Kencing Kotor atau UTI , ketahui bagaimana mengatasinya

kencing kotor.petua hilangkan kencing kotor,ubat kencing kotor di farmasi,simptom kencing kotor

Sakit ketika buang air kecil, kerap kencing dan sebagainya. Anda mungkin mengalami kencing kotor. jangan tak tahu anak dara dan lelaki pun ada masalah ni tau. . kes paling banyak  adalah wanita mengandung

Air kencing jadi lebih pekat dan berkuman. Kadang dalam air kencing tu ada darah, pastu berpasir. No kidding ok!

Air kencing  dikumuhkan oleh buah pinggang. Kalau kerap kena kencing kotor ni memang akan kesan kat buah pinggang. Buah pinggang boleh jadi sensitif tau.

info ini saya kongsikan kepada anda melalui sumber dari Jururawat Malaysia iaitu Siti Nabiilah atau Bel Nawhen

Apa itu Kencing Kotor ?

Kencing kotor merupakan bahasa pasar bagi jangkitan pada salur kencing (urinary tract infection-UTI). Ia kerap dialami oleh wanita berbanding lelaki kerana salur kencing (urethra) wanita yang lebih pendek berbanding lelaki dan juga dengan dengan anus.

kencing kotor.petua hilangkan kencing kotor,ubat kencing kotor di farmasi,simptom kencing kotor

Kencing Kotor dan Ibu Hamil

Ia juga kerap menjangkiti wanita hamil kerana urethra yang pendek selain perubahan hormon yang berlaku saat hamil. Wanita yang hamil dikategorikan sebagai mereka yang mempunyai imuniti yang rendah dan mudah dijangkiti oleh penyakit.

Tekanan dari rahim yang membesar menyebabkan salur kencing tertekan dan air kencing menjadi lambat untuk keluar selan gesaan untuk kencing juga berlaku.

Bagi wanita hamil,  perlu dirawat bagi mengelakkan risiko terhadap bayi antaranya kelahiran pramatang.

READ :  Tanda dan Simptom Kencing Kotor Ketika Hamil

Tanda Tanda dan Simptom Kencing Kotor

Antara tanda kencing kotor adalah;

  • Rasa sakit apabila kencing
  • Pedih dan terasa kencing tidak puas
  •  Kerap rasa mahu kencing.
  •  Tidak dapat menahan rasa mahu kencing walaupun yang keluar itu kuantiti yang kecil.
  • Rasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen
  • Air kencing berbau atau menjadi keruh atau kemerah-merahan.
  • Rasa tegang di bahagian bawah abdomen.
  •  Rasa terbakar apabila membuang air kecil.

Apakah Punca Terjadinya Kencing Kotor?

Jangkitan saluran kencing berlaku apabila bakteria memasuki saluran kencing. Kebanyakan bakteria yang memasuki saluran kencing akan dibuang ketika membuang air kecil. Jika bakteria tersebut kekal di dalam saluran kencing, jangkitan akan berlaku.

Sebab mudah mendapat kencing kotor antaranya;

1). Masalah saluran kencing

Sekiranya anda tidak mampu mengawal ketika membuang air kecil, risiko untuk mendapat jangkitan akan meningkat. Anda juga lebih berisiko sekiranya anda pernah mendapat jangkitan saluran kencing sebelumnya atau menjalani pembedahan pada saluran kencing pada masa lalu. Atau juga pemasangan tiub kencing sebelum dan selepas pembedahan.

.

2). Saluran tersumbat

Saluran kencing yang tersumbat akan mengganggu dan menjejaskan aliran air kencing. Antara sebab-sebab saluran kencing tersumbat adalah batu karang yang terbentuk di buah pinggang dan pundi kencing.

.

3).Tidak berkhatan

Kulup yang terdapat pada zakar memudahkan kuman terperangkap dan memasuki saluran kencing.

.

4). Hubungan kelamin

Anda akan lebih mudah mendapat jangkitan sekiranya pasangan anda mempunyai jangkitan. Pada wanita muda yang sedang aktif melakukan hubungan kelamin, risiko untuk mendapat jangkitan adalah lebih tinggi. Sebab utamanya adalah pemindahan bakteria E.coli (yang lazimnya hidup di dalam usus) ke dalam urethra.

.

5). Sistem imun lemah

Sistem imun anda adalah pertahanan badan anda terhadap jangkitan dan penyakit. Sistem imun yang lemah mungkin tidak mampu melawan kuman yang menyebabkan jangkitan saluran kencing. Sistem imun akan menjadi lemah sekiranya anda menghidapi penyakit jangka panjang seperti HIV atau diabetes.

