Kencing Tak Lawas Punca Bengkak Prostat Pada Lelaki

Kencing tak lawas di kalangan lelaki biasanya disebabkan oleh masalah bengkak prostat atau kencing kotor (jangkitan kuman pada pundi kencing), batu dlm pundi kencing, atau masalah saraf yg disebabkan oleh penyakit multiple sclerosis dan kecederaan saraf tulang belakang dan otot pundi kencing yg lemah.
.
Penyakit ini kebanyakannya dialami oleh lelaki lingkungan 50 tahun ke atas.
  • Adakah anda kerap membuang air kecil?
  • Tiba-tiba rasa nak buang air kecil, tapi susah untuk memulakannya?
  • Rasa macam buang air kecil tak habis?
  • Aliran urin perlahan?
  • Urin menitis-nitis selepas habis kencing?
Dan yang paling penting, adakah anda seorang lelaki?
.
Jika anda mengalami simptom-simptom di atas, anda mungkin menghidapi penyakit yang dipanggil Benign Prostatic Hyperplasia (BPH)
Pembesaran prostat ,bengkak prostat, lelaki kencing tak lawas,prostat bengkak malaysia
Kebanyakan lelaki mengalami pertumbuhan prostat sepanjang hayat.

Apa itu Bengkak prostat atau Benign Prostatic Hyperplasia (BPH)?

Benign prostatic hyperplasia (BPH) merupakan keadaan pembesaran atau pembengkakan kelenjar prostat. Kelenjar prostat ini terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra, saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke zakar.

Prostat mempunyai saiz sebesar kacang pea, untuk saiz yang normal. Namun bila ia membengkak, ia boleh membuatkan air kencing bertakung ,saluran uretra bertambah sempit  sehingga sukar untuk di keluarkan ketika kencing.

Bila prostat membesar dan saluran uretra semakin tertekan dan sempit, pundi kencing mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing sepenuhnya sehingga benar-benar kosong.

Pertakungan air kencing akibat prostat bengkak, boleh membuatkan buah pinggang rosak tanpa di sedari.

prostat bengkak malaysia
Perbezaan bengkak prostat dan prostat yang normal

Masalah kesihatan prostat yang kerap berlaku dikalangan lelaki ialah

  1. Inflamasi (keradangan
  2. Bengkak Prostat
  3. Kanser Prostat
 

Tanda-tanda Masalah Prostat

Tidak semua masalah sukaran buang air kecil atau kencing tak lawas di kalangan kaum lelaki adalah disebabkan oleh pembengkakan prostat.
.
Antara tanda tanda bengkak prostat  adalah ;
  • Rasa ingin kerap membuang air kecil
  • Mungkin aliran air kencing sedikit perlahan, atau perlu menunggu beberapa saat untuk mula membuang air kecil
  • Darah dalam air kencing atau air mani
  • Sakit atau pedih semasa kencing
  • Pancutan air kencing tidak kuat walaupun diteran dengan kuat
  • Sukar membuang air kecil
  • Kesukaran mempunyai ereksi
  • Sakit semasa ejakulasi bahagian atas paha
  • Ketidakupayaan untuk membuang air kecil

tanda bengkak prostat,punca lelaki kencing tak lawas

Adalah penting untuk pesakit memberitahu doktor berkaitan masalah pembuangan air kencing yang dihadapi.

Simptom-simptom ini menandakan pembengkakan prostat tetapi ia juga boleh merupakan tanda kepada keadaan lain yang lebih serius seperti kanser prostat yang memerlukan rawatan segera.

READ :  Kesuburan Lelaki : BILA WAKTU SUBUR SI SUAMI?

Pemeriksaan perlu dijalankan oleh doktor untuk menentukan diagnosis sebenar agar rawatan yang berkesan dapat diberikan kepada pesakit.

