Proses Pemulihan Ibu Selepas Bersalin Secara Normal dan Caesarean

Alhamdulillah, entry kali ni saya akan tekankan tentang proses pemulihan ibu selepas bersalin samada secara normal mahupun caesarean.

Saya selamat melahirkan bayi perempuan pada 26 oktober yang lalu secara normal ūüôā Syukur kehadrat Allah. dan harini adalah hari ke¬† 14 berpantang , semuanya dipermudahkan.

Saya adalah pengguna setia Shaklee darilah zaman bujang sehinggalah dah beranak pinak . Shaklee the best. Sepanjang berpantang, syukur takde apa apa masalah. Luka jahitan cepat sembuh, rasa lebih bertenaga, susu ibu meriah, cergas & sihat.Itulah pengalaman saya dengan set berpantang Shaklee

Jom kita tengok proses dibawah :
 

Proses Pemulihan bagi Ibu  yang BERSALIN NORMAL

1. Luka episiotomi atau koyakkan dijahit dengan benang

Benang ini dibuat daripada protien dan akan hancur dan lesap dengan sendirinya dalam masa 10 hari ke 12 hari. Jangan takut untuk mebersihkan luka dengan air suam. Pastikan anda sentiasa lap luka sehingga kering. luka yang kotor dan berbau perlukan perhatian dan dikhuatiri dijangkiti kuman.

Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Tips Sembuh dan Keringkan Luka Bersalin dengan Cepat Tanpa Bermasalah

READ :  TESTIMONI VIVIX: SAKIT AYAH DAH KURANG, UBAN KEMBALI HITAM :)

Jika lambat sembuh, jumpa doktor untok mendapatkan nasihat. Biasanya doktor akan memberikan antibiotik serta ubat untuk mencuci luka tersebut.

 .

2. Rahim akan mengecut dalam masa 10 hari

Sekiranya rahim tidak mengecut dan pendarahan berterusan, kemungkinan besar masih ada cebisan uri yang tertinggal. untuk memastikannya, ibu perlu menjalani pemeriksaan ultrabunyi atau imbasan. jika betul terdapat uri yang tertinggal, ibu perlu menjalani D&C untuk mengeluarkan cebisan tersebut. .

3. Kepentinggan penjayaan payudara

Pastikan kelancaran susu dan kebersihan payudara sentiasa terjaga. sekiranya payudara sakit dan merah atau ‘Masititis’ (jangkitan yang menyebabkan payudara bengkak, keras, kemerahan dan sakit), ibu harus mengambil antibiotik.
.
Disamping itu , penyusuan susu ibu membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat dan membantu si ibu mendapatkan berat badan asal dengan mudah
.
Ikuti entry saya sebelum ini mengenai Dapatkan Bentuk Badan Asal Selepas Bersalin .

4. Diet yang baik

Selepas bersalin, ibu perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat dan vitamin seperti buah betik dan sayuran hijau yang penting untuk mengelakkan masalah sembelit. Digalakkan juga makan tambahan yang kaya dengan asid folic dan zat besi kerana ibu akan menyusukan bayi. Semasa bersalin ibu kehilangan banyak darah dan perlukan zat tersebut untuk mendapatkan darah yang mencukupi bagi keperluannya. .

READ :  Elakkan Penyakit Hati dan Hepatitis dengan Set Kesihatan Hati Shaklee

5. Post-partum blues / depress atau tekanan

Keadaan ini adalah disebabkan oleh gangguan paras hormon dalam tubuh badan wanita selepas bersalin. Wanita memerlukan sokongan suami dan keluarga agar sentiasa bersemangat dan ceria.

Proses Pemulihan bagi Ibu  yang BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN (C-ZER)

Keutamaan diberi kepada penjagaan luka lebih besar dan dalam. Ada luka jenis menegak dan ada juga jenis melintang. Kebanyakkan ibu takut hendak mandi atau mebasahkan luka. Akibatnya kulit menjadi kotor dan kuman menyerang luka..Keadaan ini akan menyebabkan ‘wound breaksdown’ iaitu luka
terbelah dan perlu dijahit semula.

Cara yang betul ialah dengan mandi dan jaga kebersihan diri dengan baik. Cuci luka dengan bersih-bersih dan keringkan dengan tuala bersih. untuk mengeringkan luka yang telah dicuci dengan cepat, anda boleh pasang kipas dan halakan pada luka.

Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Tips Sembuh dan Keringkan Luka Bersalin dengan Cepat Tanpa Bermasalah

 .

Dengan tangan yang bersih, picit hujung luka. kalau tiada cecair yang keluar dan tidak sakit ertinya luka anda telah sembuh dan dan baik. Jika telah sembuh dan baik, tiada halangan untuk berbengkung (asalkan jangan terlalu ketat).

READ :  Vitamin Untuk Lelaki Mengikut Peringkat Usia dan Masalah Yang Dialami
 
————————————
Saya Nornadia Mansor ,  ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱¬†Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩¬†Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
‚ėϬ†Jadual pengambilan vitamin
‚ėĎ ¬†Tips ekslusif
‚ėϬ†Konsultasi percuma berterusan
Proses Pemulihan Ibu Selepas Bersalin Secara Normal dan Caesarean was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

1 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.