Bagaimana Mengatasi dan Merawat Masalah Kencing Kotor?

Kebiasaannya antibiotik akan diberi bagi mengawal masalah ini. Jenis antibiotik bergantung kepada jenis bakteria yang terlibat.

Sebenarnya, ada cara bagi mengelakkan masalah kencing kotor ini dari berlaku, antaranya;

  • Elakkan dari menahan membuang air kecil ketika anda berasa perlu. Menahan dari membuang air kecil ketika perlu akan menyebabkan pembiakan bakteria-bakteria yang mungkin terdapat dalam air kencing.
  •  Pastikan anda minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini akan membantu pembuangan air kecil yang lebih kerap.
  • Sentiasa membersihkan kawasan intim sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin untuk mengelakkan pemindahan bakteria ke kawasan urethra atau vagina.
  •  Pastikan kawasan intim dibersihkan dengan betul dan dikeringkan sebelum memakai seluar dalam. Kelembapan menggalak pertumbuhan bakteria.
  • Ambil vitamin C secara berkala. Vitamin C akan meningkatkan tahap keasidan air kencing, seterusnya akan mengurangkan jumlah bakteria berbahaya yang mungkin terdapat dalam sistem saluran kencing.
  •  Elak bertukar-tukar pasangan kerana khuatir akan meningkatkan risiko jangkitan kuman pada kelamin seterusnya menjangkiti salur kencing.
  • Elak menggunakan produk kebersihan wanita ( feminine product) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada bahagia urethra selain elakkan douching.
  • Pakai seluar dalam jenis kapas yang menyerap kelembapan.
  • Tukar pad/pantiliner dengan kerap apabila haid bagi mengelakkan potensi jangkitan kuman dari berlaku.
  • Cuci najis dari depan kebelakang. Bukannya dari belakang ke depan bagi mengurangkan kemungkinan normal flora di usus (E Coli) yang keluar bersama najis menjangkiti salur kencing.
  • Kurangkan minum air bergas atau bercafein bagi mengelakkan kejadian kerap membuang air kecil terutama diwaktu malam.

Vitamin Shaklee untuk Masalah Kencing Kotor

Fungsi Vitamin:

ubat kencing kotor di farmasi,kencing kotor shaklee,shaklee kencing kotor,petua hilangkan kencing kotor,petua hilangkan kencing kotor ketika hamil

Garlic Complex Shaklee  dalam mengurangkan masalah kencing kotor ketika hamil dan selamat di ambil ketika hamil serta boleh meningkatkan antibodi ibu hamil. Garlic bertindak sebagai antibiotik untuk menghalang jangkitan kulat dan yis candida.

Selain dapat mengurangkan masalah kencing kotorketika hamil, Garlic Shaklee juga dapat mengurangkan masalah kegatalan serta alahan kulit kepada ibu hamil.

.

Sustained Released Vita-C Shaklee juga sangat sesuai diamalkan oleh ibu hamil yang mempunyai masalah kencing kotor. Vitamin C bertindak untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai dengan tahap kesihatan anda,anda boleh menghubungi saya.

Testimoni Pelanggan

Bagi anda yang pernah mengalami masalah kencing kotor, selalunya dinasihatkan meminum air masak dalam kuntiti yang mencukupi. Tapi , bila dah takde perubahan . Bagi wanita,doktor akan bekalkan dengan ubat jenis yang dimasukkan ke dalam vagina untuk mengelakkan jangkitan. Untuk lelaki, doktor kan bekalkan antibiotik untuk membunuh kuman

Testimoni 1 : Masalah kencing kotor semakin berkurang

.

Testimoni 2 :Tiada masalah kencing kotor sepanjang kehamilan 

kencing kotor shaklee,ubat kencing kotor, petua hilang kencing kotorkencing kotor shaklee,ubat kencing kotor, petua hilang kencing kotor

Alhamdulillah dua hari lepas checkup 37w bacaan hb terus kekal cantik. Dari awal trimester sampai sekarang maintain 11-12 bacaan hb.

Macam biasa, nurse catat semua tulisan biru. Means :

 tak ada kencing manis
 tiada kencing kotor
 berat tak naik mendadak
 tekanan darah normal
 bacaan hb minggu ni 12. Sangat cantik nurse cakap 😊

Result MGTT pula
💕 ambil kali pertama 3.9
💕 ambil kali kedua 4.0

 

Kencing Kotor atau UTI , ketahui bagaimana mengatasinya was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.