Semakin berumur ianya boleh menjadi lebih bermasalah dan komplikasi

 

Punca  Terjadinya dan Berlaku Masalah Bengkak Prostat

Prostat yang bengkak ini menekan uretra. Masalah ini dikenali sebagai benign prostatic hyperplasia (BPH) dan ia disebabkan oleh
  • perubahan hormon di dalam prostat.
  • jangkitan yang dikenali sebagai prostatitis yang mempunyai simptom yang sama dengan BPH. Masalah ini selalunya dialami oleh lelaki yang lebih muda.
  • mungkin juga disebabkan oleh peningkatan dalam bilangan sel-sel (hiperplasia). Pelbagai faktor yang mungkin terlibat, termasuk androgen (hormon lelaki), estrogen, faktor-faktor pertumbuhan dan lain-lain masalah.

prostat bengkak malaysia,lelaki kencing tak lawas,

Komplikasi Pembesaran Kelenjar Prostat Jika Dibiarkan Tanpa Rawatan

Kesan Komplikasi atau risiko masalah bengkak prostat pada kaum lelaki jika dibiarkan tanpa rawatan;

  • Sekiranya tidak dirawat, pembesaran kelenjar prostat yang tidak dikawal akan menyebabkan salur kencing tersumbat dan pesakit tidak dapat membuang air kencing secara normal.
  • Pesakit juga akan mengalami nokturia iaitu perlu bangun dari tidur pada waktu malam untuk membuang air kecil.
  • Pembengkakan buah pinggang (hydronephrosis) disebabkan tekanan yang kuat dari dalam pundi kencing yang berpanjangan
  • Pembentukan batu karang (bladder stone) di dalam pundi kencing.
  • Jangkitan kuman dalam air kencing berulangan (recurrent urinary tract infection)
  • Penyakit angin pasang (inguinal hernia) disebabkan oleh tekanan di dalam bahagian ari-ari ketika membuang air kecil.
  • Gangguan pada prostat akan menyebabkan rembesan air mani yang tidak berkualiti atau tidak mencukupi dan turut mempengaruhi kuantiti, kualiti serta pergerakan sperma semasa percantuman dengan ovum. Sperma yang tidak sihat akan menyebabkan percantuman tidak berlaku, atau sekiranya berlaku, ia akan menyebabkan janin tidak sihat dan mudah gugur diawal kehamilan.

Rawatan Penyakit Bengkak Prostat

Kebanyakan ujian membantu mengenal pasti masalah dan ujian ini berbeza mengikut pesakit. Beberapa ujian yang biasa dilakukan kepada individu yang mengalami masalah bengkak prostat atau BPH.

Setelah penyakit disahkan, pesakit akan dimulakan dengan ubat-ubatan. Terdapat dua kategori ubat iaitu alpha-blocker dan 5-alpha-reductase.

Fungsi alpha-blocker (seperti Hytrin, Cardura, Xatral) adalah untuk merehatkan otot-otot yang terdapat di pangkal prostat supaya aliran kencing lebih laju.

Manakala fungsi 5-alpha-reductase (seperti Avodart dan Proscar) adalah untuk mengurangkan hormon testosteron seterusnya membantutkan pembengkakan kelenjar prostat.

READ :  Ketahui 19 Kebaikan dan Khasiat Zinc Plus Shaklee

Pilihan pembedahan hanya dijalankan jika kegagalan dari segi ubat-ubatan dan beberapa faktor yang lain.

Cara Atasi Masalah Bengkak Prostat

(1) Perubahan Gaya Hidup

Tabiat seperti merokok dan tidur yang buruk boleh menjejaskan kesihatan prostat secara negatif

Perubahan-perubahan gaya hidup ini mungkin boleh mengurangkan simptom tidak tahan buang air kecil dan juga buang air kecil pada waktu malam.

.

(2) Senaman secara teratur

Senanan aktiviti fizikal yang berkala.  sangat digalakkan bagi pesakit yang mengalami bengkak prostat untuk mencegah perkembangan bengkak prostat, mencegah obesiti yang merupakan faktor risiko bengkak prostat

.

(3) Elakkan sesetengah ubatan

Pesakit juga dinasihatkan untuk mengelakkan atau mengurangkan penggunaan sesetengah ubat, contohnya antihistamin (ubat alergi) kerana ia berpotensi menerukkan lagi simptom bengkak prostat atau BPH

.

