Bronkitis : Tips Merawat Anak Yang Disyaki Acute Bronchitis

pneumonia bayi,baby kena bronchitis,bronkitis pada bayi malaysia,bronkitis pada anak,bahayakah bronkitis pada bayi

Baru baru ni anak kedua saya, Adam (1 tahun 5 bulan) ,mengalami batuk .Boleh dikatakan batuk setiap malam. Tapi lepas makan,batuk pon reda. Tapi tidak hari ini, Adam batuk tak henti henti (dari bangun sampai la hampir 2 jam) ,sampai merah mata sebab batuk non stop,nampak dia penat dan tak selesa

Terus saya ajak suami ke  klinik. Haihh..lama jugakla tunggu doktor (waktu genting ni, kejap pon rasa lamanyaaa lahai) . Doktor check dada Adam ,nampak berombak,nafas berbunyi. Jadi doktor decide untuk bagi nebulizer. Kemudian, doktor check sekali lagi minta kami rujuk Adam pada pihak hospital dan mungkin kena warded 😂

Doktor bagi surat rujukan untuk pass pada pihak hospital. Sempat la saya baca surat tu. “Suspect acute bronchitis”.  Terus kami bawak adam ke hospital sungai bakap tanpa berlengah …Dalam perjalanan ke hospital, barulah Adam dapat lelapkan mata sebab nebulizer membantu untuk cairkan kahak. Sampai di hospital, bermulalah episod kedua. Nanti saya akan ceritakan dengan detail

anak kena bronchitis,bahaya bronkitis,bahaya bronkitis,pengalaman anak bronkitis,baby kena bronchitis
Surat Rujukan Pada Pihak Hospital

Jom kita fahami info mengenai Bronkitis / Bronchitis/ Bronchilitis (banyak nama samaran 😛)

Apa itu Bronkitis / Bronchitis/ Bronchilitis?

Bronkitis ialah sejenis keradangan atau bengkak pada tiub bronkial (bronkus), saluran udara antara mulut dan hidung dan paru-paru.

Keradangan ini mengakibatkan permukaan bronkus menebal disertai peningkatan pengeluaran mukus (kahak) yang membuatkan saluran pernafasan menjadi sempit.

Penyakit ini biasanya bersifat ringan dan pada akhirnya akan sembuh sendiri dalam masa 10 -14 hari. Walaupun ringan, namun kadang – kadang penyakit bronkitis boleh sangat mengganggu, terutamanya jika disertai sesak nafas, dada terasa memberat, dan batuk berpanjangan.

Ketahui jenis jenis bronkitis?

Bronkitis mungkin akut atau kronik:

▶Bronkitis akut (acute bronchitis)

Bronkitis akut adalah penyakit yang tidak berpanjangan, biasanya disusuli dengan jangkitan selesema atau virus . Antara gejalanya adalah batuk dengan lendir, ketidakselesaan dada atau kesakitan, demam, dan, kadang-kadang, sesak nafas. Bronkitis akut biasanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu.

Sesiapa sahaja boleh memperoleh jenis bronkitis, tetapi ia adalah yang paling biasa berlaku pada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua. Ia biasanya menyerang semsas selesema, demam, atau jangkitan virus lain. Virus yang mencetuskan pengeluaran mukus dalam sinus anda atau menyebabkan sakit tekak lalu menyerang tiub bronkial 

▶Bronkitis kronik

Salah satu daripada gejala utama bronkitis akut ialah batuk yang berlangsung selama beberapa minggu. Ia kadang-kadang boleh bertahan untuk beberapa bulan sekiranya tiub bronkial mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Ia adalah perkara biasa untuk gejala bronkitis kronik menjadi lebih buruk dua kali atau lebih setiap tahun, dan mereka sering lebih teruk semasa musim sejuk.

READ :  Si Ibu Berjaya Atasi Ruam Pada Kulit Anak Dengan Herbal Blend Cream

Gejala atau Simptom bronkitis

Tanda-tanda dan gejala-gejala kedua-dua bronkitis akut dan kronik termasuk:

  • Batuk: selama 2 – 3 minggu, pada awalnya tidak berkahak, dalam satu hingga dua hari kemudian akan keluar kahak yang berwarna putih atau bewarna kuning, kemudian kahak akan bertambah banyak, dan akan berubah warna menjadi hijau.
  • Demam dan seram sejuk
  • Dada berombak atau rasa ketat
  • Sesak boleh diserti bunyi berdehit atau “ngik”, terutama selepas batuk.
  • sakit kepala
  • hidung tersumbat dan sinus

Walau bagaimanapun, batuk yang tak sembuh juga boleh menjadi tanda penyakit yang lain seperti asma atau radang paru-paru .

