Asma dan Inhaler , Adakah Selamat atau Sebaliknya?

Asma dan inhaler, tak dapat dipisahkan . Tapi banyak yang kita dengar kesan negatif penggunaan inhaler , tapi adakah apa yang diperkatakan itu adalah benar atau hanya omong kosong?

Anak kedua saya, Adam, adalah disahkan penghidap asma. Pernah 2x dimasukkan ke wad, kerana paru paru dijangkiti kuman,dibekalkan dengan inhaler untuk membantu mengawal dan mencegah asma.

Komplikasi asma bukan hanya pada saluran nafas sahaja, tapi juga menyebabkan oksigen dalam badan berkurang, jantung bergerak dengan cepat dan banyak lagi komplikasi lain. Saya akan kupaskan sebentar lagi

Sumber entri ini adalah dari sumber rujukan portal Myhealth dan Jururawat Bel Nawhen

punca asma,asthma,penyakit asthma,bagaimana asma berlaku,petua hilangkan asma

Bgaimana Asma Boleh Terjadi?

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit pertahanan badan yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasm pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit

Ia menyebabkan  salur pernafasan semakin sempit, radang atau di penuhi kahak dan menghalang pernafasan.. Akibatnya,pesakit boleh pengsan

Tanda tanda dan simptom asma adalah batuk terutamanya malam, nafas berbunyi seperti bersiul (wheezing), nafas pendek (sesak nafas), dada rasa ketat, dada rasa sempit dan dada dipenuhi kahak

Punca terjadinya asma adlah disebabkan banyak faktor , antaranya cuaca ,asap rokok, bulu haiwan ,persekitaran yang kurang sihat atau aktiviti yang berat

Beza Inhaler Biru dan Coklat

Rawatan asma biasanya menggunakan inhaler. Ada dua jenis inhaler iaitu rawatan untuk mengawal dan rawatan melegakan segera (quick relief). Biasanya doktor akan bekalkan 2 jenis inhaler kepada pesakit . Tujuan inhaler tersebut adalah ;

asma dan inhaler, inhaler coklat dan biru,fungsi inhaler biru,perbezaan warna inhaler

1. Ubat pam (inhaler) sebagai PELEGA SEGERA (quick relief)

  • Berwarna BIRU
  • Hanya perlu dipakai apabila asma menyerang.
  • Digunakan untuk melegakan pernafasan dan memberhentikan serangan asma.
  • Boleh digunakan sebelum anak melakukan aktiviti bersukan sekiranya aktiviti bersukan merupakan salah satu faktor pencetus asma. Ini dapat mengurangkan kemungkinan serangan asma untuk berlaku.
  • Berfungsi untuk meluaskan otot-otot saluran pernafasan dan melegakan pernafasan.
READ :  7 Makanan Terbaik untuk Meningkatkan Fokus dan Kognisi Anak

Contoh: Salbutamol, Ventolin

pam asma coklat,jenis inhaler untuk asma,beza inhaler biru dan coklat,harga inhaler malaysia,

2. Ubat pam (inhaler) steroid sebagai PENGAWAL DAN PENCEGAH ASMA

  • Berwarna COKLAT
  • Diberikan kepada pesakit asma di mana penyakitnya tidak terkawal dan serius.
  • Berfungsi dengan mengurangkan bengkak dan radang di saluran pernafasan dan seterusnya mencegah serangan asma.
  • Tidak berfungsi sebagai  pelega cepat. Ini bermaksud ia tidak sesuai digunakan waktu serangan asma sedang berlaku. Ia juga mengambil masa yang lebih panjang untuk menampakkan kesan postitif.
  • WAJIB digunakan SETIAP HARI untuk satu jangka masa yang lebih panjang untuk menampakkan keberkesanannya. Setelah asma menjadi terkawal dengan ubat pam steroid, doktor akan mengurangkan pengunaan ubat secara perlahan-lahan dan berkala, dan seterusnya memberhentikan penggunaan ubat tersebut.
  • Tempoh penggunaannya bergantung kepada individu dan tahap keseriusan asma. Ini bergantung kepada keadaan dan kawalan asmanya. Kanak-kanak yang mengidap asma dan memerlukan ubat pencegahan perlulah dipantau oleh pakar kanak-kanak.

Contoh: Budesonide, Flixotide.

** Jumlah steroid di dalam ubat sedut adalah minimum. Maka usah risau jika pengambilannya perlu untuk jangka masa yang panjang.

Adakah Penggunaan Inhaler Selamat Untuk Pesakit Asma?

Penggunaan inhaler  adalah selamat untuk pesakit asma, jika pengambilan dan pengunaannya adalah mengikut arahan doktor. Ubat yang diambil melalui ínhaler’ juga hanya bertindak dan diserap di salur pernafasan dan tidak melalui penyerapan darah. Ini mengurangkan kadar kesan sampingan kepada pesakit.