(4) Tips buang air kecil untuk orang bengkak prostat

Masa nak kencing tu, kena relaks je. Barulah air kencing lancar. (Tapi tak lah lancar macam orang normal)

Biasanya mereka ni risau bila air kencing keluar sikit, jadi terus diteran.

Bila makin teran, makin prostat tu jadi besar & makin sempit lah saluran kencing.

Tapi tips ni untuk BPH stage 1 atau 2. Kalau dah tertutup saluran kencing tu memang susah juga nak kencing tu.

.

(5) Dapatkan Berat Badan Ideal

Dr Norman berkata “Kajian menunjukkan lelaki yang ada masalah kegemukan atau obesiti mempunyai risiko lebih tinggi mendapat bengkak prostat dan kanser prostat

.

(6) Jangan tahan bila nak buang air kecil

Tabiat menunda untuk buang air kecil adalah tak baik . Menunggu terlalu lama mungkin melebihkan otot pundi kencing dan menyebabkan kerosakan.

.

(6) Elakkan Pengambilan Kafein dan Alkohol

Pengambilan kafein dan alkohol meningkatkan penghasilan air kencing dan membuatkan anda lebih kerap ke tandas,menyebabkan iritasi pundi kencing dan memburukkan gejala bengkak prostat

.

(7) Elakkan Tempat Sejuk

Suhu sejuk boleh menyebabkan pengekalan air kencing dan meningkatkan keinginan untuk membuang air kencing.

Vitamin Membantu Masalah Prostat Pada Lelaki

Vitamin Shaklee membantu lelaki untuk menjaga kesihatan prostat dari berlakunya bengkak prostat, keradangan dan kanser prostat.

Set Men’s Vital Health mengandungi tiga jenis vitamin tertumpu iaitu Omega Guard, Zinc Complex dan Vita-E Complex. Mari kita lihat fungsi-fungsi vitamin dengan lebih terperinci.

prostat bengkak shaklee,ubat untuk prostat bengkak,penawar prostat bengkak

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” – Ar-Ra’d 13: 11

.
Zink memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat. Kajian mendapati bahawa tisu prostat kanser mengandungi zink yang sangat kurang berbanding daripada tisu organ yang sihat.
.
.
Lelaki yang kekurangan  zink cenderung untuk mengalami pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia atau BPH) dan prostatis (radang prostat). Dalam badan lelaki, prostat mempunyai zink lebih daripada mana-mana tisu lain kecuali tulang.
.
Vitamin Gagah ini mengandungi agen antioksidan yang tinggi untuk menyingkirkan toksin dan sel-sel jahat dalam badan yang boleh mengakibatkan gejala kanser prostat.
.

Kebaikan vitamin e untuk masalah prostat

  • Eraksi lama
  • Dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
  • Merangsang keinginan SEKS.. Meningkatkan hormon testosteron
  • Menghalang radikal bebas daripada merosakkan ovum dan sperma
READ :  Penemuan Terbaru Yang Berjaya Merencatkan Sel Kanser
.

Minyak ikan Omega Guard terbukti berkesan untuk membantu masalah prostat dan terkenal untuk mengalahkan keradangan (anti inflamisasi)

Merupakan hasil ciptaan Shaklee dari sumber minyak ikan terbaik didunia. Supplement yang mengandungi spektrum penuh asid lemak omega 3 yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

.
Kandungan omega 3 yang tulen membantu sel-sel saraf berhubung dengan otak dengan efisyen untuk memberi arahan kepada organ dalaman untuk berfungsi dengan baik.

Testimoni Pesakit Bengkak Prostat selepas menggunakan Vitamin Shaklee

#Testimoni 1 : Bacaan PSA untuk masalah prostat bengkak (BPH) menurun selepas mengamalkan Vivix Shaklee

Pengalaman testimoni yang mengamalkan Vivix Shaklee untuk mengatasi masalah bengkak prostat

.

#Testimoni 2 : Pesakit  disahkan BEBAS dari kanser prostat TAHAP 3 selepas mengamalkan Vivix Shaklee secara konsisten

testimoni kanser prostat,pengalaman pesakit kanser prostat,vivix untuk kanser ,testimoni vivix shaklee kanser

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Kencing Tak Lawas Punca Bengkak Prostat Pada Lelaki was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.