Kelahiran Secara C-Section atau Pembedahan Caesarean: 10 Perkara Yang Jarang Diberitahu!

sebab bersalin ceaser,bersalin secara pembedahan
Pembedahan caesarean atau kelahiran secara c-section (caesarean) melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda,  agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung.
.
“Puan kena menjalani pembedahan. Puan tak boleh bersalin normal kerana kandungan puan ada masalah” Kata-kata dari seorang doktor ini memang menggerunkan terutamanya kepada ibu hamil yang pertama kali bersalin secara ceasarean.
.
Ibu ibu, jangan risau. Zaman sekarang ni dunia perubatan sudah canggih. Apa yang penting anak dan ibu selamat. Cuma ibu hamil perlu kuatkan mental untuk menghadapi kaedah bersalin secara pembedahan atau czer ini.
.
Apabila bersalin pembedahan ini cara berpantangnya berbeza sedikit. Malah perlu dijaga dengan lebih rapi lagi.
 

5 Sebab Kenapa Ibu Perlu Melalui Pembedahan Caesarean Secara Terancang

Di hospital kerajaan,doktor akan lakukan dan usahakan sehabis daya supaya si ibu selamat bersalin secara normal, akan tetapi kelahiran atau bersalin secara pembedahan atau caesarean terpaksa dilakukan jika ibu ada mengalami masalah seperti;

  • Kedudukan bayi masih  songsang sewaktu tarikh untuk bersalin hampir tiba.
  • Si ibu mempunyai rahim berkembar (bikornuat)
  • Si ibu mempunyai tulang pelvis atau punggung yang sempit,mungkin lebih berisiko untuk bersalin secara pembedahan pada kehamilan akan datang.
  • Ibu mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung yang boleh mempengaruhi ibu dan bayi.
  • Ibu mempunyai penyakit yang boleh disalurkan kepada bayi jika melalui kelahiran secara normal.
  • Ibu melahirkan lebih dari seorang anak (anak kembar),berulang kali menjalani pembedahan Caesarean meningkatkan risiko rahim koyak atau lebih dikenali sebagai uterinerupture jika melalui kelahiran secara normal.
 

Kelahiran Secara C-Section  atau Pembedahan Caesarean: 10 Perkara Yang Jarang Diberitahu!

10 perkara yang biasanya dilalui ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan, tetapi jarang dikongsikan
.
Biasanya, perkara ini sering terlepas pandang dalam perkongsian pengalaman bersalin secara pembedahan oleh ibu-ibu yang berpengalaman.
.
Mungkin terlalu ‘excited’ dengan kehadiran orang baru, sampaikan terlupa detik-detik cemas yang baru dilalui. Bak kata orang, tengok jer muka baby kesayangan, lupa segala kesakitan. Betul tak ibu-ibu?
bersalin pembedahan ceaserean
.

1. Anda mungkin menggigil tanpa henti sepanjang proses pembedahan

Yup, betul. Majoriti ibu-ibu menggigil bukan secara sukarela, dan tak mampu di’control’ sepanjang tempoh pembedahan dilakukan. Pelik kan? But it’s perfectly normal, menurut doktor.
.
Badan anda mungkin akan mula menggigil kerana semasa pembedahan, suhu badan anda akan jatuh. Ini adalah kerana ubat anestetik yang diberi mengurangkan kadar kawalan suhu badan anda dan biasanya bilik pembedahan adalah sejuk.
.
Anda mungkin mendapati keadaan ini agak menggentarkan, tetapi ia tidak membahayakan dan biasanya berlarutan selama setengah jam sahaja. Jururawat atau bidan yang menjaga anda akan memastikan badan anda dipanaskan dengan selimut pemanas.