Cara Penggunaan Inhaler Dengan Betul

Jika anda penghidap penyakit asma, inhaler sudah menjadi sahabat anda. Kebiasaanya , pihak farmasi atau doktor akan ajarkan pada peskait cara guna inhaler dengan betul sebelum keluar dari wad, dan semasa mengambil ubat. Sebagai panduan yang betul, anda boleh rujuk mengikut gambar dibawah

READ :  Rawat Masalah Selaput Mata @ Katarak Tanpa Pembedahan

(i) Cara Penggunaan Inhaler Pada Orang Dewasa

cara guna inhaler,cara penggunaan inhaler ventolin,cara menggunakan inhaler,Cara Pakai Inhaler Dengan Betul

.

(ii) Cara Penggunaan Inhaler Pada KANAK KANAK

Cra penggunaan inhaler pada kanak kanak tak sama seperti orang dewasa .Teknik penggunaan inhaler secara lansung terus ke mulut adalah tidak  bagus dan tidak sesuai kerana koordinasi kanak kanak yang masih tak memahami arahan yang diberi . Kanak kanak dibawah  umur 8 tahun dinasihatkan menggunakan  spacer atau optichamber .

cara guna inhaler kanak kanak,cara menggunakan inhaler dengan betul,

Anak yg bersekolah pula boleh aktif seperti biasa dimana 10-15 min sebelum memulakan aktiviti mereka perlu mengambil ubat yg telah disyorkan oleh doktor.

 

Sejauh Manakah Kebergantungan Inhaler dengan Pesakit Asma

  • Ada sesetengah ibu bapa/ pesakit risau tentang kebergantungan pada ubatan ini. Ia tidak benar dan tidak berlaku. Ia bukan sejenis ubatan yang menyebabkan ketagihan.
  • Ada juga ibubapa yang risau pengambilan ubatan ini lama-kelamaan tidak berkesan lagi sekiranya ia diambil untuk jangkamasa yang panjang. Ia juga tidak benar.Sebaliknya, jika prognosis semakin baik, ubat boleh dihentikan selepas dinilai oleh pakar kanak-kanak.
  • Kebanyakan keadaan asma semakin baik dan terkawal apabila usia budak semakin meningkat. Lebih kurang 60% pesakit asma tiada tanda-tanda lagi selepas umur 6 tahun. Tetapi segelintir akan mengalami masalah asma sehingga ke dewasa.

Merawat Asthma Dengan Set Asma Shaklee

Shaklee ada menyediakan Set Asthma untuk kanak-kanak dan dewasa . InsyaAllah dengan konsisten Set Asthma ni, insyaAllah akan ucapkan bye bye kepada nebulizerdan inhaler ! hihi
.
Set Asthma Shaklee terdiri daripada Omega Guard dan Nutriferon
.
vitamin untuk asthma,set asthma shaklee,suplemen untuk asma,omega guard untuk anak lelah

(i) Omega Guardomega untuk asma ,omega shaklee untuk asma,shaklee untuk asma dewasa,vitamin untuk asthma

Antara ubatan yang biasa dicadangkan oleh doktor untuk merawat asthma adalah steroid. Tetapi kita harap maklum steroid, memberi kesan sampingan untuk jangka masa panjang.

Untuk info anda, kandungan Omega 3 mampu bertindak seperti steroid tetapinya ianya tidak akan memberi kesan sampingan seperti steroid. Bonus bagi ibu menyusukan bayi kerana kandungan dalam DHA dalam Omega akan disalurkan kepada anak (DHA baik untuk otak anak).

Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidapi penyakit berkaitan inflamasi seperti asthma mempunyai kandungan Omega 3 yang rendah dalam tubuh!
.

(ii) Nutriferon

Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga.

READ :  Doktor Sahkan,Bacaan Kreatinin Buah Pinggang Semakin Menurun!

Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.

Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.

Testimoni Pengguna Pesakit Asma Yang Mengamalkan Vitamin Shaklee

Antara testimoni pengguna Set asthma shaklee  yang bebas dari asthma dan tak perlu lagi bergantung dengan inhaler dan nebulizer

Testimoni 1 : BAntu Kurangkan batuk Berkahak

testimoni asma shaklee,Supplement Shaklee untuk pengidap asma,set asthma shaklee

Testimoni 2: Tiada lagi asma!
testimoni asma shaklee,Supplement Shaklee untuk pengidap asma,set asthma shaklee

Testimoni 3 : Anak kini lebih sihat

testimoni asma shaklee,Supplement Shaklee untuk pengidap asma,set asthma shaklee

Testimoni 4 : Dah TAK admitted hospital lagi !testimoni asma shaklee,Supplement Shaklee untuk pengidap asma,set asthma shaklee

————————————
Saya Nornadia Mansor ,  ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Asma dan Inhaler , Adakah Selamat atau Sebaliknya? was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.