8 Tanda Wanita Subur Dari Dr Zubaidi Ahmad

Setiap wanita mempunyai impian untuk bergelar ibu . Tahap kesuburan wanita penting untuk membantu proses kehamilan berjaya  ,diiringi dengan kesuburan suami .Ketahui 8 tanda tanda wanita subur .

Untuk menentukan kesuburan lelaki, pemeriksaan air mani harus dilakukan. Jika bilangan sperma, bentuk sperma, pergerakan sperma dan tiada kecacatan DNA sperma, seorang lelaki itu dikatakan lelaki yang subur.

Bagi wanita, tahap kesuburan wanita agak sukar ditentukan

Wanita perlu melalui beberapa prosedur iaitu pemeriksaan hormon, pemeriksaan struktur anatomi sistem peranakan (saluran fallopian, ovari dan rahim), pemeriksaan masalah kesihatan yang kronik seperti diabetis,dan tekanan darah tinggi atau pun masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem peranakan seperti endometriosis, ovarian cyst, Polycystic Ovarian Cyst (PCOS) dan pelbagai masalah lain.

Jadi agak rumit sedikit, jika dibandingkan dengan lelaki.

8 Tanda Wanita Subur Dari Dr Zubaidi Ahmad

Ketahui 8 tanda wanita subur.  Namun ia sangat subjektif, kerana pada setengah wanita ciri-ciri ini memang tepat dan ada pula yang tidak berapa tepat.

Dan ketahui lah bahawa anak juga adalah rezeki daripada Allah dan Jodoh maut ,ajal pertemuan adalah rahsia Allah . selebihnya kita cuba berusaha dengan sebaiknya

Ini adalah informasi dari Dr Zubaidi Ahmad mengenai tanda wanita subur , antaranya adalah:

1.Kitaran haid yang tetap pada setiap bulan

cara kira waktu subur wanita,kitaran haid,tanda wanita subur

Kitaran haid yang teratur dan tetap adalah tanda seorang wanita itu berada dalam tahap kesuburan yang tinggi. Kitaran haid yang normal selalunya antara 21-35 hari.

Kitaran haid yang normal mungkin bermakna seorang wanita mempunyai hormon yang stabil dan seimbang. Namun begitu masalah kesuburan wanita bukan berkaitan dengan hormon saja.

Ia juga melibatkan struktur dalam pelvis seperti saluran fallopian yang bengkok atau tersumbat yang menjadi punca seseorang wanita mengalami masalah ketidaksuburan.

.

2. Mengeluarkan lendiran jernih dari faraj dengan banyak (servikal mukus)

Ramai yang keliru berkaitan lendiran faraj, dikenali sebagai lendir kesuburan atau servikal mukus . Kehadiran servikal mukus sangatlah membantu meningkatkan potensi untuk hamil ,proses persenyawaan

lendir kesuburan,tanda ovulasi,tanda wanita subur
Tanda waktu subur wanita (ovulasi) adalah ada kehadiran servikal mukus

Tapi malangnya, tak semua wanita ada servikal mukus . Servikal mukus akan hadir pada waktu wanita paling subur

Apabila seorang wanita mengalami ovulasi ia mempunyai peningkatan dalam mukus serviks , serta perubahan dalam tekstur mukus, daripada ”basah” untuk lebih mudah dilentur, elastik , putih telur seperti mukus.

.

3. Darah haid keluar tidak terlalu banyak

Darah haid yang normal keluar sebanyak 20 hingga 60 ml (4-12 sudu teh) dan boleh berlangsung sehingga dua minggu dan secara puratanya berlaku selama lima hingga tujuh hari.

Darah haid yang banyak apabila kuantitinya melebihi 60 ml, iaitu kira-kira setengah cawan teh.

Oleh kerana agak sukar untuk mengagak kuantiti darah yang keluar, maka beberapa cara digunakan untuk menganggarkan seorang wanita mengalami pendarahan haid yang banyak.