2. Anda mungkin merasa seperti ditarik sedikit ketika bayi dikeluarkan

Berita baiknya ialah anda akan benar-benar merasa kebas dari perut ke bawah semasa pembedahan (sehinggalah beberapa jam selepas itu), jadi anda tidak akan sakit walau sedikitpun ketika dibedah.
.
Tetapi ada sesetengah ibu yang share bahawa mereka merasa sedikit tolakan dan tarikan ketika bayi dikeluarkan dari perut.
.
Especially untuk ibu-ibu yang posisi bayi mereka ke atas sedikit iaitu berdekatan bahagian tulang rusuk. Jika ini berlaku, anda tak perlu cemas, tarik nafas dalam-dalam agar anda berasa selesa.
.
Jika perlu, maklumkan kepada doktor untuk menasihati apa yang patut anda lakukan.
 

3. Anda mungkin akan ‘membeku’ dalam bilik pembedahan (OT)

Kerap kali Kak Danita dengar dari pengalaman kawan-kawan yang mengadu tentang bilik OT yang teramat sejuk hingga terasa macam nak ‘beku’..
.
Benar, suhu di bilik OT biasanya lebih rendah untuk mengekalkan sterility, mencegah kelembapan dan megelak kehadiran bakteria.
.
Sebenarnya, suhu bilik pembedahan tidaklah terlalu sejuk kerana doktor telah menaikkan sedikit suhu untuk accomodate kelahiran si kecil, tapi memandangkan keadaan anda yang separuh bogel dan ubat anestetik yang menyebabkan badan tidak dapat mengawal suhu badan, tidak hairanlah jika ibu-ibu rasa macam nak ‘beku’ dan menggigil tak henti pulak tu. Tapi anda tak perlu risau, anda akan diberikan selimut hangat untuk membantu memanaskan badan sepanjang tempoh pembedahan.
 

4. Anda akan mendapat bonus “urutan kaki”

Selepas pembedahan doktor anda akan memasang sejenis peralatan urutan kaki yang kelihatan seperti kasut but yang besar dikenali SCDs, yang berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah anda dan mengelakkan pembekuan darah.
.
Mungkin kelihatan sedikit pelik pada mulanya (kerana ia menggelembung dan mengempiskan berulang kali), tetapi lebih cepat peredaran darah anda kembali normal, lebih cepat petugas perubatan menanggalkan peralatan tersebut.
.
Tetapi tidak semua hospital menyediakan peralatan ini. Antara kaedah lain yang biasa dipraktikkan di hospital kerajaan di Malaysia untuk menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan darah beku ialah melalui suntikan yang diberikan 2 kali sehari selama beberapa hari.
 

5.Ubat pelembut najis = BFF anda yang baru

Sembelit atau kesukaran membuang air besar selepas pembedahan C-section merupakan antara masalah utama ibu-ibu, kerana agak sukar untuk meneran dalam keadaan perut yang sakit akibat pembedahan.
.
Mengambil pelembut najis selepas bersalin akan memudahkan proses pelawasan dan membantu anda membuang air besar tanpa kesakitan..
.
Jangan pula anda menahan dari membuang air besar kerana takut luka pembedahan terbuka!
.
Luka pembedahan anda dijahit rapi dan kemas, ia tak mungkin terbuka hanya kerana anda membuang air besar, ia tak mungkin berlaku!
 

6. Batuk, bersin dan muntah akan menyakitkan!

Yup, memang tak dapat dinafikan, even berdehem dan ketawa pun terasa sakit kat perut. Ada kaedah yang boleh membantu anda mengurangkan kesakitan jika anda perlu bersin atau batuk. Ambil bantal dan lekapkan pada perut anda dan tekan sedikit.
.
Ia sangat membantu untuk menyokong abdomen anda sewaktu batuk atau bersin kerana mengenakan tekanan pada bahagian perut yang baru dibedah boleh mengurangkan kesakitakan akibat pengecutan otot ketika anda batuk atau bersin.
.
Kesakitan mungkin agak ketara pada minggu pertama, namun ia akan beransur lebik baik apabila luka pembedahan anda semakin sembuh.
 

