Antara Jamu dan Set Berpantang Shaklee? Yang Manakah Pilihan Hati

Bila usia kandungan mencecah 4-5 Bulan pasti kita akan mencari set-set bersalin/berpantang yang sesuai dan mudah untuk memulihkan tubuh setelah 9 bulan 10 hari melalui proses semulajadi.
.
Di Malaysia, pengambilan Jamu semasa berpantang sudah menjadi kebiasaaan kerana itu adalah amalan sejak zaman berzaman. Jika kita pergi ke kedai yang menjual produk herba, terdapat pelbagai jenama sehingga kita tidak tahu yang mana satu untuk dipilih. 

 .
Saya juga melalui situasi yang sama. Selain bertanya dengan rakan-rakan untuk meminta pendapat tentang set berpantang mana yang harus dipilih, saya juga mencari info sendiri melalui internet.
Saya sendiri pernah mengamalkan jamu selepas bersalin .Saya tak menafikan, jamu ada kelebihannya tersendiri.Kalau dilihat semula, jamu berupaya memanaskan badan ibu dan merawat dari dalam.
.
Namun kelemahan utama jamu ialah ibu tidak dapat mengamalkan pengambilan jamu sepanjang tempoh anak mengalami jaundice. Pernah saya disuruh untuk hentikan pengambilan jamu kerana badan Mia keluar ruam disebabkan jamu berunsur panas . Anak kedua saya pulak , Adam, ada G6PD,jadi pengambilan jamu perlu dielakkan
Tidak dilupakan pemilihan Set Bersalin semasa berpantang juga penting kerana ia melibatkan keseluruhan kehidupan kesihatan wanita itu.Bak kata orang tua-tua, kalau tak jaga betul-betul masa berpantang ni nanti bila dah tua/ berusia sedikit pasti akan sakit-sakit badan, bahagian intim longgar dan lain-lain lagi.

Tips Memilih Set Berpantang Selepas Bersalin

Konsep utama yang perlu ibu-ibu faham ialah : Matlamat pengambilan set bersalin ini adalah sama, tak kira jika anda mengambil Set Berpantang Shaklee atau set berasaskan herba dan jamu.
 .
Ramai lagi masih ragu-ragu untuk berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Berkesankah Set Berpantang Shaklee ini berbanding dengan set berpantang yang lain?
 .
❤ Herba dan jamu yang digunakan dalam set bersalin tradisional bertujuan untuk memberikan khasiat penyembuhan kepada ibu. Begitu juga Set Berpantang Shaklee.
Bezanya ialah, jamu menggunakan bahan-bahan mentah seperti herba dan sebagainya untuk diambil oleh ibu semasa berpantang. Setelah ibu menelan herba dan jamu berkenaan badan akan memproses bahan tersebut untuk mendapatkan khasiatnya; VITAMIN, mineral dan sebagainya.
 .
❤ Berbeza dengan Set Berpantang Shaklee, khasiat dan nutrien yang diperlukan telah pun diekstrak dengan pemantauan rapi dan diproses agar boleh terus diambil oleh pengguna tanpa membebankan hati dan buah pinggang.
 .
Perlu diketahui juga bahawa walaupun jika kita mengambil Set Berpantang Shaklee, amalan-amalan lain sewaktu dalam pantang seperti :
  • Bertungku
  • Berbengkung
  • Mandi herba
  • Berurut
 .
Masih tetap dilakukan seperti rutin berpantang lain juga. Maka tiada beza pun sebenarnya dari sudut amalan berpantang, yang berbeza hanyalah dari sudut penjagaan dalaman.
Jamu yang dimakan oleh ibu dalam pantang akan memberi kesan kepada bayi susuan. Kesan tersebut akan disekresi melalui susu yang dihisap oleh bayi.
.
Daripada pengamatan saya, ada bayi yang mengalami masalah kekuningan (jaundis) berpanjangan dan cirit-birit disebabkan ibu mengambil jamu semasa dalam tempoh berpantang. Pemakanan yang seimbang sudah mencukupi bagi ibu-ibu ini.
 

Apakah Perbezaan Jamu dan Vitamin ?

Persoalan menarik yang ingin saya utarakan pada hari ini adalah apakah perbezaan di antara jamu dan vitamin??

(1) Bahan kandungan

Vitamin : Setiap bahan di dalam vitamin dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Malah, ianya perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

Jamu : Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak pasti.

 .

(2) Khasiat dan penyerapan oleh badan

VitaminVitamin merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. 

Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau

Jamu Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang komplikasi memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat.
 .

(3) Kesan kepada bayi

Vitamin : Vitamin mengandungi bahan yang tidak membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrient melalui penyusuan bayi.

