Blighted Ovum atau Kehamilan Kosong Punca Keguguran.

Anda pernah mengalami pengalaman yang mendapati tiada kantung bayi pada rahim ada sedangkan anda sedang hamil dan test kehamilan menunjukkan dua line ! POSITIF.
 .
Mengapa ianya berlaku?
 .
Sebenarnya sebelum ini ,saya sendiri pernah mengalami masalah blighted ovum dimana ujian kehamilan menunjukkan positif ( dua tanda merah pada kit ) tapi bila saya jalani pemeriksaan dengan doktor untuk mengesahkan kandungan , mengejutkan tiada kantung atau sebarang titik dot sebagai tanda ada janin pada rahim saya  .
.
Dan diteruskan dengan pemeriksaan BETA HCG (masukkan kamera ke dalam rahim untuk melihat keadaan rahim) Dan saya didiagnos mempunyai masalah blighted ovum .
 .
Disini, saya kongsikan dengan anda secara mendalam info mengenai blighted ovum atau kehamilan kosong.

Apa itu ‘BLIGHTED OVUM’ ?

Blighted ovum atau kehamilan kosong terjadi ketika sel telur yang tertanam dalam rahim, namun tidak berkembang menjadi embrio. Blighted ovum merupakan penyebab utama terjadinya keguguran. Ia selalunya akan berlaku pada 6-12 minggu kehamilan dan penyebab utama keguguran pada trimester pertama.

Blighted Ovum bermaksud Kehamilan kosong. Tidak ada janin dalam kantung.

Seorang wanita yang mengalaminya juga merasakan gejala-gejala kehamilan seperti terlambat menstruasi, mual dan muntah pada awal kehamilan (morning sickness), payudara mengeras, serta terjadi pembesaran perut, bahkan saat dilakukan tes kehamilan keputusannya positif.

Ketika seorang wanita hamil, sel telur yang dibuahi menempel pada dinding rahim. Sekitar 5-6 minggu kehamilan, embrio seharusnya sudah tampak. Pada masa ini, kantung kehamilan, tempat berkembangnya janin, berukuran lebar 18 mm.
.
Pada blighted ovum, walaupun kantung kehamilan terbentuk dan berkembang, namun embrio tidak terbentuk walaupun melakukan scan melalui BETA HCG . Itu sebabnya blighted ovum disebut juga anembryonic pregnancy.

READ :  Tingkatkan Selera Makan dan Berat Badan Anak dengan Mealshake

Apa penyebab blighted ovum?

Keguguran yang berasal dari blighted ovum kebanyakan berkaitan dengan masalah kromosom, struktur yang membawa gen. Hal ini mungkin disebabkan oleh kualiti sperma atau sel telur yang tidak berkualiti. Atau mungkin disebabkan oleh pembelahan sel yang abnormal sehingga tubuh anda menghentikan kehamilan kerana menyedari keabnormalan ini.

Anda tidak melakukan apapun yang dapat menyebabkan keguguran ini dan anda hampir pasti tidak dapat mencegahnya. Pada kebanyakan wanita, blighted ovum hanya terjadi sekali seumur hidup.

Senang cerita, sperma atau ovum kite ada masalah waktu bersenyawa. Takde kualiti. Tak boleh membesar. Bila perkara begini berlaku, ia akan turun sendiri dan berlaku keguguran.

Tanda-tanda blighted ovum atau kehamilan kosong

Walaupun anda mengalami blighted ovum, anda  akan mengalami tanda-tanda kehamilan. Misalnya, anda tidak datang bulan dan hasil ujian kehamilan yang positif. Kemudian anda akan mengalami tanda-tanda keguguran, seperti :
  • Kekejangan  perut seperti senggugut

  • Flek atau perdarahan vagina (darah seperti haid)
  • Menstruasi yang lebih banyak dari biasanya

.

Jika anda mengalami tanda-tanda tersebut, anda mungkin mengalami keguguran. Namun tidak semua perdarahan pada trimeseter pertama berakhir dengan keguguran. Segera kunjungi doktor jika anda mengalami tanda-tanda tersebut.

Saya sendiri mempunyai 3 tanda diatas, sebelum terjadinya keguguran.

Apa yang terjadi setelah keguguran ?

Jika anda didiagnosis blighted ovum, berbincang dengan dokter apa yang harus dilakukan kemudian. Anda mungkin akan di D & C. Prosedur bedah ini meliputi pelebaran leher rahim dan melepaskan kandungan dari rahim.

READ :  Fungsi dan Kebaikan Setiap Produk Youth Skincare Shaklee

Setelah keguguran, doktor mungkin akan mencadangkan anda mencuba atau merancang untuk hamil dalam masa 2-3 bulan

Pada saya sendiri, saya tidak menjalani proses D&C kerana janin telah keluar dengan sempurna sendirinya atau digelar ‘complete miscarriage’. Pada waktu itu, saya terasa seperti nak buang air besar dan saya terus ke tandas .Semasa di tandas , saya rasa ada sesuatu yang keluar dari faraj , terus saya tengok ke dalam mangkuk tandas.. ada gumpalan darah sebesar telur . Dan saya terus bawa benda tu pada jururawat dan mereka mendapati janin dah keluar dengan sendirinya

Adakah keguguran akan mengganggu tahap kesuburan dan bolehkan seseorang itu hamil kembali selepas mengalami keguguran?

Ya, sudah tentu wanita yang mengalami keguguran boleh hamil kembali. Wanita tersebut telah hamil sebelum ini, sudah tentu dia boleh hamil kembali selepas keguguran.
.
Syukur Alhamdulillah, selepas 2 bulan keguguran, saya ikhtiar dengan cara berdoa , bersedekah dan mengamalkan supplement Shaklee dan saya disahkan hamil ! Syukur, kehamilan kali ini tanpa sebarang komplikasi 🙂
 .
Keguguran secara semulajadinya tidak akan menjejaskan kesuburan seseorang wanita. Melainkan, seperti apa yang telah saya terangkan sebelum ini berkenaan komplikasi-komplikasi keguguran seperti trauma di bahagian peranakan dan jangkitan kuman, boleh menyebabkan kesuburan wanita itu terganggu.
.
Jika sekarang anda mengalami keguguran, sebaiknya berpantang dan jagalah kesihatan sebaik mungkin .Shaklee juga ada menawarkan Set Berpantang Selepas Keguguran  yang membantu merawat dari dalam dan kesihatan rahim anda. Ketahuilah :
READ :  Cepat Letih dan Tak Bermaya? Tambah Tenaga dengan Berkesan

 

Untuk anda kembali hamil, saya sarankan anda perlu jaga kesihatan sebaik mungkin kerana bila anda pernah mengalami keguguran dan ingin hamil kembali,anda perlukan tahap kesihatan yang optimum bagi mengelakkan keguguran berulang.
.
Di Shaklee, kami memperkenalkan Set Kesuburan Shaklee untuk menguatkan rahim, meningkatkat kesuburan suami isteri, mengoptimumkan tahap kesihatan dengan membekalkan nutrisi yang diperlukan badan untuk persediaan untuk kehamilan seterusnya
.
Oleh itu, jika keguguran anda tidak disusuli oleh apa-apa komplikasi, insyaAllah semuanya akan kembali normal.
———————————–
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
.
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
ATAUPUN

♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457

untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
———————————–
Blighted Ovum atau Kehamilan Kosong Punca Keguguran. was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.