ia boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi.

Ia boleh mendatangkan kematian jika tidak dikesan awal kerana jika kehamilan itu menjadi terlalu besar, ia boleh menyebabkan tiub itu pecah. Ini hanya dapat ditangani dengan pembedahan atau mengambil ubat-ubatan.

hamil luar rahim

maka doktor akan berbincang dengan pesakit pilihan-pilihan yang ada untuk menyelamatkan nyawa si ibu. perbincangan ini merangkumi :

umur kandungan
keadaan kesihatan pesakit secara amnya
paras ujian darah BetaHcg
pilihan-pilihan rawatan yang boleh diberikan dan terdapat di hospital pesakit menerima rawatan

Lazimnya dalam kebanyakkan kes, rawatan secara pembedahan akan diberikan kepada pesakit pembedahan ada 2 jenis –

  • laparoskopi ( dilakukan melalui bukaan lubang kecil pada perut dengan bantuan kamera );atau
  • laparotomi ( potongan besar pada perut jika pendarahan didapati di dalam ruang abdomen. perlu tinggal di hospital dalam 2-4 hari, tempoh pemulihan lebih lama )

perlu diingatkan pembedahan ( tidak kira jenis ) adalah untuk membuang kehamilan luar rahim. Kesesuaian jenis pembedahan sama ada laparoskopi atau laparotomi akan dibincangkan bersama pesakit dan keputusan dibuat berdasarkan penilaian terbaik doktor yang merawat ketika itu

Punca Kehamilan Luar Rahim 

Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang.

READ :  Mumnesia : Pelupa Selepas Bersalin Boleh Diatasi ?

Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub fallopio telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.

Siapakah yang Berisiko Kehamilan Luar Rahim?

Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk:

  • Menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease – PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.
  • Mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub fallopio.
  • Pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).
  • Hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.
  • Menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan
    di luar rahim yang sedikit tinggi.
  • Merokok.
  • Pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.
  • Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah.

Tanda tanda Kehamilan Luar Rahim

  1. Keluar tompokan darah sikit @ banyak, diawal kehamilan. (Berlarutan selama seminggu hingga sebulan @ lebih)
  2. Sakit, ngilu di bahagian kanan @ kiri bawah badan.
  3. Semak UPT, darah (beta HCG) positif mengandung, tapi bila scan melalui ultrasound, TVS, tak nampak baby.
  4. Cepat letih, pengsan, turun darah. (Ni dah tahap serius)
    Nasihat saya, sekiranya anda mengalami simptom diatas, segera berjumpa doktor, lebih baik sekiranya dapat dikesan diawal kehamilan.

Harapan kehamilan pada masa depan

Ramai wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim bimbang tentang peluang untuk hamil secara normal terjejas. Sesungguhnya kehamilan luar rahim boleh meninggikan risiko untuk mendapat komplikasi yang sama pada masa hadapan.
Tetapi ramai juga di antara wanita ini yang berjaya hamil seperti biasa dan mendapat anak setahun selepas itu.
Menurut Kementerian Kesihatan , peluang untuk hamil pada masa depan masih ada tetapi bergantung kepada berapa sihat tiub lain dan faktor lain seperti: umur anda, dan/atau jika anda sukar hamil sebelum ini. Jika tiub bersebelahan tidak tersekat atau rosak, peluang untuk hamil adalah masih ada tidak kira samada tiub yang terjejas oleh ektopik dikekalkan atau dibuang sepenuhnya.
.
Secara umum, 65 hingga 70 peratus wanita dengan sejarah kehamilan ektopik akan hamil lagi dalam tempoh 18 bulan. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua tiub fallopian rosak atau pecah, anda perlu menjalani rawatan kemandulan (IVF) untuk hamil pada masa depan. Berbincanglah dengan doktor anda tentang peluang anda untuk hamil.

Saya berjaya hamil lagi setelah mengalami kehamilan luar rahim

Ini perkongsian daripada seorang pengguna Shaklee yang berjaya hamil sekalipun disahkan mempunyai PCOS. Beliau juga pernah menjalani operation kerana hamil di luar rahim (ectopic pregnancy).

” Alhamdulillah…

Saya disahkan mengandung 4 mingggu, walaupun sy disahkan PCOS. Period sayateratur, namun berat badan yang bertmbah menggangu tahap kesuburan saya. Saya terpaksa mengambil clomid + metmorfin atas nasihat Pakar O&G.

Saya belum habis consume GLA Complex  +Alfalfa + Omega Guard dari Shaklee…dan untuk pengetahuan semua pembaca jg, sy baru menjalani operation pd November  yg lalu kerana “ectopic pregnancy”.

Alhamdulillah, tergerak hati nak cuba Shaklee ni atas nasihat Norliza, sy mula consume Shaklee 1 Jan , semalam saya check UPT +ve….

Ya Allah syukur.. sgt2. In Sha Allah ada jln nya, Usaha+Doa+Ikhtiar…:) ”

–Puan A [sumber: Shaklee Golden Lounge]

Alhamdulillah. Usaha, doa dan ikhtiar. InsyaAllah.

READ :  Doa dan Amalan Rohani agar Mudah Hamil

Setiap kehidupan pasti di uji oleh Allah S.W.T..jadi jika anda adalah salah seorang darinya maka janganlah terus bersedih dan menyalahkan takdir. Mereka yang mempunyai sejarah kandungan luar rahim tidak bermakna anda tidak boleh hamil lagi cuma anda perlu di pantau.

READ :  Tips dan Petua Mengurangkan Pedih Ulu Hati dan Asid Reflux

Anda perlu menjaga tahap kesuburan anda. Jika tiub fallopio anda sudah di buang sebelah jangan risau kerana anda masih mempunyai tibu sebelah lagi. Berdoa pada Allah agar di permudahkan segala urusan dan di berikan kesihatan yang baik.

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Kehamilan Luar Rahim (Ectopic Pregnancy) was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.