[AZOOSPERMIA] : Suami Kurang Sperma ,Punca Isteri Tak Hamil

Azoospermia,suami mandul,kesuburan lelaki
Kebiasaannya, wanita sering dikaitkan dan dipersalahkan jika tidak hamil setelah beberapa tahun tempoh perkahwinan.Sel sperma adalah salah satu faktor penentu apakah seorang wanita boleh hamil atau tidak.
.
Oleh itu, para suami hendaklah lebih berhati-hati, kemungkinan anda memiliki sperma namun tidak terkandung sel spermatozoa di dalamnya. Atau kelainan ini sering di istilahkan dengan Azoospermia.
.
Selalunya , bila isteri tak hamil lagi..si isterilah mangsa kononnya tak subur , mandul tak boleh mengandung.Tapi jangan lupa untuk persenyawaan perlukan ovum dan sperma yang sihat. Sperma yang berkualiti sangatlah penting untuk proses persenyawaan ovum dan sperma
 .
Jom kita tengok apa itu azoospermia yang melanda kaum lelaki .
 

APA ITU AZOOSPERMIA?

Azoospermia adalah keadaan seorang lelaki yang tiada sperma atau benih dalam air mani lelaki, punca suami mandul dan tidak mempunyai zuriat tanpa masih boleh dirawat

Cecair mani sebenarnya terdiri dari 5% sperma dan selebihnya cecair dari kelenjar organ seksual lelaki.

Mempunyai air mani tidak bermakna anda sudah subur tetapi tahap kesuburan harus ditentukan oleh jumlah sperma dan pergerakan sperma dalam air mani.

Ia dikaitkan dengan tahap yang amat rendah kesuburan atau kemandulan.Biasanya, skrotum menghasilkan sperma seorang lelaki yang kemudian mengalir melalui sistem pembiakan  untuk bercampur dengan cecair di dalam saluran mani untuk membentuk air mani.

Air mani adalah tebal, cecair putih dilepaskan dari zakar semasa ejakulasi. Azoospermia dikesan diantara  5 hingga 10 peratus daripada lelaki ,penyelidikan untuk kemandulan.

azoospermia ,suami mandul
Azoospermia, tiada sperma atau benih dalam air mani lelaki dalam lelaki
 

PUNCA TERJADINYA AZOOSPERMIA 

1. Kerosakan pada testis (buah zakar).

Kerosakan buah zakar, khususnya pada bahagian yang menghasilkan sel spermatozoa, boleh terjadi oleh beberapa sebab, antara lainnya ialah infeksi penyakit tertentu, kekurangan atau gangguan keseimbangan hormon, kekurangan gizi berat dan gangguan fungsi hati.

READ :  Testimoni Berjaya Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

.

2.Terjadi sumbatan pada saluran keluar sperma.

Sumbatan saluran keluar sperma yang disebabkan infeksi atau gangguan bawaan. Suami yang mengalami sumbatan saluran sperma sebenarnya mempunyai sel spermatozoa. Namun, kerana tidak dapat dikeluarkan bersama cairan sperma, suami itu tidak dapat memberi “benih” kepada isterinya.

Dalam hal ini, si suami itu bukanlah golongan mandul. Dengan pemeriksaan fizikal melalui pemeriksaan hormon, dapat ditentukan masalah yang menjadi penyebab azoospermia.

.

3. Penggunaan Steroid

Penggunaan anobolic steroid boleh menjadi punca utama azoospermia. Oleh buatan meningkatkan paras testosteron darah, lelaki menghantar isyarat ke otak yang mengatakan badan menghasilkan terlalu banyak testosteron dan menutup pengeluaran testosteron dalam testis. Malangnya, testosteron adalah bahan utama untuk pengeluaran sperma.
 

Apakah Rawatan Untuk Merawat Azoospermia?

Di diagnos azoospermia tidak semestinya lelaki itu mandul dan boleh dirawat.

Azoospermia memerlukan satu lagi ujian iaitu pembedahan kecil di kenali sebagai PESA/TESE yang dilakukan untuk mengesan samada sperma boleh dijumpai dalam buah zakar atau saluran pengangkut.

PESA adalah satu pembedahan kecil di mana doktor akan mengambil sampel dari bahagian epididymis (seperti mengambil darah) sahaja tetapi seandainya tiada sperma dijumpai pada PESA maka pembedahan TESE iaitu satu pembedahan kecil sebesar 2 ke 3 cm akan dilakukan pada buah zakar.

Tisu buah zakar akan diambil dan Pegawai Embriologi yang mahir akan memeriksa sampel untuk mencari sperma.

