Kelebihan & Faedah Berbengkung Selepas Bersalin

Tidak boleh dinafikan betapa pahit-manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin.
.
Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. Namun begitu, amalan berpantang masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita Melayu.
.
Berbengkung adalah salah satu proses berpantang yang sejak dulu diamalkan. Mengikut tradisi orang Melayu, proses berpantang yang terbaik adalah selama 40 hari.
.
Tujuannya adalah untuk mengekalkan bentuk tubuh dan mengembalikan kesegaran serta kesihatan badan selepas bersalin.
.
Biasanya bengkung dipakai seawal 3 hari selepas bersalin sekiranya bersalin normal. Ia dipakai selama 24 jam. Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara.
.
Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.
.

Tahukah anda?

“Semasa mengandung, perubahan fizikal yang berlaku adalah untuk menampung keperluan bayi yang sedang membesar di dalam rahim dan juga kerana perubahan hormon. Menurut kajian, wanita selepas bersalin akan mengalami perubahan fizikal. Berbengkung akan membantu keadaan fizikal tubuh agar rapat dan kembali seperti sebelum mengandung.”

Kebaikan berbengkung

  • Mengembalikan bentuk tubuh badan asal dan membantu mengempiskan perut selepas bersalin
  • Mempercepatkan proses pengecutan rahim
  • Mengelakkan rasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin
  • Memberi sokongan pada perut apabila bergerak dan mengawal pergerakan supaya bergerak dengan kadar yang perlahan
  • Membantu proses penyusuan kerana postur badan yang baik ketika berbengkung
  • melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal
  • memecahkan lemak dan selulit
  • mencegah dari makan berlebihan
  • merapatkan vagina yang telah regang dan longgar

Kesan tidak berbengkung 

  • Perut menjadi buncit, menggeleber dan susah untuk kempis kembali
  • Senang rasa lenguh badan
  • Sukar untuk mengembalikan saiz punggung kepada keadaan asal
Dapat disimpulkan disini bahawa berbengkung ketika berpantang dapat membantu menyelesaikan masalah yang mungkin akan timbul. Disiplinkan diri untuk berpantang sejak dari anak pertama lagi. Kecantikan luaran dan dalaman seharusnya tidak boleh diambil mudah biarpun sudah mempunyai ramai anak.
 

Pemakaian Bengkung Yang Sempurna

Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai secara ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang atau hari kemudiannya.
.
Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (namun sekarang ada wanita yang memakainya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari).
.
Pemakaian Bengkung Yang Sempurna ,kelebihan berbengkung, manfaat berbengkung
Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara.
.
Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.
  1. Lapiklah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
  2. Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
READ :  Disahkan Kanser Prostat Tahap 4,Kini Kesihatan Ayah Semakin Pulih
Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.
 
————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima
jadual pengambilan vitamin
tips ekslusif
konsultasi percuma berterusan
layak dijemput ke ekslusif group di FB.
————————————
Kelebihan & Faedah Berbengkung Selepas Bersalin was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.