7. Senaman adalah segala-galanya

Bukan bermakna anda perlu melakukan senaman berat, tidak. Tetapi ibu-ibu yang baru menjalani pembedahan seharusnya cuba untuk bangun dan berjalan-jalan disekitar bila doktor dah bagi ‘green light’.
.
Biasanya hari kedua atau ketiga selepas pembedahan, anda dah boleh mula bangun.
.
Memang perit pada mulanya, tapi ini perlu dilakukan untuk mengelakkan darah beku dan menggalakkan peredaran darah. Darah beku sangat bahaya tau, boleh menyebabkan kematian!
.
Jadi, jangan takut untuk bergerak, lakukan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Dapatkan pertolongan suami atau jururawat jika anda perlukan bantuan.
 

8. Darah nifas akan keluar sebagaimana ibu-ibu yang bersalin normal

Ada ibu-ibu yang ingat bila bersalin secara pembedahan, darah nifas tidak lagi keluar. Sebenarnya, anda juga akan mengalami pendarahan sebagaimana ibu-ibu yang bersalin normal, mungkin tidak sebanyak mereka tapi ia masih berlaku.
.
Ini kerana, dinding rahim anda perlukan masa untuk pulih sendiri setelah plasenta terpisah dan saluran darah anda akan bertindak-balas dengan perubahan hormon selepas bersalin.
.
Lagipun, lapisan darah tebal yang terbentuk dalam rahim untuk menyokong bayi anda sepanjang tempoh kehamilan perlu ‘gugur’ dengan sendirinya dan akan mengambil masa selama beberapa minggu.
.
Jangan bimbang, biasanya pendarahan ini adalah ringan dan akan mengambil masa paling lama pun 6 minggu sahaja.
 

9. Parut pembedahan mungkin menakutkan anda!

Sesetengah ibu mengakui bahawa mereka tidak menyedari kepentingan bentuk parut yang bakal kekal diperut mereka kelak.
.
Penjagaan luka ketika dalam pantang mungkin mempengaruhi parut pembedahan anda. Anda bertuah jika parut itu lama-kelamaan pudar dan hanya kelihatan seperti garis halus sahaja.
.
Tapi ada juga ibu-ibu yang mendapat parut jenis keloid yang agak tebal dan jelas kelihatan. Bagaimana nak jaga luka pembedahan?
.
Pastikan luka anda sentiasa kering (boleh keringkan dengan hair dryer setiap kali selepas mandi) dan elakkan dari menyapu sebarang gel atau krim dalam tempoh 6 minggu pertama kerana ia mungkin menyebabkan infection.
.
Luka pembedahan biasanya tidak memerlukan sebarang sapuan krim atau ubat-ubatan melainkan ia mengalami infeksi dan dibekalkan ubat atau krim antibiotik oleh doktor. Hanya pastikan ia sentiasa kering!
 

10. Perut anda mungkin kembung selepas pembedahan (sehingga meyebabkan kesakitan hingga ke bahu!)

Kehadiran gas dalam perut anda boleh menekan diafragma, dan kesakitan mungkin merebak ke bahu. Untuk mengurangkan kesakitan, anda boleh mendapatkan ubat anti-gas dari jururawat, dan segera berjalan disekitar seberapa segera yang mungkin.
.
Kembung perut mungkin berlanjutan sehari atau lebih. Pastikan anda boleh kentut atau mengeluarkan angin sekurang-kurangnya sehari selepas pembedahan. Jika ini tidak berlaku, maklumkan pada jururawat atau doktor untuk rawatan. Sudahlah sakit akibat dibedah, jika perut juga meragam akibat kembung, tak senang duduk dibuatnya anda nanti.
.
Rasanya cukup perkongsian dari Kak Danita untuk kali ini. Entry kali rasanya memang lain dari yang lain dan semoga ia memberi manfaat untuk ibu-ibu sekalian, terutamanya ibu-ibu yang bakal melalui proses bersalin secara pembedahan untuk kali pertama.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Berpantang

Nak pilih set Bersalin atau set berpantang  memang pening kepala, sebab tak tahu mana yang betul-betul sesuai.
.
Ada yang pilih herba tapi kena stop pengambilan kerana anak ada jaundice (demam kuning).
.
Sebagai alternatif terbaik dan selamat diamalkan , Set Bersalin/Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi.
.
Set Berpantang Shaklee boleh diamalkan selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

Ini antara supplements untuk berpantang ceaser atau normal.

