Penjagaan Berpantang Selepas Keguguran Jangan Diambil Ringan

berpantang selepas keguguran
Ramai yang tidak mengambil berat tentang berpantang selepas keguguran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat .

Kenapa Perlu Berpantang Selepas Keguguran?

Penting ke berpantang selepas keguguran ni? Ada pendapat mengatakan alah gugur je, bukan bersalin pun. Ramai yang tak menyedari atau ambil tahu betapa pentingnya penjagaan diri selepas mengalami keguguran.

Malah, orang-orang tua berpendapat bahawa ianya sama penting atau lebih serius berbanding berpantang selepas melahirkan bayi.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian atau rengat yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan.
.
Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga kancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.
.
Ini kerana apabila dimakan, walaupun sedikit, mereka akan mendapat kesan sampingan yang akan melemahkan tubuh atau mengakibatkan penyakit bisa otot dan sendi.

Penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan berpantang bagi ibu yang keguguran.

READ :  Tips Khas Kuatkan Rahim dan Elak Keguguran

Kesan Akibat Tidak Berpantang Selepas Keguguran

Antara kesan-kesan akibat tidak berpantang selepas keguguran :

  1. Tekanan emosi @ meroyan
  2. Masalah kesuburan – mungkin sukar untuk mengandung lagi
  3. Lemah rahim –berjaya mengandung kembali, tetapi mengalami keguguran berulang-ulang
  4. Ketidakseimbangan hormon
  5. Bengkak dan bisa otot peranakan
  6. Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
  7. Kebas-kebas sendi
  8. Mudah berasa seram sejuk
  9. Demam yang tidak kebah
  10. Kedinginan seks
  11. Kalah dalam perjuangan jimak

Oleh itu, ibu-ibu yang baru lepas keguguran..diminta berpantang demi kesihatan anda juga. Selain daripada makan vitamin tambahan, jamu-jamu juga penting untuk membaikpulih rahim.

Tempoh Berpantang Selepas Keguguran

Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang selepas bersalin mengikut jangkamasa keguguran.

  • Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang.
  • Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari.
  • Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari.

Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

READ :  Hikmah Keguguran Dalam Islam
 

Pantang Larang Bagi Wanita Selepas Keguguran

Pelbagai pantang larang berpantang untuk wanita selepas keguguran. Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.

Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.

Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.

Ya! Pemakanan perlu dititikberatkan semasa berpantang. Saya pun amalkan berpantang cara ini selepas keguguran. Alhamdulillah, berkat kesabaran. Saya kembali hamil tak lama selepas itu. Boleh baca kisah saya disini Hikmah Keguguran Dalam Islam

Perlu diingatkan, pemakanan amat berkait rapat dengan kesihatan ! Untuk kehamilan dan kesuburan yang baik , sangat perlulah dan penting untuk kita menjaga kesihatan 🙂 Jangan hentam semberono saja!
 
Badan kita nak pakai lama. Janganlah berkira sangat dengan kesihatan diri. Jadi, kita yang perlu bertanggungjawab pada diri kita.

Adakah keguguran akan mengganggu kesuburan dan peluang hamil semula selepas mengalami keguguran?

Ya, sudah tentu wanita yang mengalami keguguran boleh hamil kembali. Wanita tersebut telah hamil sebelum ini, sudah tentu dia boleh hamil kembali selepas keguguran. 
.
Jika anda merancang untuk hamil semula selepas keguguran tiada masalah.Doktor menasihatkan supaya tidak hamil dalam 3 bulan pertama selepas keguguran.
.
Keguguran secara semulajadinya tidak akan menjejaskan kesuburan seseorang wanita. Melainkan, seperti apa yang telah saya terangkan sebelum ini berkenaan komplikasi-komplikasi keguguran seperti trauma di bahagian peranakan dan jangkitan kuman, boleh menyebabkan kesuburan wanita itu terganggu.
.
Jika sekarang anda mengalami keguguran, sebaiknya berpantang dan jagalah kesihatan sebaik mungkin . Shaklee juga ada menawarkan Set Berpantang Selepas Keguguran yang membantu merawat dari dalam dan kesihatan rahim anda
READ :  Potensi Kembali Hamil atau Mengandung Selepas Keguguran

Cara Saya Berpantang Selepas Keguguran

Saya pun pernah mengalami peristiwa sedih keguguran pada 5 minggu kehamilan. Memang sedih sangat ! Allah je yang tau perasaan tu. Berdasarkan pengalaman saya yang pernah keguguran.

