Hikmah Keguguran Dalam Islam

Keguguran janin yang kita harapkan sebagai penyeri dalam sesebuah rumah tangga, memang memeritkan. Hanya hati yang tahu bagaimana perasaan tu .

Ini adalah kisah saya sendiri.Pada tanggal 22hb November adalah sejarah yang tak mungkin saya lupakan, bila janin yang saya harapkan gugur ke bumi. Alhamdulillah, saya tak perlu menjalani kaedah D&C yang menakutkan disebabkan saya mengalami keguguran sempurna (complete miscarriage) , jadi dapatlah saya lihat karung janin dari rahim saya yg baru sebesar telur ayam.

Ya, itu anak saya.Cuma, Allah lebih sayang padanya

Jadi, saya cuba semak semula. Sewaktu awal perkahwinan , saya tak tau jika ada satu kabur tak jelas pada tes kehamilan itu maknanya kita hamil ! Tapi dek kerana kurang ilmu pengetahuan, saya abaikan & berfikir mungkin itu false alarm kerana saya baru sahaja 3 minngu berkahwin, dan sebab takut dengan harapan. Walaupon tanda tanda kehamilan seperti cepat letih, selalu nak ke tandas buang air kecil memang dah ada. & saya tak amalkan makanan seimbang & supplement.

Sebenarnya, saya bunting pelamin .Jadi dalam seronoknya ber’honeymoon’ , saya sendiri kurang menitik beratkan kesihatan diri sendiri.yang penting enjoy. Saya tahu yang saya benar benar hamil setelah sampai di hotel, dah ada 2 line merah yang terang di tes kehamilan. Allah huAkbar! Betapa gembiranya saya & suami walaupon baru sebulan kami dirikan rumah tangga.

Tapi , setelah balik dari honeymoon, saya rasa seakan senggugut di bahagian ari ari, tapi saya menidakkan rasa hati yang negatif. Sehinggalah keesokan harinya , semasa mandi, ada darah seakan haid bertompok coklat pada seluar dalam (opppss), Dengan cepat, saya beritahu suami & terus dibawa ke hospital bahagian kecemasan.

Setelah dicheck oleh doktor , saya terus ditolak masuk ke wad untuk rawatan susulan. Dan disitulah sejarahnya .Saya dapat rasakan kandungan 5 minggu dalam rahim 

❝ Allah menyebut di dalam firmanNya, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”, surah Al-Baqarah ayat 216. 

Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, saya kembali hamil setelah 2 bulan keguguran. Mungkin ini rezeki yang terindah.Di samping sentiasa berdoa supaya Allah lindungi kami dari mala petaka. Bersangka baik pada setiap ujian Allah .

READ :  Surah dan Doa Amalan untuk Ibu Hamil

Ini adalah kandungan saya sekarang , Insyaallah dijangka bersalin bulan 10 / 2014 :

 

Doa mengelakkan keguguran, hikmah disebalik keguguran dalam islam, hikmah disebalik keguguran, proses keguguran janin
Dan , pada 26/10/2013 lahirlah puteri sulung kami PUTERI DAMIA ALISYA dengan berat 2.69kg
 

HIKMAH KEGUGURAN DALAM ISLAM

Saya mengingatkan di sini, sekiranya anda keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.
.
Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.
.
Lagi satu, Apabila kita mengandung tetapi keguguran, ini menunjukkan bahawa puan-puan boleh mengandung dan tak mengalami primary infertility iaitu kemandulan. Ini terutamanya kepada mereka yang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi belum mengandung.
.
Maknanya, peluang puan-puan untuk menimbang cahaya mata masih ada. Ramai yang saya terjumpa sukar mengandung bertahun-tahun, tetapi selepas mengalami keguguran, beberapa bulan selepas itu, maka Allah mengurniakan sekali lagi peluang untuk menjadi ibu. Syukurlah.
.
Allah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji dan teruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Disebalik ujian pasti ada hikmah dari Nya.
 .
Wallahu Alam.
Semakin berat ujian semakin besar pahala dan hikmahnya. Dan semakin tinggi iman seseorang atau sebuah keluarga semakin berat pula ujiannya.
“Demi Allah,” sabda Rasulullah sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke surga dengan tali pusarnya, jika ibunya itu ikhlas.”
.
Subhaanallah. Demikian luar biasa pahala dan hikmah keguguran. Jika ujian itu dihadapi dengan ikhlas, sang ibu akan masuk syurga kerananya. Sebuah balasan yang sangat mulia dan mahal nilainya.
Doa mengelakkan keguguran, hikmah disebalik keguguran dalam islam, hikmah disebalik keguguran, proses keguguran janin

