Bekerja Dari Rumah Sambil Uruskan Anak

Dari zaman belajar ijazah lagi, memang saya pasang impian nak jaga anak sendiri.. Mulalah berangan nak buka butik, kemudian boleh bawak anak meniaga sekali. Haha. Tapi tak salah kita berangan. 

Angan angan tanpa usaha = Angan angan mat jenin

Angan angan dengan usaha = Impian jadi kenyataan
Sebab dalam hidup ni, kita kena percaya sebelum berjaya. Kalau kita percaya, inshaAllah akan bantu kita. Bila kita percaya, maksudnya kita yakin bahawa Allah akan bantu kita capai apa yang kita nak & Allah bersama dengan sangkaan hambanya
Allah itu sifatnya Penyayang, mustahil Dia nak membiarkan hambaNya meminta-minta tanpa dikabulNya
Membuat keputusan untuk bekerja dari rumah bukan satu benda yang mudah. Saya menghadapi saat yang sukar untuk memilih antara kerja makan gaji atau buat bisness dari rumah. Yelah kan, ramai orang yang berpendapat bila jadi surirumah ni kerjanya masak, layak anak & suami, mop lantai , cuci tandas, kemas rumah dan mengangga tengok tv sambil makan kuaci. 


Alhamdulillah , abah saya sangat supportive dengan apa yang saya lakukan,tiada bantahan dari pihak abah. Tapi ada sedikit masalah bagi pihak mak. Ibu mana yang tak risau kalau anak dia berterusan jadi penganggur terhormat + kocek kosong je memanjang , ditambah pulak dengan saudara mara yang lebih syorkan saya berkerja makan gaji sambil buat bisness . Disitu saya perlu yakinkan mak, terangkan pada mak saya  dan buktikan yang saya pon boleh berjaya, dapat pendapatan 4 5 angka. Syukur, lama kelamaan mak saya dah dapat terima keputusan saya , malah sekarang maklah penyokong utama saya 🙂 
Bermula dengan pernigaan internet kecil kecilan sebagai dropship baju kurung , produk kecantikan ..sehinggalah Allah temukan saya dengan produk Shaklee. Pejam celik , dah 2 tahun saya menjadi ahli Shaklee
 Tengoklah sekarang , terlalu banyak kes penderaan yang berlaku ,ada yang sampai melibatkan nyawa ahli syurga itu..buatkan hati saya dirobek robek dengan apa yang terjadi. Perasaan nak jaga anak sendiri dengan tangan sendiri semakin meluap. Sambil sambil tu boleh lah saya tolong ringankan beban suami untuk bantu apa yang termampu dengan bonus pendapatan saya dari Shaklee
Sibuk tolong ibu packing barang customer 
Rumah bersepah itu memang perkara biasa ,hihi
READ :  Tanda Tanda Cyst Dalam Rahim Yang Bermasalah



Kelebihan Bekerja dari Rumah



1- Banyak masa terluang dengan anak anak dan keluarga 

2- Jimat duit.
  • Percaya tak?Saya tidak pernah berbelanja ketika perut lapar kerana anda tidak sedar akan tarikan gerai makanan ke atas selera anda semasa anda sedang lapar. 
  • Saya tak perlu isi minyak kereta dan bayar tol untuk ke tempat kerja
  • Anda tak perlukan pembantu rumah sepenuh masa. Apabila anda bekerja di rumah, anda boleh mengambil pembantu separuh masa. Anda dapat berjimat dari mengambil pembantu rumah sepenuh masa. Tapi saya takde bibik 🙂
3-Bekerja dengan santai
  • Bila penat, boleh baring kat sofa. Penat lagi, boleh baring kat katil. Boleh guna komputer secara meniarap
4- Mengurangkan Tekanan Perasaan
  • Tekanan perasaan berlaku apabila pekerja memperuntukkan masa yang terlampau lama di atas jalan raya.Ditambah pula ,dengan pelbagai tugasan kerja dari orang atasan. 
READ :  Pendarahan Faraj Luar Biasa : Bagaimana Hentikan Pendarahan ?

5-Belajar untuk mengurus masa dengan betul

  • Apabila bekerja dari rumah, untuk memastikan semua kerja diselesaikan, anda mesti tahu bagaimana untuk mengurus masa dengan betul.
Tips Uruskan Masa Berkerja Antara Bekerja dari Rumah dan Anak Anak

Antara keburukan bekerja dari rumah adalah bila anda sendiri tak pandai menguruskan masa.Pengurusan masa sangat penting.
1. Bahagikan tugas kerja di rumah. Ini memerlukan komitmen suami isi dari segi pembahagian tugas. 

2. Sentiasa pastikan urusan anak diutamakan dulu sebelum memulakan tugas rumah. Contoh, kalau bangun pagi-pagi, tukar lampin anak dulu, berikan susu, suruh mereka ke tandas, berikan makanan dan bukakan rancangan kegemaran di televisyen. 
3. Tetapkan jadual dalam menguruskan segala-galanya. Bila rutin ini kerap dilakukan, semua kerja akan jadi lebih pantas dan mudah.
4. Disiplinkan anak-anak untuk lakukan sendiri kerja-kerja seperti mengemas mainan, meletakkan kembali pinggan makan yang kotor di dalam sinki, membasuh tangan selepas makan atau ke tandas. Sebaik-baiknya sediakan satu ruang untuk meletakkan semua barangan mainan mereka. Pastikan ada stool berhampiran dengan sinki atau pun tandas dan sabun untuk mencuci tangan. 

Sapa cakap WAHM atau ibu yang bekerja dari rumah tak boleh berjaya?
Banyak yang saya belajar bila menjadi WAHM (Work At Home Mum).saya perlu belajar menguruskan masa dengan baik, saya perlu kuatkan tekad untuk berjaya demi anak anak, saya belajar bagaimana proses mendidik hati saat naik turun dalam perniagaan
Apa pun,saya bersyukur Allah pertemukan saya dengan Shaklee dan menjadikan impian saya suatu kenyataan yang saya impikan selama ini.Terus terang saya boleh katakan Shaklee menawarkan “endless possibilities” dengan hanya modal Rm65 untuk keahlian Shaklee <– klik sini untuk detail keahlian
Ramai yang dah berjaya membuktikan berkerja dari rumah pon boleh berjaya.Asalkan mahu berusaha!
Alhamdulillah ,saya sendiri merasakan sedikit kejayaan yang diperolehi walaupun saya hanya bekerja dari rumah menguruskan anak kecil.

READ :  Promosi Harga Runtuh Shaklee Mac 2015

Yang penting, usaha ! bukan duduk mengangga je .Memang masuk angin ,keluar asap! Nak berjaya kita perlukan pengorbanan. Tetapkan Matlamat & azam untuk berjaya

Anugerah Top 10 Business Leader & Car Bonus Achiever -2012

Anak Cucu Shaklee yang sangat sporting – berteraskan business family first

Selebih dari itu, kita mulakan dengan usaha, doa dan tawakal. Ramai yang bermula sebelum dan selepas saya telah berjaya menggapai impian lebih pantas. Di dalam Shaklee ianya adil dan saksama. Tiada short cut untuk berjaya, Anda rajin, anda berjaya. Anda malas, anda yang rugi. 🙂

————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.
————————————

Bekerja Dari Rumah Sambil Uruskan Anak was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.