Ketahui Perbezaan Demam Campak dan Cacar Air (Chicken Pox)

perbezaan Demam Campak dan Cacar Air (Chicken Pox)

“ Doktor, anak saya kena chicken pox la.. saya sure ni, tapi doktor hospital kata demam campak, bukan chicken pox”

“ Eh, kenapa demam campak kali ini berair??”

“ Doktor, apa beza demam campak, measles, cacar air dengan chicken pox??”

Meh sini saya nak cerita apa perbezaan  demam campak, measles, cacar air, atau chicken pox

Perbezaan Demam Campak dan Cacar Air (Chicken Pox)

Demam Campak dan Chicken Pox adalah tidak sama ,ada perbezaan antara demam campak dan chicken pox (cacar air), antara perbezaannya adalah ;

(i) DEMAM CAMPAK

Demam campak, dikenali sebagai Measles = Rubeola , penyakit yang sangat mudah berjangkit,  adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Namun , demam campak juga boleh berlaku pada orang dewasa

Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori(saluran pernafasan) dan disertai ruam pada kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul.

Penyakit ini sangat mudah berjangkit dan tersebar kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan (vaksin MMR).

Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian

statistik demam campak di Malaysia
Statistik demam campak di Malaysia

.

a)Tanda dan Simptom Demam Campak

Penghidap demam campak akan mengalami beberapa simptom atau tanda tanda chicken pox, antaranya adalah seperti;

    • Gejala bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan penyakit.
    • Gejala awal adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam.
    • Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Ada tompokan putih di dalam mulut mula timbul.
    • Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
    • Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku.
tanda tanda demam campak, simptom demam campak,demam campak malaysia
Ketahui tanda tanda , komplikasi dan cara mencegah demam campak

.

b) Komplikasi & Bahaya Kesan Risiko Demam Campak

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai sistem kekebalan yang rendah.

bahaya demam campak,demam campak malaysia ,

Kelompok orang yang berisiko mengalami komplikasi adalah bayi di bawah usia satu tahun, orang yang mempunyai penyakit kronik dan orang dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah.

Antara komplikasi dan bahaya demam campak adalah boleh menyebabkan  :

    • Jangkitan pada telinga.
    • Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).
    • Jangkitan pada otak (Encephalitis).
    • Cirit-birit.
    • Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
    • Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.

.

c) Rawatan dan Pencegahan  Demam Campak

    • Paracetamol untuk mengurangkan demam.
    • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
    • Berehat dan minum air yang cukup.
    • Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).
    • Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 9 bulan , 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

(ii) CHICKEN POX = CACAR AIR

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit.

READ :  Penyakit Kayap : Rawat Dan Ketahui Pantang Larangnya

Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak.  Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa

Cacar air (CHICKEN POX) kebiasaannya hanya akan di alami sekali sahaja seumur hidup bagi setiap orang, tapi boleh berkemungkinan juga terkena lebih dari sekali, bergantung pada sistem imun setiap orang.

Chicken pox ketika hamil, ia boleh berbahaya pada kehamilan dan bayi dalam kandungan

Cacar air sangat-sangat lah mudah berjangkit. Ia mudah dijangkiti oleh mereka yang berhampiran dengan pesakit melalui

  1.  Titisan air dari pesakit yang batuk atau bersin dekat kita. Kalau bercakap sampai tersembur-sembur pun, kita boleh dapat.
  2. Sentuhan secara terus ke kulit pesakit yang ada lepuhan cacar air.
  3. Cecair dari cacar air itu sendiri kalau terkena kita.
  4. Pakaian yang dipakai atau apa sahaja barang yang disentuh oleh pesakit yang mempunyai ruam tersebut.

Pesakit cacar air akan mudah menjangkiti orang sekitar mereka sekitar 2 hari sebelum dan 5 hari selepas ruam di badan timbul. Sehingga mana kesemua lepuhan itu tidak kering, selagi itulah ia akan mempunyai risiko untuk berjangkit.

tanda tanda chicken pox,tanda tanda cacar air
Tanda tanda dan simptom Chicken pox (Cacar air)

a) Tanda tanda atau Simptom Chicken pox

Penghidap chicken pox akan mengalami tanda tanda atau simptom iaitu;

Demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh.

Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku dan biasanya tiada komplikasi.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Lepuhan-lepuhan itu sangatlah gatalnya. Mereka yang pernah merasanya saja yang tahu azab kegatalan cacar air. Lepuhan-lepuhan itu tidak timbul sekaligus. Selalunya, kelompok yang baru akan timbul di saat kelompok yang awalnya sudah hampir kering. Dalam masa 5 – 7 hari, ada juga mengambil masa yang lebih lama sedikit, semua lepuhan akan kering dan berkudis dan ia akan sembuh selepas itu.

Tanda tanda atau gejala lain bagi cacar air (chicken pox)  ialah

      • sakit perut
      • tiada selera makan
      • sakit kepala
      • rasa tidak selesa,
      • letih dan terganggu.
      • Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

.

b) Rawatan dan Pencegahan Cacar air ( Chicken Pox)

Rawatan yang biasanya diberikan oleh doktor untuk pesakit cacar air hanyalah untuk mengurangkan simptom-simptom dan bukannya untuk mengurangkan tempoh masa atau tahap keterukan penyakit.

