8 Tips Menangani Masalah Anak Tantrum atau Mengamuk

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang
8 Tips Menangani Masalah Anak Tantrum atau Mengamuk
1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Kenali Apa Itu Tantrum

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala “Temper Tantrum” ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif.
Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap “sulit”, dengan ciri-ciri sebagai berikut:
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.
 

Contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun

 

  • Menangis
  • Menggigit
  • Memukul
  • Menendang
  • Menjerit
  • Memekik-mekik
  • Menghempaskan badan ke lantai
  • Memukul-mukulkan tangannya
  • Menahan nafas Menghentakkan kepala
  • Melemparkan barang
  • Menyangkung
  • Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun

  • Perilaku tersebut diatas
  • Menghentakkan kaki
  • Berteriak
  • Meninju
  • Membantingkan pintu
  • Mengkritik
  • Merengek
READ :  Khasiat dan Kebaikan Performance Drink Shaklee

 

Usia 5 tahun keatas

  • Memaki hamun orang lain atau ibubapanya
  • Menyumpah
  • Memukul kakak atau adik atau kawan-kawannya
  • Mengkritik diri sendiri
  • Memecahkan barang dengan sengaja
  • Mengancam
  • Merungut
  • Trauma atau fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
 

FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak atau Keinginan Anak Di HalangSetelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataanKanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang TerhadKanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum.

  • Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
    diperbolehkan.

4)Asuhan Ibubapa.a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.

READ :  Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa Yang Perlu Anda Tahu

b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.

c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik atau buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stressSamada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma atau Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.
 

Cara Mengatasi Masalah Tantrum

 

2- Elakkan rasuah untuk menghentikan tangisan anak-anak! Anak-anak perlu melepaskan dan mengatasi kekecewaan, kebimbangan dan gangguan. Oleh kerana mereka belum mempunyai kemahiran, mereka melepaskannya dengan TANTRUM.
Rasuah (seperti gula-gula atau mainan) bukan sahaja menghentikan air mata buat seketika tetapi juga menghentikan anak-anak daripada melepaskan perasaan yang perlu mereka lepaskan. Didik anak supaya melepaskan perasaan secara positif dan tidak perlu mengamuk.
 3- Kita tidak boleh menghukum untuk memulihkan perasaan yang terganggu, sebaliknya kita boleh mendengar dengan kasih sayang dan empati. Elakkan “time out” sebagai satu cara untuk mengawal tantrum anak.
4- Kita selalu dinasihatkan untuk mengabaikan tantrum tetapi tidak menjadi kesalahan untuk kita berada berhampiran dengan anak ketika mereka mengamuk dan mendengar. Ini tidak bermakna kita mesti mengalah dan memberi apa saja yang mereka mahukan atau menukar peraturan yang kita buat, tetapi dengan mendengar, sebenarnya kita menawarkan perhatian untuk memahami apa yang mereka rasakan dan itulah yang sebenarnya mereka perlukan.
 
 5- Menghadapi anak-anak yang mengamuk tidak tentu pasal kadang-kadang membuatkan kita kecewa dan boleh membuatkan darah kita menggelegak tetapi adakah dengan memukul mereka akan menyelesaikan masalah?
 6-  Berlembut tidak semestinya mengalah kepada kehendak anak dan bukan bererti kita terlebih memanjakan anak.
7- Memeluk anak ketika mereka mengamuk dapat membantu meredakan perasaan mereka.
8- Memaksa anak melakukan sesuatu boleh mencetuskan tantrum
————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :
 
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
 
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.


———————————–
8 Tips Menangani Masalah Anak Tantrum atau Mengamuk was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.