7 Cara Mengatasi Keputihan Semasa Hamil

Ramai di kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah keputihan. Hari ini saya akan kongsikan info berkaitan keputihan yang mungkin boleh membantu anda yang kerisauan.
 .
Saya juga adalah salah seorang individu yang tidak terlepas dengan masalah keputihan semasa hamil, semasa usia kandungan 30 minggu keatas, keputihan semakin menjadi jadi..dan saya diberikan ubat yang dimasukkan kedalam Miss V..tapi hanya berkurang dalam jangka masa yang singkat.
.
Jom kita baca,info mengenai keputihan semasa hamil.

TANDA IBU HAMIL MENGALAMI KEPUTIHAN

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan :
  • Lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej
  • Gatal, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung
  • Sakit apabila bersama suami
  • Sakit apabila membuang air kecil

BAGAIMANA TERJADI KEPUTIHAN SEMASA MENGANDUNG?

Semasa hamil, faraj mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.Sepanjang kehamilan, ibu hamil mengalami perubahan hormon yang menyebabkan terjadinya keputihan.Aliran darah akan meningkat ke daerah kewanitaan ketika anda sedang hamil yang mempengaruhi cecair faraj menjadi lebih meningkat. Pada ibu hamil cecair faraj mempunyai manfaat untuk mencegah jangkitan dari faraj menuju ke rahim.

READ :  Kurangkan Keradangan Kulit Eczema dan Psoriasis dengan Minyak Ikan Secara Berkesan

Akan tetapi, tidak semua cecair faraj memberikan manfaat kerana jika telah tercemar dengan bakteria, parasit, atau virus, ia akan memberi pengaruh buruk dari terjadinya jangkitan faraj. Ibu hamil terdedah kepada jangkitan faraj kerana kesulitan dalam membersihkan kawasan intimnya.

KESAN KEPUTIHAN SEMASA HAMIL MEMBAHAYAKAN BAYI?

Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.Kes ini terjadi pada salah seorang sahabat kita , yang mengalami keputihan yang teruk sepanjang kehamilan.

KES 1 :

Bayi beliau mengalami jangkitan kuman pada mata kesan dari keputihan semasa hamil

 

KES 2:

Bayi lahir pramatang disebabkan jangkitan dari keputihan ibu

 

Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga.
 

CARA ATASI KEPUTIHAN

  1. Jagalah selalu kebersihan organ intim dengan membersihkannya setiap kali selesai buang air kecil atau besar. Jangan lupa untuk selalu membasuhnya dengan cara yang benar, iaitu dari arah depan ke belakang.
  2. Gunakanlah pakaian dalam yang diperbuat dari bahan kapas dan mudah menyerap peluh.
  3. Elakkan penggunaan sabun mandi yang sebahagian besar mengandungi soda, atau kurangkan penggunaan sabun pencuci faraj yang bersifat antiseptik.
  4. Sebaiknya elakkan pemakaian pantyliner, kerana bahan kapas pantyliner boleh menyebabkan bakteria membiak dengan mudah.
  5. Elakkan mandi berendam dengan air panas atau hangat, kerana yis candida (penyebab keputihan) lebih mudah tumbuh dan / atau berkembang di suhu hangat.
  6. Kurangkan pengambilan makanan “junkfood”  atau makanan yang mengandungi bahan pengawet atau gula yang cukup tinggi, atau jenis makanan yang mengandungi yis, atau membeli makanan yang dibungkus dalam bentuk kering (kerana umumnya makanan yang dikeringkan mengandungi gula fruktosa yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan pengeluaran hormon pada organ kewanitaan anda).
 

APA SHAKLEE BOLEH BANTU?

 
Produk yang sinonim dengan mengurangkan masalah keputihan di kalangan wanita adalah Alfalfa. Tetapi Alfalfa Complex Shaklee tidak digalakkan di ambil oleh ibu hamil.
Jadi Garlic Complex Shaklee sebagai pengganti Alfalfa Complex kepada ibu hamil dalam mengurangkan masalah keputihan ketika hamil dan selamat di ambil ketika hamil serta boleh meningkatkan antibodi ibu hamil. Garlic bertindak sebagai antibiotik untuk menghalang jangkitan kulat dan yis candida.
Selain dapat mengurangkan masalah keputihan ketika hamil, Garlic Shaklee juga dapat mengurangkan masalah kegatalan serta alahan kulit kepada ibu hamil.
.
Sustained Released Vita-C Shaklee juga sangat sesuai diamalkan oleh ibu hamil yang mempunyai masalah keputihan. Vitamin C bertindak untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai dengan tahap kesihatan anda,anda boleh menghubungi saya.
  
————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.
ATAUPUN

.♥ Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang
berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457 

READ :  Tips Ringkas Untuk Kuatkan Tulang Yang Perlu Anda Tahu
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
.
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
7 Cara Mengatasi Keputihan Semasa Hamil was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.