Seandainya sperma dijumpai ianya adalah satu kegembiraan bukan sahaja pada pesakit bahkan pada seluruh warga kerja IVF kerana ini bermakna kita boleh melakukan prosedur IVF dan memberi harapan pada pesakit untuk mempunyai zuriat dari genetik pasangan.

Alhamdulillah, kami telah mempunyai ramai pasangan yang mengalami masalah azospermia tetapi telah berjaya hamil.

rawatan azoospermia,rawatan untuk azoospermia,azoospermia boleh dirawat
Rawatan untuk azoospermia : pembedahan kecil di kenali sebagai PESA/TESE yang dilakukan untuk mengesan samada sperma boleh dijumpai dalam buah zakar atau saluran pengangkut.

Walaubagaimanapun, seandainya sperma tidak di jumpai, dan kajian tisu menunjukkan masalah dalam penghasilan, pilihan yang ada pada pesakit adalah samada tidak berbuat apa apa dan ‘remain childless’, mengambil anak angkat atau menjalani prosedur sperma dermaan.

READ :  12 Sebab Mengapa Haid Wanita Lewat , Atasi dengan GLA COMPLEX

Perlu diingatkan, Islam mengharamkan pendermaan sperma/ovum kerana ia akan membawa kecelaruan dari sudut genetik. Di dalam Islam, nasab adalah sesuatu yang cukup penting untuk menjamin kesejahteraan manusia.

Bagi pasangan yang diuji Allah dengan ketiadaan sperma dan disahkan TIADA oleh pembedahan PESA/TESE, bersabarlah. Pasti ada hikmah di atas segala ujian.

Semoga ayat Allah dalam Al Quran dalam surah As syuara yang bermaksud “ milik Allah lah kerajaan langit dan bumi. Dia menganugerahkan kamu anak lelaki, perempuan, lelaki dan perempuan dan ada yang dijadikan mandul”.

Vitamin Shaklee atau Supplement Untuk Azoospermia 

Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi.
.
Air mani lelaki (sperma dan cecair nutrien) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani.
 .
Jadi, untuk membantu si suami menghasilkan sperma yang berkualiti dan berkuantiti, ia memerlukan supplement untuk azoospermia iaitu :
set kesuburan lelaki, sperma abnormal, sperma kurang , air mani tak pekat, sperma kurang

(1) VITA E Complex

Kajian telah mendapati vitamin e mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Orang lelaki  yang mengambil 600IU – 800IU vitamin e sehari mampu meningkatkan jumlah sperma mereka.
      • Vitamin E pun merupakan antioksidan yang meningkatkan kesuburan pada lelaki dan wanita.
      • Selenium di dalam vitamin E adalah bahan antioksidan yang membantu menolong untuk menghalang sel tubuh badan dari sebarang tindakan kimia radikal-radikal bebas.
      • Selenium boleh mencegah kronosom dari terpecah belah, iaitu sebab yang menjadikan bayi cacat dan keguguran juga membantu pembentukan sperma yang sempurna
      • Lelaki yang menjalani IVF Treatment (Rawatan Kesuburan In Vitro) yang mengambil Vitamin E berjaya meningkatkan tahap kesuburan dari 19% kepada 29%.
READ :  Benarkah Penyakit Tiroid Menggangu Kesuburan Wanita ?

Kesimpulan – tambahan selenium dan vitamin e boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat pada kesihatan khasnya pada keaktifan sperma

.

(2) ZINC PLUS

Zinc Complex atau kini dikenali sebagai Zinc Plus bagus untuk meningkatkan kesuburan lelaki, ia berfungsi dalam :

      • Membantu meningkatkan kualiti sperma
      • Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
      • Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
      • Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik
      • Mencecah masalah mati pucuk

.

(3) COQ TROL PLUS

Sel mitochondria sperma dapatkan tenaga dengan adanya vitamin CoQ10 nih, barulah sperma gerak lebih power. Dalam Shaklee, saya sarankan pengambilan Coq Trol Plus Shaklee, lihat gambar dibawah bagaimana ianya berfungsi

      • Membantu sistem reproduksi yang sihat dan memberi tenaga
      • Kandungan Coq 10 tinggi, bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif
      • Meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum.
      • Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
      • Meningkatkan pergerakan sperma. (suami)

 

Testimoni Pengguna Set Kesuburan Lelaki

# Testimoni 1 :

.

# Testimoni 2

.

# Testimoni 3

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
[AZOOSPERMIA] : Suami Kurang Sperma ,Punca Isteri Tak Hamil was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

1 Ulasan

  1. Assalam boleh tahu ada tak testimoni yang Azoospermia ambik vit e dan selenium berjaya menghamilkan isteri…pls share dengan saya boleh..thanks…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.