Diagnosis bronkitis

Doktor akan bertanya tentang gejala dan khususnya batuk.- bertanyakan tentang sejarah perubatan pesakit, sama ada mereka telah baru-baru ini mengalami selsema atau demam, sejarah keluarga

Doktor biasanya akan menggunakan stetoskop untuk mendengar apa-apa bunyi yang tidak normal dalam paru-paru.

Mereka juga boleh memeriksa lendir atau menguji tahap oksigen dalam darah, dan mungkin mengesyorkan X-ray dada, paru-paru ujian fungsi paru-paru, atau ujian darah.

Ya, kesemua diagnosis ni dijalani oleh Adam semasa pemeriksaan kesihatan sebelum dimasukkan ke wad. Jika keadaan tak stabil, doktor akan masukkan pesakit kedalam wad untuk pemantauan rapi

anak kena bronchitis,bahaya bronkitis,bahaya bronkitis,pengalaman anak bronkitis,baby kena bronchitis
tetap aktif bermain walaupon sakit. Alhamdulillah

.

anak kena bronchitis,bahaya bronkitis,bahaya bronkitis,pengalaman anak bronkitis,baby kena bronchitis
hari ketiga dah boleh keluar wad! Nak tau rahsianya? Baca sampai habis k

Punca Terjadinya Bronkitis

Bronkitis boleh disebabkan oleh jangkitan dan kerengsaan pada saluran nafas. Secara umum penyebab bronkitis  ialah

☑️ Jangkitan saluran nafas oleh virus, yang paling umum oleh virus influenza A dan influenza B, RSV, parainfluenza, rhinovirus, adenovirus maupun coronavirus.

☑️ Jangkitan saluran nafas oleh bakteria, yang paling umum oleh Streptococcus pneumoniae, Chlamydia pneumoniae, Moraxella catarrhalis, dan Haemophilus influenzae.

☑️ Kebiasaan merokok dan asap rokok, merupakan penyebab yang terpenting untuk menimbulkan bronkitis kronik.

☑️ Pendedahan terhadap pencemaran udara di persekitaran dan tempat kerja, seperti asap kenderaan, asap kilang, bahan kimia, asap tembakau dan asid kebakaran hutan.

Bahaya Penyakit Bronkitis .Ketahui Komplikasinya.

Komplikasi yang paling biasa bronkitis adalah pneumonia (jangkitan kuman pada paru paru); ini berlaku apabila jangkitan merebak jauh ke dalam paru-paru. jangkitan ini menyebabkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) untuk mengisi dengan cecair.

Dianggarkan 5 peratus daripada kes-kes bronkitis menyebabkan pneumonia.

Ye , saya akui….Selepas pemeriksaan Xray, hasil penelitian doktor , paru paru ada mempunyai sedikit jangkitan kuman atau pneumonia

Adakah Penyakit Bronkitis Berjangkit?

penyakit bronkitis ini merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh serangan virus yang kemudian meradang kerana dibiarkan terlalu lama dan  mengambil masa yang lama untuk menyembuhkannya.

Mesti anda tahu bahawa penyakit yang disebabkan oleh serangan virus biasanya menular dan salah satunya adalah penyakit bronkitis akut tetapi kalau penyakit bronkitis biasa tidak berjangkit, oleh kerana itu anda harus tetap waspada agar tidak terkena penyakit bronkitis.

READ :  Tips Eksklusif Penyusuan Susu Ibu untuk Ibu Bekerja

Penyebaran jangkitan penyakit bronkitis akut , hampir sama pada kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh virus lain, berikut cara penularan penyakit bronkitis:

  1. Melalui bersin atau batuk pesakit bronkitis
  2. Makanan atau minuman bekas pesakit bronkitis
  3. Melalui zarah kecil
  4. Menyisih hidung

Diatas merupakan beberapa cara penularan penyakit bronkitis yang biasa dijumpai, untuk itu anda harus selalu waspada terhadap apa yang ada disekitar anda termasuk terhadap pesakit penyakit bronkitis.

Pencegahan Dan Rawatan Penyakit Bronkitis

Melakukan pencegahan dan juga rawatan  awal sangat penting untuk pencegahan atau tingkatkan potensi kembali sembuh bagi pesakit bronkitis.