    1. Paracetamol – untuk demam dan sakit badan.
    2. Calamine lotion – membantu mengurangkan kerengsaan kulit.
    3. Antihistamine – untuk membantu menghilangkan rasa gatal.
READ :  Hilangkan Parut Chicken Pox dengan Berkesan Pada Muka dan Badan

Antiviral seperti Acyclovir boleh dipreskripkan untuk pesakit yang berisiko tinggi dan ia akan efektif sekiranya diberi dalam masa 1 – 2 hari simptom cacar air timbul.

Wanita mengandung, bayi dan mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah disebabkan penyakit, mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami komplikasi. Maka, mereka perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Pastikan kuku kanak-kanak dipotong pendek yang mengalami cacar air, bagi mengelakkan jangkitan bakteria sekunder dan ia menjadi lebih sukar untuk dirawat.

Tolonglah, usah hantar anak ke sekolah, tadika atau nurseri dijangkiti dengan cacar air sementara waktu bagi mengelakkan kanak-kanak lain mengjangkitinya. Kita mesti memaklumkan kepada mereka yang berkenaan yang anak kita dijangkiti cacar air.

Vaksin untuk varicella zoster boleh diberikan pada usia 1 tahun dan suntikan kedua (booster) pada usia 4 tahun.

.

c) Komplikasi & Bahaya Kesan Risiko Chicken Pox (Cacar Air)

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

    • Jangkitan kuman pada kulit.
    • Jangkitan pada darah (blood stream infection).
    • Radang paru-paru.
    • Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”).

Ibu mengandung yang mengidap chicken pox boleh memberi kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku.

Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.

Yang paling penting, jadilah pesakit atau waris yang bertanggungjawab. Elakkan keluar rumah semasa sedang mengalami cacar air atau demam campak.

Habis nanti orang lain dijangkiti. Tolak lah dengan baik undangan apa-apa pun masa kita masih belum sembuh yer……

Vitamin Shaklee untuk atasi Demam Campak dan Cacar Air (Chicken Pox)

Penyakit demam campak dan chicken pox (cacar air) merupakan penyakit berjangkita . Jadi, sangat penting untuk meningkatkan imun badan dan meredakan gatal gatal pada kulit

Antara vitamin Shaklee  yang sangat membantu untuk pulihkan demam campak dan chicken pox adalah Nutriferon, Chewable Vita C ,Basic H dan Herbal Blend Cream .Juga selamat untuk kanak kanak dan ibu mengandung

vitamin shaklee untuk demam campak,vitamin shaklee untuk chicken pox,produk shaklee untuk chicken pox
Vitamin shaklee untuk demam campak dan chicken pox

Nutriferon , adalah penggalak dan meningkatkan imun badan sehingga ke sel tubuh kita,sangat bagus unuk cepat sembuhkan demam campak dan chicken pox (cacar air). Diperbuat dari bahan-bahan alam semulajadi seperti biji labu,bunga safflower, dan biji plantago. Membuatkan sel tubuh kita lebih kebal dan tahan melawan penyakit.

.

Basic H Shaklee, Anak demam campak anda boleh

  • mandikan dengan basic H ,sangat membantu kurangkan suhu badan & gatal pd kulit.
  • bersihkan persekitaran rumah dan permainan anak dengan basic H
  • Puting susu berkerak, rendam dalam basic H

.

Herbal Blend Multipurpose Blend Cream ,sangat membantu untuk pesakit demam campak dan cacar air,antara kebaikannya adalah ;

  • Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang.
  • Herbal Blend nih akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau!
READ :  Panduan Penjagaan dan Merawat Anak Demam Campak

Sebab Herbal Blend diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). So of course it is naturally safe untuk semua peringkat umur sebab takde bahan kimia yang berbahaya.

.

 Chewable Vitamin C sangat bagus untuk mereka yang mengalami demam campak dan chicken pox (cacar air), sangat membantu untuk meningkatkan sistem imun/sistem pertahanan badan kita drpd serangan virus ,mencantikkan kulit/memudarkan parut, membantu mempercepatkan penyembuhan hfmd, chicken pox, campak dan sebagainya

Testimoni Pengguna Vitamin Shaklee untuk Campak dan Chicken Pox

Testimoni 1 : Parut degil chicken pox hilang dengan Supplemen shaklee

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh.

Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. “uihhh cepat kering cacar you boss” apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.
.

Testimoni 2 : Anak yang terkena demam campak ,tetap cergas dan aktif bermain. Demam campak cepat sembuh dengan pengambilan vitamin Shaklee

Dari 1st anak kena demam campak.. dia tak ade baring2 n tido memanjang tp dia aktif mcm tak demam..siap boleh lari2 lg n main dgn kakak.. badan pulak tak panas.. bila demam campak nie org cakap suhu badan kena jaga.. so kat umah mmg tersedia benda2 nie 👇..

  1. Basic-H : Mandikan dan jelum supaya suhu badan tak panas..
  2. Herbal Blend : Sapu seluruh badan supaya kurang kegatalan ruam2 campak (tido malam pon selesa mmg tak merengek2).. campak cepat kering dan tak meninggalkan kesan parut2 campak..lepas mandi je sapu.
  3. Nutriferon : Meningkatkan sistem imunisasi (febret anak2 nie lg pulak rasa dia manis2 mcm gula merah tue mmg sedap).. yg nie abah mmg selalu belikan utk anak2 dia 😜
  4. Chewable vit c : Nie dia suka kunyah.. chewable nie bertindak sebagai ‘immune booster‘ dalam tubuh (rasa masam2 manis)

Alhamdulillah anak2 sihat dan cergas walaupon badan kecikkk jekkk 😜

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Ketahui Perbezaan Demam Campak dan Cacar Air (Chicken Pox) was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.