  • Keperluan lengkap yang menyeliputi  untuk DALAMAN & LUARAN WANITA .
  • Tak seperti produk yang lain yang ada banyak pantang larang dan mungkin ada kesan sampingan.
  • Tak perlu risau takut anak akan terkena jaundice atau penyakit kuning. Boleh mula dimakan dari hari pertama sejurus selepas bersalin.
  • Membantu ibu lebih bertenaga walaupun baru lepas bersalin .
  • Bonus bagi ibu yang menyusukan di mana kulit anak jadi lebih gebu dan cantik.
  • Boleh ubat penyakit buasir si ibu
  • Yang penting luka bersalin/pembedahan cepat baik!
set bersalin shaklee untuk czer,set berpantang terbaik,set berpantang shaklee,kebaikan set berpantang shaklee
Set bersalin Shaklee untuk ibu bersalin normal atau czer (pembedahan

Kebaikan dan keistimewaan setiap item dalam Set Berpantang terbaik dari Shaklee  :

READ :  5 Tips Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Set Berpantang

Energizing Soy Protein :

  •  membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama (memperbanyakkan susu badan)
  • pemberi dan meningkatkan tenaga kepada ibu berpantang.
  • mencantikkan kulit ibu
  • mengurangkan keguguran rambut ibu
  • hilangkan stretchmark atau selulit selepas bersalin
  • kawal selera makan untuk jaga badan dan turunkan berat badan selepas bersalin
READ :  Kelebihan & Faedah Berbengkung Selepas Bersalin

.

Sustained Release Vita C :

  • penting untuk menyembuhkan dan  mengeringkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal mahupun ceaserian.
  • membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin.
  • merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit.
  • meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.
READ :  Pantang Larang Semasa Dalam Berpantang

.
Vitalea Iron Formula  :

  • Melengkapkan nutrisi dalam badan semasa berpantang
  • memberi tenaga kepada si ibu.
  • mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah.
  • mengelakkan si ibu berasa letih dan kelesuan.

.

B Complex

  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B
  • membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus,
  • menstabilkan hormon dan mengawal stress

.

Ostematrix

  • elakkan masalah sembelit masa pantang.
  • mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu yang berpantang.
  • meredakan saraf dan ibu dapat tidur  lena
  •  membekalkan si ibu keperluan kalsium yang cukup untuk menghasilkan susu ibu 40% susu ibu ialah daripada kalsium .

Kesan Penggunaan dan Testimoni Set Berpantang Shaklee 

#Testimoni 1: Set berpantang shaklee terbaik dapat banyakkan susu badan, menurunkan berat badan selepas bersalin ,luka bersalin cepat kering 

testimoni set berpantang shaklee,review set bersalin,set berpantang terbaik, set berpantang shaklee

.

#Testimoni 2: Mengamalkan Set Berpantang Shaklee selepas kali ke tiga bersalin secara pembedahan cearserean. Luka jahitan cepat kering, rasa bertenaga dan banyak susu dalam berpantang

testimoni set berpantang shaklee,review set bersalin,set berpantang terbaik, set berpantang shaklee
.

#Testimoni 3: Set Berpantang Shaklee adalah pilihan terbaik ,rasa lebih bertenaga sepanjang berpantang ,jahitan bersalin lebih cepat kering dan sembuh

testimoni set berpantang shaklee,review set bersalin,set berpantang terbaik, set berpantang shaklee

Terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memilih. Apa pun yang anda pilih untuk diambil semasa berpantang nanti, pastikan ianya benar-benar selamat untuk anda dan bayi.
.
Jangan lupa amalan bertungku, memakai stokin semasa berpantang dan berbengkung untuk kesihatan dalam kita 🙂
Selamat Berpantang!


Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Kelahiran Secara C-Section atau Pembedahan Caesarean: 10 Perkara Yang Jarang Diberitahu! was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.