7 Punca Keguguran Yang Paling Sering Terjadi

Terdapat sejumlah faktor yang dapat menjadi penyebab keguguran terjadi. Pada umumnya, ada 7 penyebab wanita hamil mengalami pengalaman pahit keguguran. Tentu saja, bagi mereka yang pernah mengalami keguguran ingin mengetahui apa yang menyebabkan terjadinya keguguran tersebut sehingga
pada saat kehamilan selanjutnya supaya kejadian ini tidak terulang lagi.
 .
Saya sendiri pernah mengalami keguguran pada usia kandungan 5 minggu , memang peristiwa yang sangat menyedihkan bila kita dah rasa excited nak sambut orang baru, tetiba hilang dalam sekelip mata, tapi itu semua takdir Allah. Dan kita haruslah menerima dengan lapang dada. Boleh ikuti kisah saya
.
Kenapa kita kena tahu punca keguguran janin ini terjadi?
 .
Sebabnya bila kita tahu punca yang boleh menyebabkan kita keguguran, kita akan lebih berhati hati dan mengambil langkah keselamatan yang lebih rapi untuk kehamilan yang seterusnya.
 .
Di bawah ini penyebab keguguran yang paling sering terjadi , baik sekali  mahupun keguguran berulang

7 Punca Keguguran Yang Paling Sering Terjadi

1 . Kelainan Kromosom

Kira-kira 60 % berlainan kromosom ini menjadi penyebab keguguran. Keadaan ini berlaku akibat kerosakan pada sperma atau sel telur sehingga kromosom tidak dibentuk secara sempurna. Akibatnya, terjadi kelainan kromosom saat embrio dihasilkan. Bagi wanita hamil yang telah 2 kali atau lebih mengalami keguguran dianjurkan untuk dilakukan ujian perubatan.
 .

2. Rahim  / Leher Rahim Lemah

Apabila bentuk rahim tidak normal maka embrio tidak dapat berkembang atau tidak memperoleh pengambilan makanan yang membuatnya tidak dapat bertahan hidup. Sekitar 10% keguguran dipengaruhi oleh kelainan rahim tersebut . Sementara leher rahim lemah menyebabkan rahim tidak mampu menahan janin yang kian hari kian membesar , saat serviks lemah makan janin akan lebih terdedah keguguran.
 .

3. Masalah Sistem Ketahanan Tubuh ( Imun Rendah )

Sebagian kes, kadang tubuh wanita menganggap sperma sebagai sebuah benda asing , akibatnya sistem imun yang ada di dalam tubuh akan menyerang embrio yang telah dihasilkan.
 .

4. Penyakit Yang Tidak Dirawat

Diabetes mahupun gangguan tiroid yang tidak dirawat mengakibatkan persekitaran yang merugikan bagi rahim. Pada keadaan ini , embrio lebih sukar untuk hidup lebih lama dan bertahan hidup.
 .

5. PCOS ( Polycystic Ovary Syndrome )

Wanita yang menderita PCOS mempunyai kadar hormon testosteron yang sangat tinggi sehingga kitaran haid dan ovulasinya tidak teratur. PCOS ini mengakibatkan rintangan insulin yang mencegahnya mendapatkan kematangan lapisan endometrium .
 .

6. Jangkitan Bakteria

Jangkitan bakteria boleh meningkatkan peluang keguguran seperti Ureaplasma urealyticum dan mycoplasma hominis yang hidup di dalam saluran orang pembiakan lelaki mahupun perempuan sihat. Pada wanita, terjadinya jangkitan bakteria ini mengakibatkan endometrium (lapisan rahim ) terjadi keradangan sehingga sukar bagi embrio untuk bertahan hidup dan berkembang.

.

7. Gejala Merokok , Minum Alkohol, Dadah Serta Pencemaran Alam Sekitar

Dadah misalnya zat nikotin dapat masuk ke dalam plasenta dan mengacau pertumbuhan serta bekalan dari ke janin, wanita merokok mempunyai risiko 2 kali lebih besar kemungkinannya untuk mengalami keguguran dibanding wanita yang tidak merokok. Meneguk 2 minuman beralkohol setiap harinya mengakibatkan wanita sukar hamil bahkan keguguran.

Adakah keguguran akan mengganggu tahap kesuburan dan bolehkan seseorang itu hamil kembali selepas mengalami keguguran?