Berikut ini ada beberapa langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko untuk terkena penyakit bronkitis:

(i) menggunakan topeng muka

Gunakan topeng, apabila anda menggunakan topeng bermakna anda mempunyai risiko kecil untuk dijangkiti virus yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit bronkitis. Terutamanya jika anda berada di luar rumah atau persekitaran terbuka

.

(ii) Jaga jarak dengan orang yang menderita bronkitis

Punca anda dijangkiti penyakit bronkitis adalah kerana kekerapan berinteraksi dengan pesakit penyakit bronkitis, untuk mencegahnya kami cadangkan untuk jaga jarak terhadap orang yang menderita penyakit bronkitis

.

(iii) Mencuci tangan secara teratur

Amalan yang sangat penting untuk anda lakukan setiap hari terutama sebelum makan dan juga sesudah makan, kerana secara tidak sedar anda menyentuh benda yang mungkin terdapat virus yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit bronkitis.

.

(iv) Elakkan merokok dan asap rokok

Merokok merupakan salah satu punca yang boleh meningkatkan risiko penyakit bronkitis.

☑️ Untuk anda yang suka merokok ,hentikan tabiat buruk anda sekarang juga

☑️ Untuk anda yang tidak merokok, jauhi asap rokok kerana apabila anda lansung terkena asap rokok maka mempunyai risiko yang sama dengan orang yang suka merokok .

.

(v) Tingkatkan Imun Badan

Bronkitis boleh berulang jika tak sembuh dengan sebaiknya. Jadi, saya mengambil altenatif untuk tingkatkan imun badan anak dengan pengambilan vitamin Shaklee. Sungguh saya serik bila Adam meronta ronta tiap kali sesi Nebulizer (neb tu tak sakit pon, tapi Adam takut sebab bunyi dan wap yang keluar dari neb tu 😋) dan setiap kali ambil darah . Sedih weiii!

Semasa masuk ke dalam wad, terus saya berikan Adam ,1 sachet Nutriferon kerana  kes ada adalah bronchitis yang menyebabkan pneumonia (ada jangkitan kuman pada paru paru) dan Omega Guard untuk elakkan keradangan .

Alhamdulillah, selepas 3 hari di wad..Adam menunjukkan perkembangan yang sangat positif! Dan dibenarkan keluar wad .

Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Masalah Bronkitis ?

set bronkitis,set asma,set pneumonia,bronkitis shaklee,vitamin untuk bronkitis,suplemen untuk penderita bronkitis

(1) Omega Guard

Omega Guard ini adalah sejenis minyak ikan omega yang merupakan sejenis asid lemak penting yang mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting dalam merangsang perkembangan memori dan penajaman minda. Namun begitu kedua-dua DHA dan EPA ni tidak mampu dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan kita.

READ :  Ketahui Tips Pengambilan Vitamin Secara Betul & Berkesan

Ianya hanya boleh di dapati dari sumber lain dan sumber terbaik bagi DHA dan EPA ini adalah dari haiwan seperti ikan berbanding sumber makanan lain seperti sayuran. Ini kerana tumbuh-tumbuhan tidak boleh menukarkan enzim di dalam tubuh.

Antara manfaat utamanya ialah meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Omega Guard dapat mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah/asma, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang

(2) Nutriferon

Mengamalkan Nutriferon Shaklee jga satu saranan utk mereka yg mengalami masalah bronchitis. Antaranya, dengan pengambilan herba yang diyakini lebih selamat dan semulajadi. Di dalam Nutriferon, ia adalah estrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun, dan biji Plantigo. Hasilnya, ia berupaya untuk mendorong pengeluaran interferon semulajadi dalam tubuh.

(3) Garlic Complex

Biasanua pesakit bronkitis akan dibekalkan antibiotik untuk membunuh kuman dan virus dalam badan. Garlic Shaklee merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk meningkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selsema,kulat, kuman, virus dan yis candida

Sekarang, memang saya bagi Adam amalkan vitamin shaklee untuk tingkatkan imun badan dan elak penyakit berjangkit + saya memang dah serik nak masuk hospital (sebab tengok je nurse datang dekat Adam dah melalak macam trauma…Kesian dia ). Mencegah lebih baik dari merawat dan kos mencegah dari murah dari kos merawat !

————————————
Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
.
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Bronkitis : Tips Merawat Anak Yang Disyaki Acute Bronchitis was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

2 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.