Bahaya Abaikan Pengambilan Susu Semasa Hamil

Assalamualaikum.

Ibu mengandung sangat digalakkan untuk memilih makanan yang betul sepanjang tempoh mengandung.  Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien untuk bayi anda.

Anda tidak suka minum susu, bau susu meloyakan?

Mesti anda terfikir apakah kesan sampingan yang boleh memudaratkan bayi dan ibu.

Kenapa pentingnya pengambilan susu?

Kerana susu membekalkan kalsium untuk tubuh badan kita dan kalsium tersebut bakal diserap oleh bayi didalam rahim si ibu.

Keperluan Susu Pada Ibu Mengandung

Saya mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilan. Bayangkan saya tak ambil apa susu pun sepanjang kehamilan sebabkan bau dan tak mampu nak telan susu tu, confirm terkeluar balik!
 .

 Tahukah anda bahawa wanita hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari. Ini kerana 99 peratus daripadanya untuk tulang dan gigi manakala 1 peratus adalah untuk darah dan jaringannya.

Susu yang kaya dengan kalsium akan membuatkan keperluan kalsium mereka mencukupi. Asid Folat, AA dan DHA yang terdapat di dalam susu  yang diformulakan khas untuk ibu hamil, tidak sama seperti susu biasa kerana ia ditambah dengan kandungan nutrisi.
.
Kebiasaannya kandungan lemak dan kolestrol dikurangkan tetapi susu tersebut akan ditambah dengan Vitamin C,  dan juga Vitamin B-Complex.
 .
Pengambilan susu untuk ibu mengandung ini dapat menjamin zat-zat penting yang diperlukan untuk perkembangan janin terutama jika makanan yang diambil oleh ibu hamil tersebut tidak diserap dengan baik ataupun tidak seimbang.
 

Kepentingan Kalsium untuk Ibu Hamil

(1)  Jantung

Kalsium berfungsi untuk membuatkan jantung terus berdenyut secara berterusan dan mengepam darah. Tambahan pula semasa mengandung,jantung akan bekerja lebih kerana jantung pada ketika itu berat. Maka susu untuk ibu mengandung sangat penting untuk mengelakkan risiko mendapat pelbagai penyakit jantung.
 .

(2) Meningkatkan Imun Badan

Sistem ketahanan tubuh (antibodi) bertindak umpama perisai yang melindungi dan menolak unsur asing di dalam badan. Oleh itu,jika si ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga mengganggu pergerakannya. Malah,sistem imun yang terganggu juga boleh memberi kesan sampingan kepada kulit seperti keradangan kulit dan jerawat.
 .

(3) Mencegah Osteoporosis

Selepas melahirkan, kalsium sangat diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Jika kalsium tidak mencukupi dalam badan, ia akan mula menyerap dari tulang dan gigi, maka kerapuhan tulang mungkin akan berlaku.
.
Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar menghidap osteoporosis pada kadar lebih cepat.
 .

(4) Kerosakan Gigi

Kekurangan kalsium pada si ibu menyebabkan gigi mudah rapuh, berlubang, goyang dan mudah tertanggal. Faktor kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi menyebabkan si ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Malah sebab inilah kehamilan dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi.
 .

(5) Mengurangkan Komplikasi Semasa Meneran

Kekurangan pengambilan kalsium bagi ibu hamil boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. Oleh itu,susu untuk ibu mengandung yang mengandungi kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain.
 .

(6) Mengelak Kekejangan Semasa Proses Bersalin

Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Sekaligus menyebabkan berlakunya masalah masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh menganggu emosi ibu kerana pada ketika itu si ibu telah kehilangan banyak tenaga semasa proses bersalin.
.
oleh itu,pengambilan kalsium yang secukupnya boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
 

Bahaya Kehilangan Kalsium

Ada yang berpendapat bahawa pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas bersalin, namun ternyata tindakan tersebut adalah salah kerana sewaktu hamil,ibu hamil akan kehilangan kalsium sekitar tiga hingga 10 peratus. Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi
.
tak minum susu semasa mengandung,hamil tidak minum susu,ibu hamil tidak minum susu,risiko kekurangan kalsium semasa hamil
Sebenarnya, ibu-ibu terutamanya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
 .
Susu mengandungi kalsium yang tinggi, jadi sebab itulah ibu mengandung jangan sesekali pandang remeh tentang kekurangan kalsium semasa hamil mahupun setelah melahirkan anak. Kena minum tau!
 

Apakah Alternatif Jika Anda Tak Suka Minum Susu ?

Jika anda tak gemar minum susu , anda masih boleh mendapatkan kalsium dari sumber lain iaitu dari sumber makanan. Di Shaklee, kami menyediakan vitamin Kalsium yang dilengkapi dengan Magnesium , bagus untuk ibu mengandung iaitu Ostematrix Shaklee

.

Mengapa Ostematrix Shaklee? Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

  • 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan
 
  • Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang
 
  • Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh
 
  • Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi gantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk  mereka yang tidak lalu untuk minum susu.
READ :  Benjolan Di Badan Pada Tempat Tak Sepatutnya, Petanda Penyakit Lipoma
.
Yang penting, apabila kita pasti dan tahu berapa ukuran atau sukatan bagi setiap apa yang dimakan oleh kita, maka tubuh badan kita akan mampu menyerap dan menerima segala vitamin dengan lebih baik. Walau apa pun yg kita makan, makanlah dengan berilmu!
 .
Atau anda juga boleh mencuba Set Pregnancy Shaklee.
 

Apakah Kelebihan Pengambilan Ostematrix Semasa Hamil?

Saya kongsikan kelebihan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mengamalkan Ostematrix Shaklee sepanjang kehamilan.
  • Tiada masalah kekejangan kaki atau cramp
  • Tiada masalah sembelit
  • Badan lebih cergas dan bertenaga

# Testimoni 1

 

# Testimoni 2

# Testimoni 3

————————————
Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Bahaya Abaikan Pengambilan Susu Semasa Hamil was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.