Ya, sudah tentu wanita yang mengalami keguguran boleh hamil kembali. Wanita tersebut telah hamil sebelum ini, sudah tentu dia boleh hamil kembali selepas keguguran. 
 .
Keguguran secara semulajadinya tidak akan menjejaskan kesuburan seseorang wanita. Melainkan, seperti apa yang telah saya terangkan sebelum ini berkenaan komplikasi-komplikasi keguguran seperti trauma di bahagian peranakan dan jangkitan kuman, boleh menyebabkan kesuburan wanita itu terganggu.
.
Jika sekarang anda mengalami keguguran, sebaiknya berpantang dan jagalah kesihatan sebaik mungkin . Shaklee juga ada menawarkan Set Berpantang Selepas Keguguran yang membantu merawat dari dalam dan kesihatan rahim anda
.
.
Masalah pendarahan di awal kehamilan boleh berlaku kepada siapa sahaja. Sahabat saya telah mengalaminya di kala mengandung anak keduanya. Saya ingin berkongsi satu perkongsian menarik daripada GenkiMomma Arnie mengenai pengalamannya mengandungkan anak ke 3.
 .
Untuk anda kembali hamil, saya sarankan anda perlu jaga kesihatan sebaik mungkin kerana bila anda pernah mengalami keguguran dan ingin hamil kembali,anda perlukan tahap kesihatan yang optimum bagi mengelakkan keguguran berulang.
 .
Di Shaklee, kami memperkenalkan Set Kesuburan Shaklee untuk menguatkan rahim, meningkatkat kesuburan suami isteri, mengoptimumkan tahap kesihatan dengan membekalkan nutrisi yang diperlukan badan untuk persediaan untuk kehamilan seterusnya
.
Oleh itu, jika keguguran anda tidak disusuli oleh apa-apa komplikasi, insyaAllah semuanya akan kembali normal.
 

Bagaimanakah untuk mencegah keguguran daripada berlaku? 

Keguguran di awal kehamilan kebanyakannya disebabkan oleh faktor janin itu sendiri, iaitu gen yang terhasil daripada pencantuman sperma dan ovum yang tidak normal, dan sememangnya faktor ini tidak boleh dielak atau dicegah.
.

Tetapi jangan risau, jika keguguran anda berpunca daripada faktor janin yang tidak normal ini,keguguran ini biasanya tidak akan berulang. .

Apa yang penting untuk mencegah keguguran berlaku dan berulang menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad adalah :

  • Kualiti sperma yang berkualiti dan sihat
  • Ovum yang matang
  • Rahim yang kuat dan sihat
READ :  7 Cara Mengatasi Keputihan Semasa Hamil

 

Berdasarkan sifir yang mudah kejayaan untuk kehamilan dari Dr Zubaidi seperti gambar diatas adalah

Kejayaan untuk Hamil = (Sperma + Ovum yang berkualiti & sihat ) + Rahim yang kuat

 .
PEMBENTUKAN embrio memerlukan satu telur (ovum) dan satu sperma yang sihat. Satu kajian melaporkan dalam setiap empat telur, hanya satu saja yang mempunyai struktur kromosom yang normal maka tidak hairanlah apabila diketahui peluang pasangan untuk hamil dalam mana-mana satu kitaran haid wanita hanya sekitar 25 peratus saja.
 .
 .

(1) Suami, jagalah kualiti sperma anda !

Sperma yang berkualiti dan sihat adalah bergantung pada beberapa aspek iaitu pergerakan sperma yang laju menuju ovum , bentuk sperma yang normal, bilangan sperma yang mencukupi .Untuk si suami ,beberapa aspek penting dalam menjaga kualiti sperma perlulah dititik beratkan. Sebagai saranan, anda  perlu memakan makanan yang berkhasiat dan tidak merokok untuk menjaga kualiti sperma. Jika suami anda seorang perokok, sila minta suami anda untuk merokok di luar rumah kerana rokok boleh menjejaskan kandungan.

READ :  Tips Cara Simpan Supplement Untuk Kekal Segar dan Selamat

.
(2) Ovum Yang Sihat & Rahim Yang Kuat 

Kehamilan yang berisiko tinggi adalah seperti ibu hamil melebihi 35 tahun ataupun terlalu muda, wanita yang menghadapi masalah dalam kehamilan sebelumnya, wanita yang menghidap penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan HIV. Ibu yang obese atau terlalu ringan juga dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi.
.
Untuk mengelakkan keguguran, kualiti ovum sangat memainkan peranan yang penting . Ovum yang terbaik adalah ovum yang matang
.

(3) Rahim Yang Kuat

Rahim yang kuat akan menghasilkan hormon endometrium yang tinggi bagi membantu mengelakkan keguguran.Kejayaan kehamilan juga memerlukan embrio yang sihat di samping faktor lain seperti kesesuaian lapisan endometrium rahim yang merupakan kawasan perlekatan janin dan pembesaran seterusnya.
.
Bagi anda yang masih berusaha atau mengalami masalah keguguran ini, jangan berputus asa. Paling penting, jagalah kesihatan anda kerana kesihatan kita sangat mempengaruhi bayi dan tahap kesuburan kita.
.
Jika anda berminat dengan vitamin shaklee , jangan malu malu untuk berhubung dengan saya. Insyaallah, saya akan melayani anda sebaiknya
 
Saya Nornadia Mansor ,  ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
7 Punca Keguguran Yang Paling Sering Terjadi was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

2 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.