  • Pendarahan haid sehingga membasahkan pakaian atau tilam.
  • Menukar melebihi lima kali tuala wanita.
  • Terpaksa menggunakan dua lapisan tuala wanita pada satu masa.
  • Pendarahan haid dengan beberapa ketul darah beku yang hitam.
READ :  5 Perkara Yang Perlu Anda Elakkan Jika Ingin Cepat Hamil

Jika seorang wanita mengalami pendarahan yang banyak setiap bulan, pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

.

4. Mempunyai bentuk payudara yang baik

Pembentukan payudara seorang wanita semenjak kecil sangat dipengaruhi oleh hormon. Oleh itu jika seorang wanita mempunyai bentuk payudara yang besar dan menarik, ia dikatakan mempunyai tahap kesuburan yang tinggi.

Sementara wanita yang mempunyai payudara yang kecil selalu dikatakan mempunyai tahap kesuburan yang rendah.

Pada saya ia sangat subjektif, kecuali seorang wanita yang mempunyai payudara kecil juga menunjukkan beberapa ciri kekurangan hormon wanita yang lain. Antaranya lambat mencapai usia baligh (keluar darah haid).

Ramai wanita yang mempunyai saiz payudara yang kecil atau sederhana tetapi TIADA MASALAH UNTUK HAMIL

.

5. Tiada masalah senggugut yang kuat semasa kedatangan haid.

Setiap wanita mengalami ketidakselesaan pada hari pertama ketika kedatangan haid. Ia adalah normal.

senggugut teruk,bahaya senggugut,endometriosis,tanda wanita subur

Namun jika rasa sakit senggugut terlalu kuat, sehingga berlangsung beberapa hari dan menyebabkan seorang wanita itu tidak boleh menjalankan tugas seperti biasa, kemungkinan beliau mengalami masalah yang lebih serius.

Masalah senggugut yang terlalu kuat mungkin menandakan beliau mengalami masalah lain seperti fibroid, endometriosis atau ovarian cyst.

Oleh itu pemeriksaan doctor harus dilakukan bagi mengesan masalah ini. Wanita yang subur selalunya tidak mengalami sakit di kawasan pelvis..

.

6. Tiada masalah kesihatan yang kronik.

Masalah penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah yang tinggi atau masalah auto-immune disease selalunya menyebabkan seorang wanita sukar untuk hamil. Namun ada juga wanita yang ada masalah ini yang mudah hamil.

Jadi ia bukanlah tanda yang utama menunjukkan seseorang wanita tidak berada dalam tahap kesuburan yang tinggi.

.

7. Umur Wanita

Kesuburan wanita semakin menurun apabila umur berginjak pada usia 35 tahun keatas.

Tahap kesuburan wanita berkait rapat dengan kualiti telur yang dihasilkan. Semakin berusia, kadar kualiti telur atau ovum semakin menurun dan boleh menyebabkan punca sukar hamil.

Inilah sebabnya mengapa, daripada perspektif biologi semata-mata, waktu terbaik untuk cuba mula membina keluarga ialah sebelum anda berusia 35 tahun

.

8. Menjaga Pemakanan dan Kesihatan

Wanita sekarang kebanyakannya sibuk dengan kerjaya atau keluarga, jadi soal pemakanan tidak dititik beratkan. Jika tidak pun, mereka kurang arif mengenai pemakanan yang boleh merosakkan kesihatan & menjejaskan kesuburan.

READ :  Punca Susah Mengandung Semula

Pengambilan banyak gula, nasi berlebihan, banyak produk tepung dan lemak-trans, menyebabkan hormon estrogen berlebihan dan kekurangan hormon progestrone.

Penjagaan pemakanan tidak hanya kepada wanita obesiti (berlebihan berat badan), tetapi wanita yang kurus juga tidak terkecuali. Jika tidak pelbagai masalah yang menjejaskan organ peranakan wanita akan terjadi:

  • Ketumbuhan fibroid, endometriosis, adenomyosis dan kanser rahim.
  • Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
  • Tidak subur dan sukar hamil.
  • Kitaran haid yang tidak menentu.

Kesimpulannya adalah apa yang penting apabila seorang pasangan mengalami masalah untuk hamil, buatlah pemeriksaan doctor. Jaga pemakanan, amalkan aktiviti fizikal yang sederhana, kurangkan stress dan pastikan mendapat rehat yang mencukupi.

