Bahayanya Kesan Penggunaan Kasut Tumit Tinggi

Salam sejahtera semua,

Saya ingin kongsikan pada anda mengenai kegilaan ramai perempuan iaitu “Si Tumit Tinggi”. Bila anda ke kedai kasut , rambang mata dibuatnya dengan pelbagai design design terbaru terutamanya

kasut tumit tinggi. Satu ketika dulu, saya pun seorang yang suka pakai kasut tumit tinggi..macam macam koleksi..dengan menggunakan kasut tumit tinggi boleh membuat kaki anda kelihatan jinjang dan cantik. Tapi sekarang bila dah kahwin, dah beranak pinak..tak kuasa dah nak pakai kasut tumit tinggi. Pakai je wedges.Bak kata omputih “Less is more” 🙂

Tapi taukah anda ternyata aksesori tubuh yang satu ini akan menimbulkan pengaruh yang negatif . Kasut tumit tinggi akan mengakibatkan tekanan yang tinggi pada permukaan telapak kaki anda sehingga  mencetuskan metatarsalgia iaitu keadaan sakit yang parah atau kejang yang ditimbulkan oleh bahagian anterior tulang telapak, biasanya anda akan mengalami sakit pada bahagian tumit dan mata kaki. Penggunaan kasut tumit tinggi dalam masa yang kerap boleh menimpulkan masalah pada kaki anda.

READ :  Pikat Suami ,Hangatkan hubungan intim

Berikut masalah yang mungkin timbul jika anda sudah sering menggunakan kasut tumit tinggi dalam segala aktiviti sehari-hari:

1. Otot Tubuh Mengecil

Tubuh yang tidak seimbang  dihasilkan dari penggunaan kasut tumit tinggi dalam tempoh yang cukup lama, sehingga akan mencetuskan masalah pada otot-otot tubuh anda. Otot-otot akan mengecil bahkan kajian mendapati penggunaan kasut hak tinggi dalam kegiatan harian akan memendekkan otot kaki anda. Hal ini disebabkan kerana kasut tumit tinggi mendorong anda untuk berjalan jinjit.

2. Tubuh Melengkung

Penggunaan tumit tinggi yang terlalu kerap akan membuat postur tubuh anda berubah, sehingga terjadi perubahan pada pinggul dan tulang belakang menjadi tidak sejajar, inilah yang menyebabkan tubuh anda kelihatan melengkung selain itu juga akan memberi kesan kepada cara jalan anda ketika anda melepaskan high heels dikehidupan sehari-hari.

3. Punca Tumor

Usahakan memilih kasut tumit tinggi yang tidak akan menimbulkan peyempitan dan tidak terlalu tinggi. Penggunaan kasut tumit tinggi yang kerap, dengan ketinggian yang berlebih akan mengakibatkan penebalan jaringan saraf pada jari kaki ketiga dan keempat, sehingga menimbulkan rasa sakit pada jari sehingga mencetuskan tumor atau ketumbuhan

READ :  Set Penjagaan Rumah Get Clean Shaklee : Kebaikan dan Fungsi

4. Risiko sering terseliuh

Untuk anda yang memang sering menggunakan kasut tumit tinggi, sebaiknya hadkan tempoh masa penggunaan dan juga ketinggian. Tidak semua kasut tumit tinggi memberikan keselesaan untuk kegiatan anda, diantaranya ketidakselesaan  kerana tumpuan hanya pada hujung kaki sehingga membuat anda sulit untuk bebas bergerak dan jika dipaksakan  akan menyebabkan terseliuh pada pergelangan kaki.Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, pelbagai masalah disebabkan kasut bertumit tinggi seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.

5. Gangguan Kesihatan Untuk Ibu Hamil

Ibu hamil perlu mengehadkan penggunaan kasut hak tinggi, jika memang kegiatan anda memerlukan penggunaankasut tumit tinggi, usahakan tidak memilih hak yang lebih dari 5 cm, sehingga tubuh anda sukar untuk menyokong badan. Jika anda memaksakan untuk menggunakan kasut tumit tinggi maka dikhuatiri akan mengakibatkan sakit belakang . Ini disebabkan , ketika sedang hamil berlakunya peningkatan hormon relaxin yang dihasilkan dari ovari. Keadaan ini akan lebih parah apabila anda menggunakan kasut tumit tinggi ketika sedang hamil dan memberikan ketegangan pada punggung anda. Keseimbangan kerana peningkatan berat badan anda ketika hamil ditakutkan akan mempengaruhi cara jalan anda sehingga mengakibatkan anda terseliuh

READ :  6 Soal Jawab Mengenai Rambut & Kehamilan

————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.

————————————
Bahayanya Kesan Penggunaan Kasut Tumit Tinggi was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.