Berakhir Pencarian Susu Formula Terbaik untuk Puteri Damia Alisya

Salam semua, harap sihat khabarnya
 .
Sejak sebulan lepas sebenarnya saya tercari cari susu formula untuk si kecil saya kerana sebelum ini, Mia hanya minum susu badan dari saya. Tapi disebabkan faktor tertentu, saya  terpaksa tukarkan susu formula untuk Mia.
.
Rasanya ramai ibu yang dah tahu, susu kedua yang menyerupai susu ibu adalah susu kambing . Dalam mencari susu formula , ada banyak faktor yang si ibu perlu tekankan dalam pemilihan susu formula , bukan setakat tangkap muat je.
.
Susu formula tak sama dengan susu ibu (memang tak sama pon 🙂 ), yang mana susu ibu segala nutrisi yang diperlukan oleh si anak memang dah cukup lengkap.Antara faktor  yg perlu untuk memilih susu formula adalah :
  1. Selera si anak (kadang kadang baru rasa seteguk dua, terus si anak refuse dengan susu tu)
  2. Kandungan susu formula  (Perlukan si ibu untuk buat survey mana yang lebih baik)
  3. Khasiat
 .
Saya akui saya juga pening dalam pemilihan susu formula ni. Saya juga ada meminta sample beberapa jenis susu formula di laman web beberapa syarikat pengeluar susu formula. Tapi, brand pertama yang saya dapat adalah susu formula keluaran Nestle iaitu Nan Grow 3 (untuk anak setahun hingga 3
tahun).
Keesokkan harinya, saya terus buka bungkusan dan sediakan susu Nan Grow 3 untuk Mia sebanyak 4oz. Saya agak terkejut bila Mia menerima susu Nan Grow 3 ini sebab sebelum ini saya juga ada cuba beberapa jenama susu lain, tapi bila Mia minum seteguk dua , dia terus luahkan balik,lepas tu tengok
botol susu pon dia taknak.
 .
Berbeza penerimaan Mia dengan Nan Grow 3 ini, untuk percubaan pertama , Mia berjaya minum sebanyak 2oz,tanpa luahkan balikHari kedua percubaan , saya memang tengok Mia suka susu Nan Grow 3 , boleh dikatakan disiang hari dia hanya minum susu formula .
.
Tapi dimalam hari terutamanya waktu nak tidur ofkos la dia nak susu original terus dari kilang (kuikuikui). Ok la kan, baru dua hari. Saya ulang sekali lagi, saya terpaksa berikan susu formula pada Mia disebabkan factor yang tak dapat dielakkan.
 .
Saya tak membuta tuli terus menerima apa yang anak saya suka. Saya perlu kaji dan baca testimony atau review dari ibu lain jugak disamping kajian tersendiri. Alhamdulillah, banyak review yang positif .

Kenapa Saya Memilih Nan Grow 3 dari Nestle ?

Ini adalah antara sebab saya memilih untuk meneruskan pengambilan Susu Nan Grow 3 untuk Mia:
 .

1- Kandungan susu tanpa gula.

Kandungan gula dalam susu formula sebenarnya kurang baik untuk si anak kerana boleh menyebabkan kerosakan gigi ,jadi jangan hairan kenapa si anak umur setahun lebih dah rongak giginya. Disamping itu, kandungan gula boleh menyebabkan si anak menjadi aktif . Jadi selain dari kandungan susu yang mempunyai gula, elakkan lah dari memberi gula gula , coklat, minuman berperisa untuk anak
 .
Susu yang TIADA sucrose/corn syrup/glucose hanyalah susu NAN, ANMUM dan S26. susu lain termasuk DUTCH LADY 123 dan susu mahal mcm enfragrow pun ada SUCROSE and corn syrup.
 .
Perhatikan label  NO ADDED SUCROSE atau bahasa ringkasnya gula tambahan. Susu NAN lansung tidak mempunyai bahan seperti CORN SYRUP / SUCROSE / GLUCOSE yang merupakan GULA TAMBAHAN
 .

2-  Mempunyai BAKTERIA baik iaitu BIFIDUS (kultur BL aktif)

BIFIDUS BL adalah probiotik yang membantu menyokong perkembangan dan tumbesaran si anak . 3 gelas NAN Grow setiap hari membekalkan 100 million BIFIDUS BL probiotics pada si manja dan membantu meningkatkan bacteria baik untuk usus
.
Walau bagaimanapun, antara NAN, ANMUM dan S26, hanya susu NAN yang mempunyai bakteria baik/hidup bifidus B. sebab tu kalau tgk tatacara pengendalian susu diterangkan secara terperinci kat kotak .
.

3-  Rasa yang hampir menyamai susu ibu

.

4- Tiada masalah sembelit / cirit birit sepanjang pengambilan Nan Grow

.

5- Harga yang berpatutan

.

6- Mia sangat sukakan Nan Grow 3

 Alhamdulillah ,setelah ditelilti. Saya dan hubby buat keputusan untuk teruskan pengambilan Nan Grow 3 untuk Mia . Maka, berakhirlah pencarian saya selama ini. Jadi, saya tak perlu rungsing lagi memikirkan mana susu yang baik untuk Mia.
 .
Sebenarnya, pengalaman saya hampir 1 tahun 4 bulan menyusukan Mia secara lansung adalah pengalaman yang mana mungkin saya dapat lupakan. Tapi, keadaan memaksa
 .
Nasihat saya pada ibu ibu yang mana baru melahirkan anak, cubalah berikan susu badan dahulu. Untuk makluman anda, sample susu formula hanya ada dan diberikan pada anak syang berusia atu tahun keatas.
 .
Tiada sample percuma pada bayi bawah satu tahun kerana syarikat pengeluar susu formula tak dibenarkan mengeluarkan sebarang sample pada bayi berusia satu tahun kebawah. Tak caya? Cuba la cari 
 .
Saya menikmati pengalaman menyusukan Mia selama ini dengan bantuan Shaklee untuk meningkatkan
aliran susu, kesihatan menyeluruh si ibu. Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan Shaklee yang mampu membawa kami setakat ini.

————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
.
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
.
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
.

☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan

READ :  Persedian Bagi Ibu Hamil Dan Menyusukan Anak di Bulan Ramadhan
Berakhir Pencarian Susu Formula Terbaik untuk Puteri Damia Alisya was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.