Sebaiknya, berurut untuk naikkan peranakan , dan pastikan bertungku dalam masa 2 minggu pertama selepas keguguran untuk cepat kecutkan kembali rahim .

Selebihnya, saya amalkan makanan tambahan untuk stabilkan kembali hormon (sebab lepas keguguran, hormon pon ting tong..),stabilkan haid dan  tingkatkan kesuburan . Nak kandungan kuat, si ibu pon kena lah sihat. Ye tak?

Kemudian , tawakallah kepada Allah. Banyakkan sedekah dan doa. Yang penting, jangan layan perasaan negatif dan stress tak tentu pasal .

Sebab stress ni boleh menganggu hormon kita. Sebab tula ada setengah wanita, bila terlampau stress sehingga keguguran, haid pon dah ke laut!

Alhamdulillah, selepas 2 bulan keguguran saya disahkan hamil kembali ^___^. Syukur tak terkata. Petuanya seperti diatas . saya memang jaga kesihatan saya baik baik. Supplement memamg tak miss. Pemakanan memang saya jaga.

 

Set Berpantang Selepas Keguguran Shaklee

Bagi yang ingin berpantang keguguran, disarankan agar menggunakan Set Berpantang Keguguran Shaklee kerana fungsi dan keberkesanannya untuk menyembuhkan organ dalaman serta membantu memberi kehamilan semula yang berkualiti sekaligus dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang.
.
berpantang selepas keguguran,set berpantang shaklee
Set Berpantang Selepas Keguguran

Kelebihan dan Kebaikan Set Berpantang Selepas Keguguran

Biar saya terangkan ciri-ciri dan kelebihan  menggunakan Set berpantang selepas keguguran ini Shaklee ini .
Saya mahu anda anda juga dapat mendapat faedahnya seperti yang pernah saya alami
✅ Selamat Dimakan 
✅ Melengkapkan Nutrisi yang Diperlukan Badan
✅ Si ibu Lebih Cergas Dan Bertenaga
✅ Cepat Menyembuhkan Luka Dalaman
✅ Menstabilkan Emosi Si Ibu Semasa Berpantang
✅ Tempoh Berpenggunaan yang Lama
✅ Harga Yang Berpatutan
✅ Meningkatkan Sistem Imun Si Ibu
✅ Tingkatkan Kesuburan
✅ Menguatkan Rahim

.

#Testimoni 1 : Hamil selepas keguguran dengan mengamalkan Set Berpantang Selepas Keguguran Shaklee

#Testimoni 2 : Kembali hamil selepas keguguran, UPT menunjukkan double line!

#Testimoni 3: Rasa segar dan bertenaga , perubahan positif selepas mengamalkan set bepantang selepas keguguran

Ini adalah testimoni dari pelanggan saya sendiri yang pernah mengamalkan Set Keguguran Selepas Berpantang. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan beliau berjaya hamil dan kandungannya semakin kuat (sudah 4 bulan usia kandungannya, melepasi trimester pertama yang mendebarkan )
.
Kesimpulannya Set Berpantang Selepas Keguguran Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum.
.
Selain itu, Set Berpantang Selepas Keguguran Shaklee juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan
.
Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Set Keguguran Shaklee ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.
 

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

————————————
Saya Nornadia Mansor ,  ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Penjagaan Berpantang Selepas Keguguran Jangan Diambil Ringan was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

2 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.