Semoga bermanfaat

Bagaimana Vitamin Shaklee  Membantu Meningkatkan Kesuburan Wanita?

Pengambilan makanan  tambahan atau vitamin untuk meningkatkan kesuburan wanita  dengan Set Kesuburan Wanita Shaklee

Matlamatnya, supaya proses pembentukan sel-sel dan tisu janin dipenuhi. Berikut adalah beberapa suplemen yang diperlukan oleh calon ibu untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita :

vitamin kesuburan untuk wanita,set kesuburan wanita shaklee , tingkatkan kesuburan isteri
Tingkatkan kesuburan isteri dengan Set Kesuburan Wanita Shaklee
Untuk anda yang masih lagi berusaha , jangan putus asa. Teruskan usaha anda. Cadangan vitamin bagi anda yang ingin meningkatkan kesuburan

.
Energizing Soy Protein
 (ESP)

ESP mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.
  • Membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.
  • Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang
  • Menyokong kesihatan prostat (lelaki)
  • Memberikan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan
  • Meningkatkan tahap kesihatan berada pada tahap optimum

.

Gla Complex

Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”.
 .
Cecair serviks  sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio
 .
Selain daripada itu, Gla Complex juga membantu
  • menghasilkan telur atau ovum yang matang
  • menstabilkan hormon kewanitaan
  • mencegah daripada menopause sebelum usia
  • menstabilkan kitaran haid wanita
.

B Complex 

Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

notakaki : segalanya tidak mustahil. Teruskan berdoa. Harapan sentiasa anda untuk anda

Testimoni Berjaya Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

Testimoni 1 : 18 tahun bernikah, akhirnya melahirkan zuriat sendiri di usia 37 tahun dengan set kesuburan shaklee

Akhirnya setelah 6 bulan  konsisten dengan set kesuburan shaklee, dia mengalami demam yang teruk sehingga terkulai lemah. Muntah dan tidak mampu menghidu bau ikan segar.

READ :  ANDA PENGHIDAP PCOS? - PELUANG UNTUK HAMIL MASIH CERAH!

Check upt  kali pertama terdapat satu garisan clear dan satu lagi kabur. Dalam hati saya merasakan makcik saya mengandung. Check UPT sekali lagi, dan wow! double line!

Bayangkan, 18 tahun menunggu zuriat kandung sendiri. Suatu tempoh yang bukan sekejap. Perlukan kesabaran yang tinggi.

.

# Testimoni 2 : Penantian untuk hamil selama 2 tahun berakhir selepas ikhtiar dengan set kesuburan shaklee

Saya terus mencuba Set Kesuburan Shaklee iaitu ESP dan GLA untuk saya,manakala Vitamin E dan Zinc untuk suami. Saya dan suami memang konsisten amalkan set kesuburan ini.
.
Pada Ogos 2013 saya telah disahkan hamil anak yang pertama. Bermula dari set kesuburan shaklee saya terus jatuh cinta untuk mencuba dengan set kehamilan shaklee.

.

Testimoni 3 : Berjaya hamil setelah disahkan PCOS dan berjaya turunkan berat badan dengan set kesuburan shaklee

Kisahnya bermula bila lebih dari 48 hari selepas nikah saya tak period. Mulanya dah gembira kononnya hamil. Tapi bila buat ujian kehamilan keputusannya negatif.

Hasil daripada kedua-duanya mengesahkan saya mendalami Polysistic ovarian cyst (pcos) dimana punca utama daripada berat badan yang meningkat secara tiba-tiba yang mengganggu hormon di dalam badan.

Disebabkan oleh ubat itu akan memberi kesan sampingan lain, saya cuba berikhtiar dengan set kesuburan shaklee. Alhamdulillah berkat usaha, menjaga makan kebetulan bulan puasa masa itu saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg.

2 minggu selepas raya result ujian kehamilan saya positif.Kalau ikutkan tak habis lagi set kehamilan yang saya ambil tu saya sambung makan sepanjang tempoh hamil.

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
8 Tanda Wanita Subur Dari Dr Zubaidi Ahmad was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.