Cara Tingkatkan Metabolisme Badan untuk Kurus Dengan Cepat

Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza mengikut gaya hidup masing-masing. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah.
.
Ada orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari.Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya.
.
Oleh itu, amat penting untuk anda mengenalpasti jenis metabolisme badan anda.  Bagaimana ingin mengetahui jenis metabolisme badan anda? Rujuk pada entry post saya sebelum ini
 .
Namun pendapat ini bukan 100 peratus tepat kerana semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.Hakikatnya, jika kita makan banyak melebihi tenaga diperlukan, kita pasti mengalami masalah pertambahan berat badan. Jika kurang makan tetapi banyak menggunakan tenaga, berat badan akan berkurang
Tahukah anda ?
Setiap tahunnya, kemampuan tubuh untuk membakar kalori akan berkurang. Metabolisme menurun sebanyak 30 persen sepanjang usia dewasa. Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun.
.
Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.

Apa yang mempengaruhi kadar metabolisme 

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme badan. Sebahagian daripada faktor tersebut boleh diubah dan sebahagiannya pula adalah tetap. Antara faktor yang mempengaruhi metabolisme seseorang adalah:

☑️ Umur – Kadar metabolisme untuk yang berumur 40 tahun ke atas akan berkurangan sebanyak 5% pada setiap dekad kenaikan.

READ :  PENGLIHATAN MAK BERTAMBAH BAIK DENGAN SHAKLEE VIVIX

☑️ Jantina – Lelaki akan membakar kalori lebih berbanding seorang perempuan.

☑️ Faktor baka / keturunan

☑️ Body mass Index – Kadar metabolisme akan meningkat dengan pertambahan otot badan anda.

☑️ Masalah hipotiroidisme – Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

 

Metabolisme membabitkan tiga perkara asas 

Pertama ialah kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan kalori harian untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75 peratus daripada tenaga harian untuk tugas ini.
 .
Kedua ialah pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10 peratus daripada kalori harian digunakan untuk proses ini.
 .
Ketiga ialah aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti dilakukan.
 

Cara Tingkatkan Metabolisme Badan untuk Kurus Dengan Cepat

 
 

(1) Memakan Sedikit Tapi Kerap

Kekerapan yang sesuai adalah 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit. Ini akan membuatkan anda sentiasa fikir yang anda sentiasa kenyang disebabkan banyak kali makan. Ini akan membuatkan kadar metabolisme badan anda meningkat disebabkan proses penghadaman anda sentiasa berjalan berbanding dengan hanya 3 makan berat dalam sehari.

(2) Memakan Makanan Yang Pedas

Makanan yang pedas menandingi capsaicin yang mana akan meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 50% dalam tempoh 3 jam selepas makan. Ini adalah disebabkan juga oleh meningkatnya kadar degupan jantung.

(3) Memakan Ikan

Dengan hanya memakan ikan, anda berupaya untuk membakar hingga 400 kalori makanan. Protein dalam makanan menyebabkan badan anda terpaksa meggunakan kalori yang banyak untuk mencernakannya. Selain itu juga, kandungan Omega-3 dalam ikan juga amat bagus untuk jantung anda.

(4) Memakan makan yang Berunsurkan Fiber

Makanan yang berunsurkan fiber akan menyebabkan badan anda banyak menggunakan kalori untuk mencernakannya. Beberapa fakta penting berkenaan fiber dan kalori adalah
a) Untuk sesetengah makanan yang mengandungi fiber, badan memerlukan lebih ataupun hampir sama kalori untuk mencernakan makmanan tersebut.
 .
b) Sayuran yang mempuyai daun hijau yang gelap adalah sumber fiber yang bagus. Selain itu, buah yang dikeringkan juga adalah merupoakan sumber fiber yang sangat bagus. Contohnya adalah Aduki, Fava beans, whole wheat, pasta, raspberries, bran dan barli.

(5) Meminum air yang secukupnya.

Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water).
.
Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.
Meminum air yg secukupnya akan membolehkan badan anda bekerja seoptimum yang mungkin. Bila proses pencernaan berlaku semaksimum mungkin , tubuh anda akan menggunakan banyak kalori.
 

Vitamin Shaklee untuk Meningkatkan Metabolisme Badan

Cinch Shake Mix Shaklee merupakan makanan berzat yg sedap untuk memelihara otot yang penting dan menjadikan anda merasa kenyang dan menghilangkan berat badan secara optimum.
.
Kebanyakan diet yang lain menyebabkan kita kehilangan bukan sahaja lemak, malah pada masa yang sama  kita kehilangan otot.. Sebenarnya otot sangat penting untuk membakar lemak di dalam badan .Tanpa otot kita hilang keupayaan untuk membakar lemak dan sebab itulah kadar metabolisme badan semakin menurun
.
Protein dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan. Ini kerana, badan kita membakar kalori dua kali ganda semasa menghadamkan protein berbanding karbohidrat .Disamping memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan tenaga yang berpanjangan

# Testimoni 1

# Testimoni2

# Testimoni 3

————————————
Saya Nornadia Mansor ,  ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Cara Tingkatkan Metabolisme Badan untuk Kurus Dengan Cepat was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

6 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.