Anda Mempunyai Masalah Tiroid?

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ianya berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh.
 
Kelenjar tiroid berbentuk kupu-kupu dengan dua sayap yang merupakan lobus tiroid kiri dan kanan di sekitar trakea.
Kebiasaannya kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid bila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.
 
Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Jenis Penyakit Tiroid

Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-

i) Hipertiroidisme/Tirotosikosis

ii) Hipotiroidisme

Perbezaan antara Hipotiroidism dan Hipertiroidisme

HIPER- tiroidisme

 
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun.

Antara punca penyakit ini ialah 

Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.

➡ Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri

➡ Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Komplikasi yang berlaku jika dibiarkan :

Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ‘ribut tiroid’ terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut seperti demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.
 
Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa.
HIPO-tiroidism
 
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.
Penyakit  ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat.
Kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan
Komplikasi yang berlaku jika dibiarkan :

Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan

Perbezaan tanda tanda dan gejala hipotiroid dan hipertiroid

Perkara
Hipotiroid
Hipertiroid
Pergerakan usus
Sembelit
Kerap membuang air besar/ cirit birit
Otak
Tekanan perasaan dan bermasalah untuk fokus serta bermasalah
dalam memori
Beremosi, gugup, keresahan
Otot
Otot bengkak, pergerakan yang lembap dan lemah
Otot lemah dan bergetar
Rahim
Mandul / keguguran
Kedatangan haid yang tidak sekata / mandul
Metabolisme
Peningkatan berat badan
Penurunan berat badan, walaupun mempunyai
selera makan yang tinggi
Jantung
Kadar jantung yang lemah
Kadar jantung yang tinggi , berpeluh
Kulit
Kering dan / atau pucat
Suhu
Merasa sejuk dengan senang
Tidak dapat bertolereransi dengan kepanasan dan berpeluh lebih
daripada biasa
Rambut / kuku
Kasar , rambut menipis, kuku rapuh
Keguguran rambut atau rambut menipis
Tidur
Rasa lemah dan banyak tidur
Rasa lemah tapi susah untuk tidur
Lain-lain
Suara serak, pergerakan muka yang lemah
Nafas pendek / tercungap , bola mata yang
tersembul

 

Siapakah yang berisiko mendapat Tiroid

  • Perempuan
  • Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
  • Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda  lewat 30-an
  • Orang yang kuat merokok
Oleh yang demikian, sesiapa yang mengalami simtom2 di atas digalakkan menjalani pemeriksaan doktor untuk menjana kesihatan yang lebih baik.
 
Jadi, jika anda ibu menyusu &  mempunyai masalah tiroid samaada hyper tiroid atau hypo tiroid, anda perlu mengambil tahu dan mengambil kisah suplemen mana yang boleh dan tidak boleh anda ambil kerana pengambilan sesetengah suplemen boleh memburukkan lagi tahap kesihatan anda.
 

Vitamin Shaklee untuk Pesakit Tiroid

Suplement Shaklee berikut boleh diambil ,sama ada anda mempunyai hyper atau hypo tiroid.
Bagi anda yg mempunyai hyper tiroid

♥ Boleh ambil ESP – Soy Protein Isolate powder
♥ Tidak boleh ambil vitalea with iron formula
♥ Tidak boleh ambil alfalfa complex

Bagi anda yg mempunyai hypo tiroid

♥ Boleh ambil Vitalea with iron formula
♥ Boleh ambil alfalfa complex

♥ Tidak boleh ambil ESP – Soy Protein Isolate powder 

READ :  Cyst dalam Buah Pinggang : Ketahui Komplikasi dan Rawatan

Testimoni Pengguna

# Testimoni 1 

merawat tiroid, tiroid semasa hamil, tiroid semasa mengandung, tiroid, tips kurangkan tiroid,cara merawat tiroid, petua merawat tiroid,testimoni tiroid shaklee,tiroid shaklee

# Testimoni 2

 

merawat tiroid, tiroid semasa hamil, tiroid semasa mengandung, tiroid, tips kurangkan tiroid,cara merawat tiroid, petua merawat tiroid,testimoni tiroid shaklee,tiroid shaklee

 

 

————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
 
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
 
——————————

Anda Mempunyai Masalah Tiroid? was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.