 

Hadits lain dari Ali bin Abi Thalib bahkan menyatakan bukan hanya ibu yang “terselamatkan” berkat keguguran yang dihadapi dengan penuh keikhlasan, melainkan juga sang ayah.

“Sesungguhnya janin yang keguguran akan memohon dengan sangat kepada Rabbnya, jika kedua orang tuanya masuk neraka. Sehingga dikatakan kepadanya, ‘Wahai janin yang memohon pada Tuhannya, masukkanlah kedua orangtuamu ke dalam surga. Kemudian janin itu pun menarik mereka dengan tali pusarnya menuju surga.”

 

Jika Anda Sedang Hamil, Amalkan Doa Elakkan Keguguran :

Doa mengelakkan keguguran, hikmah disebalik keguguran dalam islam, hikmah disebalik keguguran, proses keguguran janin
Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

Terjemahannya:

Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Cara-cara Bacaan.

Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.

Inilah antara doa amalan yang saya amalkan sepanjang kehamilan, dan Alhamdulillah,kehamilan kedua saya dianugerahkan seorang puteri yang sihat dan comel.

READ :  Menjana Pendapatan dengan Shaklee Bisnes Online

Jadi, kita sebagai manusia, teruskanlah berusaha..jangan putus asa. Kita ada Allah dan Dialah sebaik baik perancang

Vitamin Yang Saya Amalkan Semasa Berpantang Selepas Keguguran

Betapa sakit perasaan diuji hanya Allah yang tahu, bila terpaksa berpantang tanpa bayi.Tapi setiap yang datang, pasti ada hikmahnya. Setelah keguguran, saya betul2 jaga kesihatan. Pesan doktor kepada saya, untuk dapatkan janin yang sihat, ibu perlu sihat & jaga kesihatan.
.
Saya amalkan Set Berpantang Selepas Keguguran Shaklee selepas keguguran kerana berpantang selepas keguguran lebih perlu diberikan perhatian berbanding berpantang selepas bersalin.
Syukur ke hadrat Allah Ya Ghaniy, Ya Mughni..selepas 3 bulan keguguran saya disahkan hamil. Dan Alhamdulillah kandungan sihat tanpa sebarang masalah
fungsi dan keberkesanannya untuk menyembuhkan organ dalaman serta membantu memberi kehamilan semula yang berkualiti sekaligus dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang.
set berpantang selepas keguguran, rawatan selepas keguguran,sembuh selepas keguguran. berpantang lepas gugur, kaedah berpantang

Anda mempunyai pilihan samada ingin dapatkan , biasanya 1 set adalah untuk 4 bulan penggunaan. Maknanya, walaupun selepas berpantang , si ibu masih boleh meneruskan pengambilan vitamin untuk membekalkan nutrisi dalam badan dan persediaan sebelum kembali hamil

  • Set Asas Berpantang Selepas Keguguran
  • Set Lengkap Berpantang Selepas Keguguran
READ :  Jenis Kegemukan dan Cara Mengatasinya

.

Biar saya terangkan ciri-ciri dan kelebihan  menggunakan set berpantang selepas keguguran ini Shaklee ini . Saya mahu anda anda juga dapat mendapat faedahnya seperti yang pernah saya alami
✅ Selamat Dimakan 
✅ Melengkapkan Nutrisi yang Diperlukan Badan
✅ Si ibu Lebih Cergas Dan Bertenaga
✅ Cepat Menyembuhkan Luka Dalaman
✅ Menstabilkan Emosi Si Ibu Semasa Berpantang
✅ Tempoh Berpenggunaan yang Lama
✅ Harga Yang Berpatutan
✅ Meningkatkan Sistem Imun Si Ibu
✅ Tingkatkan Kesuburan
✅ Menguatkan Rahim
 
————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAUPUN
♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Hikmah Keguguran Dalam Islam was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.