Ibu masih boleh mengambil Vitamin walaupun anak mengalami penyakit kuning atau nama glemernya JAUNDICE

Jamu : Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau tidak. Malahan kebanyakan jamu boleh meningkatkan risiko JAUNDICE kepada bayi.
 .

(4) Waktu pengambilan selepas bersalin

Vitamin : Pengambilan vitamin boleh diambil seawal hari pertama bersalin samada ibu itu bersalin secara normal atau caesarian (bedah)

JamuIbu yang bersalin secara caesarian tidak digalakkan untuk ambil jamu malahan ibu bersalin normal pun diminta untuk mengambil jamu 2 minggu selepas bersalin

Vitamin Berpantang Shaklee dan Fungsi

Nak pilih set Bersalin memang pening kepala. sebab tak Nak pilih set Bersalin memang pening kepala. sebab tak tahu mana yang betul-betul sesuai.
 .
Ada yang pilih herba tapi kena stop kerana anak ada jaundice. So, kena pantang herba. Nak makan macam-macam banyak pula pantang larang tok nenek kita dulu. betul tak?
 .
Sebagai alternatif, Set Bersalin/Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi.
 .
Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi. Malah kalau tak sempat habiskan semasa berpantang, ibu-ibu boleh sambung sampai habis.
.
Jimat bukan?
 .

B-Complex :

  • Sebagai penenang (anti-stress)
  • Elak kemurungan (meroyan)
  • Menstabilkan hormon semasa berpantang
READ :  10 Sebab Kenapa Perlunya Makanan Tambahan

.

Vitamin C :

  • Penting untuk pembentukan kolagen
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • meningkatkan imun badan seperti mencegah demam, selsema semasa berpantang

.

Multivitamin with Iron (Vitalea)

  • Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral
    yang diperlukan oleh badan
    tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang
    kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan).
  • Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin
READ :  Set Bajet Ibu Menyusu Shaklee

.

 

Energizing Soy Protein :

  • Mambantu penyerapan vitamin lain yang dimakan dengan lebih cepat 
  • Mencantikkan kulit dan rambut serta mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin
  • Memekatkan susu ibu dan susu lebih berkhasiat

Kesan Penggunaan Set Berpantang

#Testimoni 1 : Badan rasa segar dan tak letih, baby cepat kenyang sebab susu badan bertambah

Rahsia Disebalik Kenapa Berpantang 44 Hari,Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin,44 Hari Berpantang,testimoni set berpantang shaklee, set berpantang shaklee
 .

#Testimoni 2 : Selepas 1 minggu berpantang, Luka dah baik…Susu badan makin meriah

Rahsia Disebalik Kenapa Berpantang 44 Hari,Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin,44 Hari Berpantang,testimoni set berpantang shaklee, set berpantang shaklee
 .

#Testimoni 3 : Luka cepat sembuh, rasa bertenaga semasa berpantang dan susu banyak!

testimoni set berpantang shaklee,set berpantang shaklee, set berpantang terbaik
 .

#Testimoni 4 : dalam 1 minggu, luka bersalin pembedahan dah sembuh, tiada sembelit !

testimoni set berpantang shaklee,set berpantang shaklee, set berpantang terbaik
 .

#Testimoni 5: Tanpa jamu, hanyak vitamin shaklee . 

testimoni set berpantang shaklee,set berpantang shaklee, set berpantang terbaik
.

Apa kata ibu ibu yang mencuba Set Berpantang Shaklee?

☑ Luka bersalin cepat baik dan cepat kering
☑ Susu melimpah-limpah dan mampu menyimpan stok
☑ Boleh diambil 2 jam selepas bersalin walaupun baby menghidap jaundis / demam kuning
☑ Tiada lagi stress dalam pantang dan emosi tenang
☑ Badan lebih bertenaga dan mampu membuat kerja rumah
☑ Membantu mengurangkan berat badan anda kerana ESP mengenyangkan dan membantu meningkatkan metabolisme badan
☑ Kulit juga bertambah cantik dan ‘stretch mark’ cepat pudar
☑ Dan yang paling best ramai yang bertenaga dan tak rasa seperti dalam pantang!

✦ Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara normal atau caesar

✦ Boleh diambil walaupun bayi lahir pra – matang , mengalami demam kuning  (jaundis) mahupun G6PD
.
Terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memilih. Apa pun yang anda pilih untuk diambil semasa berpantang nanti, pastikan ianya benar-benar selamat untuk anda dan bayi. Jangan lupa amalan bertungku, memakai stokin semasa berpantang dan berbengkung untuk kesihatan dalam kita 🙂
 .
Selamat Berpantang!
 
————————————
Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Antara Jamu dan Set Berpantang Shaklee? Yang Manakah Pilihan Hati was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.